25
Sat, Jul

BULK CARRIER DAN TEKSI AIR DITAHAN

KOTA TINGGI, 21 Oktober - Sebuah kapal jenis ‘Bulk carrier’ dan bot ‘teksi air’ berjaya ditahan oleh Maritim Malaysia, Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) atas kesalahan berbeza di Perairan Johor Timur semalam.

Pengarah ZMTS, Kepten Maritim Mohd Zulfadli bin Nayan berkata, sebuah kapal jenis bulk carrier dengan tanda nama 'OBE NORARES' ditahan pada jam 1.30 petang di kedudukan 8.5 batu nautika (bn) Timur Laut Tanjung Penawar oleh kapal peronda Maritim Malaysia.

“Bulk carrier yang berdaftar di Bridge Town, Barbados dikendalikan oleh 21 kru berumur lingkungan 20 hingga 54 tahun termasuk Nakhoda (Master) warganegara Syria ditahan setelah pemeriksaan mendapati mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh” katanya.

Terdahulu, sebuah bot kayu atau 'teksi air' tanpa penumpang bersama dua lelaki warga Indonesia berumur 28 dan 34 tahun turut ditahan pada jam 11.30 pagi di kedudukan 3.5 bn Tenggara Tanjung Penyusop.

“Bulk Carrier tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 491B(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut. Jika didapati bersalah mereka boleh didenda tidak melebihi RM 100 ribu atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. Manakala 'teksi air' pula akan disiasat di bawah Seksyen 44 Akta Kastam 1967,” jelas beliau lagi.

Zulfadli menjelaskan, penahanan bot kayu yang sedang giat dijalankan ini adalah bagi menguatkuasakan Pekeliling Pelabuhan No 67/2017 yang menghadkan bot-bot asing daripada menjalankan sebarang perkhidmatan dalam Had Pelabuhan. Ia juga salah satu usaha bagi menyekat kejadian curi dan rompak yang melibatkan bot kayu jenis sama.

Maritim Malaysia sentiasa mengambil tindakan yang sewajarnya demi memastikan perairan negara khususnya Perairan Johor Timur bebas daripada sebarang aktiviti jenayah dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan pelanggaran undang-undang.

WhatsApp Image 2019-10-21 at 12.38.53 PM

WhatsApp Image 2019-10-21 at 12.38.55 PM

 

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Tanjung Sedili 

BOMBARDIER CL 415 AKAN BANTU BOMBA PADAM KEBAKARAN DI MIRI MULAI ESOK

KUCHING, 14 Ogos - Pesawat Bombardier CL415 milik Maritim Malaysia ditugaskan untuk membantu menangani masalah kebakaran tanah gambut yang berlaku di Kuala Baram, Miri mulai esok.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan menyatakan perkara ini dalam sidang media yang berlangsung di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) hari ini.

“Bahagian Operasi Udara (BOU) menghantar dua set pasukan penerbang yang terdiri dari juruterbang dan anak kapal yang akan menyertai operasi pemadaman kebakaran di Miri,” jelas beliau.

Operasi ini akan dikoordinasi oleh Zon Maritim Miri dengan kerjasama BOU dari Ibu Pejabat Maritim Malaysia di Putrajaya. Pihak Maritim Malaysia menyasarkan untuk membuat sekurang-kurangnya dua sortie pada setiap hari dimana akan memakan masa lebih kurang empat jam bagi setiap sortie. Kehadiran pesawat dari Maritim Malaysia juga adalah bagi membantu Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia yang telahpun berada di lokasi tersebut.

Maritim Malaysia menyeru orang awam agar tidak memburukkan lagi keadaan dengan melakukan pembakaran terbuka yang akan menyebabkan meningkatnya kadar Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah Miri khasnya.

BOMBARDIER CL 415 AKAN BANTU BOMBA PADAM KEBAKARAN DI MIRI MULAI ESOK

BOMBARDIER CL 415 AKAN BANTU BOMBA PADAM KEBAKARAN DI MIRI MULAI ESOK 2

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Sarawak 

DUA PELANCONG SINGAPURA HILANG KETIKA BERKAYAK

MERSING, 9 OGOS – Dua warga Singapura yang dilaporkan hilang ketika sedang berkayak di Perairan Mersing, Johor.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Haris Fadzillah menjelaskan, operasi mencari dan menyelamat diaktifkan pada jam 3.30 petang semalam selepas menerima maklumat dari Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim Johor Bahru.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini diperluas hingga 150 batu nautika persegidari Tanjung Resang, Mersing hingga ke Kuala Rompin, Pahang,” katanya. 

Operasi SAR ini melibatkan sebuah aset udara Maritim Malaysia serta tiga bot Maritim Malaysia dan Polis.

Dua warga Singapura, Tan Eng Soon, 62 tahun dan Puah Geok Tin, 57 tahun yang menaiki satu kayak dilaporkan hilang kira-kira 5.40 petang Khamis, kira-kira 5 batu nautika timur Pulau Aceh, ketika berkayak bersama 13 lagi rakan mereka dari Endau menuju ke Pulau Mertang.

SAR 2 SGPORE HILANG

SAR 2 SGPORE HILANG 2

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Mersing 

 

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON