PROGRAM PREVENTIVE SAR | SEMBANG SANTAI BERSAMA KOMUNITI NELAYAN KAMPUNG LUAK, MIRI SARAWAK
MIRI, 8 MEI – Zon Maritim Miri mengadakan program sembang santai bersama komuniti nelayan yang dihadiri oleh 30 komuniti nelayan terdiri daripada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK), nelayan-nelayan bot fiber dan tradisional serta pemancing rekreasi di Kampung Luak pada 7 Mei (Selasa).
Tujuan program ini diadakan adalah sebagai platform bagi mendengar aduan dan berkongsi maklumat mengenai isu-isu berkaitan keselamatan di laut selain menjadi ruang menyampaikan informasi ‘Preventive SAR’.
Turut hadir ke program ini ialah Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Miri, Leftenan Komander Maritim Muhd Firdaus bin Saniman, wakil Pengerusi dan ahli-ahli Persatuan Nelayan Kampung Luak dan Luput serta anggota Zon Maritim Miri.
Dalam slot ‘Preventive SAR’, pegawai Zon Maritim Miri turut menyampaikan taklimat secara santai dan mengedarkan risalah keselamatan kepada komuniti maritim yang hadir.
Di akhir program kesemua peserta mengambil gambar sebagai kenang-kenangan sebagai simbolik hubungan yang baik terjalin hasil daripada penganjuran pertemuan ini.
Diharapkan dengan penganjuran program ini dapat mencapai objektifnya dalam menyelami keluhan dan aduan komuniti maritim setempat selain menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat sebagai mata dan telinga pihak penguat kuasa.