22
Rab, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

FASA PERUBAHAN MONSUN, KOMUNITI MARITIM DINASIHAT BERWASPADA

KOTA KINABALU, 6 Oktober - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menasihatkan komuniti maritim terutamanya di negeri Sabah agar sentiasa berada dalam keadaan berwaspada berikutan negara sedang dalam fasa peralihan monsun.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Hj. Mohd Rosli bin Abdullah berkata, berdasarkan kepada laporan ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, negara sekarang berada dalam fasa peralihan monsun yang dijangka bermula pada 3 Oktober hingga November 2022 menyebabkan kejadian hujan serta ribut petir yang lebih kerap terutamanya di kawasan timur Sabah dan disusuli dengan Monsun Timur Laut yang akan bermula pada bulan November 2022 dan dijangka berakhir pada Mac 2023.

Keadaan ini akan menyebabkan air pasang besar serta laut bergelora. Kawasan timur Sabah merupakan antara kawasan yang dijangka bakal terkesan dengan keadaan tersebut. Berdasarkan ramalan kaji cuaca mendapati seluruh bahagian di Sabah dijangka menerima taburan hujan di paras perata kecuali di Kudat dan Sandakan yang mana taburan hujan sedikit melebihi paras purata pada bulan November dan Disember 2022.

Justeru itu, komuniti maritim dinasihatkan untuk peka dengan amaran yang telah dan akan dikeluarkan oleh pihak keselamatan dari masa ke masa. Pemakaian jaket keselamatan hendaklah diberi perhatian agar dapat mengurangkan sebarang risiko yang bakal berlaku.

Komuniti maritim juga diingatkan untuk sentiasa mengutamakan keselamatan diri, memaklumkan kepada keluarga tujuan ke laut serta lokasi, memastikan bot selamat untuk digunakan dan sentiasa peka pada cuaca semasa.

Sebarang kemalangan yang berlaku di laut komuniti diminta untuk terus menghubungi talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan ditalian 088- 387774 yang beroperasi 24 jam.

GMBR DATUK PMN 
Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC