25
Sat, Jul

MENTERI BESAR PAHANG ADAKAN LATIHAN MENEMBAK DI AKADEMI MARITIM SULTAN AHMAD SHAH (AMSAS)

 

KUANTAN , 13 April – Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail bersama 13 anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang telah mengadakan sesi latihan menembak senjata api kecil di Lapang Sasar Tertutup Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) semalam.

Turut hadir dan menyertai sesi latihan adalah Pengarah AMSAS, Laksamana Pertama Maritim Haji Rozali bin Mohd Said serta pegawai pengurusan AMSAS.

Latihan ini bertujuan meningkatkan tahap kemahiran dan kecekapan anggota Pentadbiran Negeri dalam pengendalian senjata api.

Terdahulu, Menteri Besar Pahang telah menandatangani buku pelawat AMSAS dan seterusnya diberi taklimat keselamatan sebelum sesi latihan menembak precision dan flipping target.

Pihak AMSAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Besar Pahang atas kesudian menggunakan lapang sasar tertutup AMSAS sebagai platform latihan, semoga hubungan baik ini terus maju demi manfaat bersama.

 WhatsApp Image 2021 04 15 at 9.06.19 AM   WhatsApp Image 2021 04 15 at 9.06.39 AM 
 WhatsApp Image 2021 04 15 at 9.07.16 AM    WhatsApp Image 2021 04 15 at 9.06.39 AM 2
 WhatsApp Image 2021 04 15 at 9.07.16 AM 1    WhatsApp Image 2021 04 15 at 9.07.16 AM 2

OP TANJUNG: KM BURAU TAHAN 5 NELAYAN INDONESIA CEROBOH PERAIRAN

GEORGETOWN, 23 Mac - Sebuah bot nelayan Indonesia bersama lima kru ditahan pada kedudukan 32.3 batu nautika barat Pulau Kendi sekitar jam 5.00 petang semalam oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang.
Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Abd Razak bin Mohamed berkata, bot tersebut dikesan sedang melakukan aktiviti menangkap ikan dalam perairan negara oleh KM BURAU semasa rondaan OP PERTIWI/ OP BENTENG/OP TANJUNG.
Bot tersebut dikendalikan lima kru warga Indonesia termasuk tekong berumur sekitar 18 hingga 45 tahun dan tiada mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. 
Kesemua nelayan asing itu ditahan kerana menceroboh perairan negara dan kes akan disiasat di bawah Sek 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
Jika disabitkan kesalahan tekong boleh dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM6 juta dan kru pula didenda RM500 ribu setiap orang dengan penjara 6 bulan sehingga 1 tahun.
Bot bersama kru termasuk tekong dibawa masuk ke Jeti LBM Batu Maung untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.
Dalam perkembangan yang lain Maritim Negeri Pulau Pinang semalam, telah menerima perolehan Floating Jetty bagi memudahkan urusan tambatan aset-aset Maritim Malaysia dan bot-bot tahanan, di Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Uban.
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Ketua Jurutera Jabatan Kerja Raya Daerah Timur Laut Pulau Pinang, Ir Abdul Rahman Azzam bin Che Sobry kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Batu Uban Pulau Pinang.
Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed, Ketua Cawangan Prasarana & Infrastruktur, Bahagian Pembangunan Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Komander Maritim Amir bin Shubli serta Ketua Juruukur Bahan Penguasa, Bahagian Kontrak & Ukur Bahan Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang, Sr Puan Zaniroh binti Mat Saad.

 WhatsApp Image 2021 03 23 at 10.54.55 AM 1   WhatsApp Image 2021 03 23 at 10.54.55 AM 
        WhatsApp Image 2021 03 23 at 5.56.21 AM    WhatsApp Image 2021 03 23 at 5.56.22 AM

ZON MARITIM KUALA PERLIS TERIMA SUMBANGAN 8,850 PELITUP MUKA

KUALA PERLIS, 15 Januari -  Zon Maritim Kuala Perlis menerima sejumlah 8,850 pelitup muka sumbangan daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Marin, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perlis, semalam.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh wakil Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perlis, Sr. Gs. Dr. Fazly Amri bin Mohd kepada Timbalan Pengarah Siasatan Zon Maritim Kuala Perlis, Leftenan Maritim Mohamad Zaimi bin Yakub di pejabat Zon Maritim Kuala Perlis pada jam 3.00 petang, semalam.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut turut disaksikan oleh pihak Pengurusan serta pegawai kanan Zon Maritim Kuala Perlis.

Pihak UiTM juga turut menyumbang pelitup muka kepada persatuan nelayan di sekitar Kuala Perlis untuk diedarkan kepada penduduk kampung yang sebahagian besarnya merupakan komuniti nelayan tradisional.

Zon Maritim Kuala Perlis merakamkan penghargaan terima kasih atas sumbangan yang amat bermakna ini, dalam situasi negara berjuang memerangi pandemik COVID-19, terutamanya petugas barisan hadapan Maritim Malaysia yang sentiasa terdedah kepada risiko penularan wabak ini.

 

WhatsApp Image 2021 01 14 at 8.35.56 PM 1     WhatsApp Image 2021 01 14 at 8.35.56 PM
     
 WhatsApp Image 2021 01 14 at 8.21.03 PM    WhatsApp Image 2021 01 14 at 8.21.00 PM 1

 

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Kuala Perlis 

COVID-19 : 67 WARGA ZON MARITIM KUALA PERLIS TERIMA SUNTIKAN PERTAMA VAKSIN

KUALA PERLIS, 9 Mac – Selaras dengan pelaksanaan suntikan vaksin COVID-19 kepada semua petugas barisan hadapan, Zon Maritim Kuala Perlis hari ini telah selesai menerima suntikan vaksin daripada Kementerian Kesihatan Malaysia secara berperingkat bermula pada 1 Mac hingga 9 Mac bertempat di Klinik Kesihatan Kampung Gial, Arau, Perlis.

Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing, seramai 67 pegawai dan anggota Zon Maritim Kuala Perlis yang menggalas tanggungjawab sebagai petugas barisan hadapan di bawah Kementerian Dalam Negeri dalam memerangi pandemik COVID-19 telah menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech bagi fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Kesemua pegawai dan anggota yang telah mendapat suntikan dos pertama vaksin tersebut diberi tempoh masa selama 30 minit untuk pemantauan oleh petugas Klinik Kesihatan Kampung Gial. Kesemua mereka yang menerima vaksin didapati selamat dan tidak mengalami sebarang alahan atau kesan sampingan.

Sebelum itu, Zon Maritim Kuala Perlis telah menerima taklimat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia yang disampaikan oleh Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Kuala Perlis, Dr. Suraya binti Mokhtar di pejabat Zon Maritim Kuala Perlis pada 26 Februari lalu sebagai persediaan dan penerangan kepada anggota Zon Maritim Kuala Perlis bagi mendapatkan maklumat untuk mengenal pasti sama ada mereka mempunyai masalah kesihatan atau alahan teruk serta kepentingan suntikan vaksin ini terhadap usaha-usaha meningkatkan imuniti kelompok dalam masyarakat supaya mempunyai daya tahan terhadap penyebab jangkitan penyakit tersebut.

Maritim Malaysia menyeru kepada semua rakyat Malaysia terutamanya komuniti maritim untuk sama-sama mendaftarkan diri bagi pengambilan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera serta mengambil bahagian di dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sebagai usaha meningkatkan imuniti kelompok dalam masyarakat supaya mempunyai daya tahan terhadap penyebab jangkitan virus tersebut.

“Lindung Diri, Lindung Semua”

 

WhatsApp Image 2021 03 23 at 12.01.52 PM     WhatsApp Image 2021 03 23 at 12.01.54 PM
     
 WhatsApp Image 2021 03 23 at 12.01.53 PM    

 

 

TOLAK RASUAH, DUA ANGGOTA MARITIM MALAYSIA TERIMA PENGHARGAAN SPRM

PUTRAJAYA, 28 Disember - Dua anggota Maritim Malaysia dianugerahkan surat penghargaan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di atas ketinggian integriti dengan menolak sogokan semasa melakukan operasi membanteras pencerobohan bot nelayan Asing Vietnam pada 2018 dan 2019 yang lalu.

Pegawai dan anggota berkenaan telah menolak cubaan rasuah oleh tekong Vietnam yang cuba melepaskan diri daripada ditahan atas kesalahan menceroboh perairan negara dengan menyogok wang kepada mereka.

Tindakan mereka wajar diberi pujian dan penghargaan kerana membudayakan integriti yang tinggi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som telah menyampaikan sijil penghargaan kepada Leftenan Komander Maritim Mahadi bin Ismail dan Laskar Kanan Maritim Mohamad Azhar bin Hashim dalam satu majlis ringkas yang diadakan di ibu pejabat Maritim Malaysia, semalam.

 

WhatsApp Image 2020 12 28 at 12.15.58 PM     WhatsApp Image 2020 12 28 at 12.15.57 PM
     
 WhatsApp Image 2020 12 28 at 12.15.57 PM 1    WhatsApp Image 2020 12 28 at 12.15.56 PM

More Articles ...

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON