KUANTAN , 13 April – Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail bersama 13 anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang telah mengadakan sesi latihan menembak senjata api kecil di Lapang Sasar Tertutup Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) semalam.
Turut hadir dan menyertai sesi latihan adalah Pengarah AMSAS, Laksamana Pertama Maritim Haji Rozali bin Mohd Said serta pegawai pengurusan AMSAS.
Latihan ini bertujuan meningkatkan tahap kemahiran dan kecekapan anggota Pentadbiran Negeri dalam pengendalian senjata api.
Terdahulu, Menteri Besar Pahang telah menandatangani buku pelawat AMSAS dan seterusnya diberi taklimat keselamatan sebelum sesi latihan menembak precision dan flipping target.
Pihak AMSAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Besar Pahang atas kesudian menggunakan lapang sasar tertutup AMSAS sebagai platform latihan, semoga hubungan baik ini terus maju demi manfaat bersama.