![]() |
![]() |
MAJLIS SERAH TUGAS PENGARAH BPPM KEPADA LAKSAMANA PERTAMA MARITIM AMINUDDIN ABDUL RASHID
PUTRAJAYA, 22 Mac – Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Madya Maritim Hamid bin Haji Mohd Amin telah menyerahkan tugas Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Pengawasan Maritim (BPPM) kepada Laksamana Pertama Maritim Aminuddin bin Haji Abdul Rashid.
Majlis yang diadakan di pejabat BPPM, Ibu Pejabat APMM Putrajaya itu dibuat secara ringkas tetapi bermakna turut disaksikan oleh pegawai dan anggota bahagian itu.
Dengan pelantikan ini Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana (BCLBB) Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin secara tidak langsung memegang dua jawatan. Diharapkan dengan pelantikan ini ia dapat mengekalkan prestasi dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi dalam memantapkan lagi kecermelangan Maritim Malaysia.
![]() |
![]() |
![]() |
TIGA BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN, LANGGAR SYARAT SAH LESEN
LANGKAWI, 16 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B dalam jarak lebih kurang 6 batu nautika Barat Daya Tanjung Belua pada jam 1 tengah hari semalam.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, kesemua bot nelayan itu dikesan dan ditahan ketika sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan tersebut.
Melalui pemeriksaan yang dilakukan, sebuah bot nelayan dari tiga yang ditahan itu telah menggajikan pekerja warga Thailand tanpa surat kebenaran dari Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia.
Seramai tiga tekong dan tujuh awak-awak dalam lingkungan umur 27 hingga 63 tahun.
Bot dan kesemua kru ditahan dan dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Bukit Malut untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu manggajikan warga asing tanpa permit dan menangkap ikan di bawah had yang dibenarkan.
Komuniti maritim disarankan agar turut bekerjasama memantau aktiviti salah laku di perairan negara dan melaporkannya kepada Maritim Negeri Kedah dan Perlis di talian 04-9662750 atau MERS 999.
Kerjasama antara Maritim Malaysia dan komuniti setempat perlu sentiasa diperkukuhkan demi memastikan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
MARITIM MALAYSIA TAHAN KAPAL KARGO BERLABUH TANPA KEBENARAN
![]() |
![]() |
LAKSAMANA MARITIM DATO’ MOHD ZUBIL BERSARA SELEPAS 42 TAHUN BERKHIDMAT KEPADA NEGARA
PUTRAJAYA, 16 Mac – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som akan bersara wajib pada 19 Mac 2023 selepas menabur bakti selama 42 tahun menjaga keselamatan perairan negara.
Memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah ke-5 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bermula 19 Ogos 2019, Dato’ Mohd Zubil telah menerajui Agensi ini selama hampir 3 tahun 7 bulan selepas dilantik bagi mengambil alih tugas mantan Ketua Pengarah pada ketika itu iaitu Laksamana Maritim Dato’ Sri Zulkifili bin Abu Bakar yang telah bersara wajib.
Pada ucapan beliau, Dato’ Mohd Zubil menekankan agar seluruh warga agensi ini sentiasa kreatif dan berinovasi dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab.
“Jangan sesekali diberi peluang kepada orang luar untuk mempertikaikan kredibiliti dan kemampuan kita. Kita haruslah sentiasa memberikan yang terbaik meskipun pelbagai cabaran dan dugaan harus kita hadapi,
"Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menjaga imej dan nama baik Agensi agar kita terus dipandang tinggi dan disegani sama ada daripada pihak kawan mahupun lawan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah Bersama Warga Maritim Malaysia serta Perbarisan Paluan Berundur yang diadakan di Dataran Pahlawan, Putrajaya hari ini.
Turut hadir sama pada majlis berkenaan, Timbalan Ketua Pengarah Logistik merangkap pegawai yang menanggung tugas sebagai Ketua Pengarah, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Laksamana Madya Maritim Hamid bin Hj Mohd Amin.
Dato’ Mohd Zubil dalam pada itu turut menasihati seluruh pegawai dan anggota supaya sentiasa berintegriti ketika melaksanakan tugas khususnya ketika berada di lapangan.
“Sekiranya isu ini tidak dibendung, terus terang saya menyatakan bahawa mereka ini adalah ‘musuh dalam selimut’, ‘gunting dalam lipatan’. Ini kerana keselamatan negara telah dijual beli demi kepentingan diri sendiri,” katanya.
Bersempena program berkenaan, Dato’ Mohd Zubil serta isteri, Datin Nor Zaida binti Yazid telah menerima Kawalan Kehormatan Utama (KKU) oleh anggota Maritim Malaysia.
Dato’ Mohd Zubil kemudiannya mengadakan pemeriksaan kawalan KKU dan Platun Perbarisan di lokasi yang sama seterusnya menerima penghormatan pada upacara Street Lining.
![]() |
|
|
![]() |




















