19
Ahd, Mei

Grid List

KM MULIA KEMBALI PERKUKUHKAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN | OPERASI BERSAMA AADK DAERAH PORT DICKSON

UBAH SUAI TANGKI MINYAK, BOT NELAYAN SERTA KRU WARGA LAOS DITAHAN

BOT NELAYAN DITAHAN, LANGGAR SYARAT SAH LESEN

BOT NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN MENGGAJIKAN KRU WARGA ASING

DUA WARGA FILIPINA DITAHAN CUBA SELUDUP MINYAK PETROL

60 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NGERI PERAK

10 KRU WARGA MYANMAR DITAHAN DALAM OP BERSEPADU DI PULAU PINANG

TANGKAPAN IKAN DI LUAR ZON YANG DIBENARKAN, SEBUAH BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN

BINTULU, 23 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu telah menahan sebuah bot nelayan tempatan yang sedang leka melakukan aktiviti penangkapan ikan di luar zon yang dibenarkan iaitu pada jarak lebih kurang 5.10 batu nautika dari Kuala Balingian, Bintulu sekitar jam 10.00 pagi, semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, berdasarkan aduan orang awam pihak Maritim Malaysia telah melakukan tangkapan dengan menggunakan bot samaran bagi mengelakkan kehadiran anggota dikesan oleh nelayan terbabit.

Hasil penggeledahan mendapati bot berkenaan dikendalikan oleh seorang tekong dan dua orang kru yang mana kesemuanya adalah warga tempatan. Kesemua kru yang ditahan berumur dalam lingkungan 35 hingga 52 tahun.  Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, syarat dalam buku lesen menetapkan kawasan yang dibenarkan untuk menangkap ikan adalah 12 batu nautika daripada pantai.

Muatan hasil laut seperti ikan campur berjumlah lebih kurang 100 kilogram yang dipercayai baru ditangkap berjaya disita bersama-sama dengan vesel, peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai RM500 ribu.

Kesemua kru beserta bot nelayan ditahan dan diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana telah melanggar syarat sah lesen dengan melakukan aktiviti menangkap ikan kurang daripada jarak yang dibenarkan yang mana boleh dikenakan kompaun daripada Jabatan Perikanan Malaysia.

Maritim Malaysia mengingatkan kesemua komuniti maritim supaya mematuhi segala peraturan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut. Komuniti maritim turut diminta untuk melaporkan segera sebarang aktiviti yang mencurigakan ataupun kemalangan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu (086-314 254)/ Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) yang beroperasi 24 jam.

WhatsApp Image 2023 03 23 at 12.44.22   WhatsApp Image 2023 03 23 at 12.44.22 1
     
WhatsApp Image 2023 03 23 at 12.44.22 2   WhatsApp Image 2023 03 23 at 12.44.23
Grid List

PENGARAH ZON MARITIM LAHAD DATU TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM MALAYSIA (CAAM)

LAHAD DATU, 17 MEI – Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Ts. Dr. Suzanna binti Razali Chan telah menerima kunjungan hormat daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Operasi Pengurusan Navigasi Udara (BOPNU) iaitu Encik Khairul A’amali bin Ismail semalam.

Turut serta dalam kunjungan hormat ini ialah Timbalan Pengarah Pejabat Wilayah Sabah, Pengurus Tawau (ARSC), Pengurus Lahad Datu (CAAM Lahad Datu), Penolong Pengarah Kanan Kota Kinabalu (ARCC) serta berberapa pegawai SAR CAAM.

Ini merupakan kunjungan hormat buat julung kalinya dari pihak CAAM sejak ditubuhkan ke Zon Maritim Lahad Datu.

Pertemuan dua hala ini melibatkan Unit Search and Rescue (SAR) CAAM yang berperanan menerajui dan menjalankan operasi SAR Aeronautika serta mengkoordinasikan operasi bersama Agensi SAR Kebangsaan.

Selain mengeratkan lagi persefahaman dan kerjasama yang telah sedia terjalin antara pihak Maritim Malaysia dan CAAM, turut dibincangkan berkaitan kerjasama dan prosedur semasa CARILAMAT kemalangan udara terutamanya di kawasan Pantai Timur Sabah.

Turut hadir dalam kunjungan hormat ini Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Leftenan Maritim Mohd Firdos bin Ayob, Timbalan Pengarah Zon (Siasatan), Leftenan Maritim Muhammad Yasir bin Mahamad Najib dan Pegawai Seksyen Operasi, Leftenan Madya Maritim Lawai Mering.

Sesi kunjungan ini diakhiri dengan pertukaran cenderamata dan sesi bergambar sebagai simbolik hubungan sedia ada yang terjalin di antara kedua-dua pihak.

 

ZMLD CAAM 2
 
ZMLD CAAM 3
 
ZMLD CAAM 4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC