25
Sat, Jul

MANGSA BOT KEROSAKAN ENJIN DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA

LUMUT, 28 Mac – Empat kru mangsa bot nelayan asing warga Indonesia yang mengalami kerosakan enjin pada 22 Mac lalu pada kedudukan 7.7 batu nautika barat laut Pulau Pangkor telah selamat diserahkan kepada pemerintah Indonesia awal pagi tadi.

Mangsa diserahkan kepada seketariat kedutaan Indonesia, Rizky Anugerah Putra, sambil disaksikan pegawai konsulat, Gustav Wahyudi.

Penyerahan disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Perak Komander Maritim Fadzliana Fadzil kepada wakil konsulat.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup berkata, urusan penghantaran pulang mangsa akan dilakukan oleh pihak Indonesia sendiri.

Wakil konsulat bersetuju menerima mangsa setelah selesai sesi pengesahan dan proses dokumentasi.

Terdahulu, mangsa mengalami kerosakan enjin sebelum dibantu oleh aset Maritim Negeri Perak di perairan Pulau Pangkor.

Penyerahan mangsa warga Indonesia ini mencerminkan hubungan baik yang terjalin di antara Malaysia dan Indonesia melalui keselamatan sentiasa erat.

 

MN PERAK INDO

MENARIK PUKAT DI KAWASAN LARANGAN, BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN

KUALA KURAU, 28 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Kuala Kurau telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C pada kedudukan 10.6 batu nautika barat daya Muara Kuala Kurau pada sekitar jam 10.40 pagi semalam.
 
Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan bin Azman Hamid berkata semasa rondaan rutin di perairan Kuala Kurau, pasukan bot peronda Maritim Malaysia telah mengesan bot itu dan dirapati untuk pemeriksaan.
 
Hasil pemeriksaan menemukan seramai empat kru nelayan warga Thailand termasuk tekong, memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dalam lingkungan umur antara 25 hingga 48 tahun. 
 
Pemeriksaan lanjut mendapati bot itu memiliki lesen dan kebenaran menggajikan kru warga asing yang sah, namun melakukan kesalahan dengan menarik pukat di kawasan yang tidak dibenarkan seperti yang ditetapkan dalam lesen.
 
Sebanyak kira-kira 160 kilogram ikan campur dan 500 kilogram ikan baja ditemukan semasa pemeriksaan dilakukan. 
 
Kesemua kru ditahan manakala bot, peralatan menangkap ikan, hasil perikanan disita sebelum dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.
 
Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu melakukan aktiviti perikanan di kawasan yang tidak dibenarkan. 
 
Maritim Malaysia akan terus komited dalam menguatkuasakan undang-undang persekutuan di perairan negara.
 
Sebarang aduan, salah laku dan insiden di laut orang ramai boleh melaporkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.
 

 

WhatsApp Image 2023 03 28 at 11.30.27   WhatsApp Image 2023 03 28 at 11.30.27 2
 

OP JAKSA/OP MARDOF BARAT | UBAHSUAI TANGKI MINYAK, DUA BOT NELAYAN BERSAMA 11 KRU DITAHAN

MERSING, 21 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Mersing telah menahan dua bot nelayan tempatan pada kedudukan 1.0 batu nautika selatan Pulau Tinggi sekitar jam 11.00 pagi semalam.
 
Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Bin Saadin berkata, dua bot nelayan tempatan kelas C itu ditahan oleh pasukan peronda Maritim Malaysia ketika melaksanakan OP JAKSA / OP MARDOF BARAT. 
 
Hasil pemeriksaan mendapati, kedua - dua bot nelayan tempatan itu disyaki telah melakukan kesalahan melanggar syarat sah lesen iaitu menambah ruangan dan mengubahsuai tangki minyak bot nelayan mereka.
 
Hasil pemeriksaan ke atas dokumen pula, kesemua 11 kru daripada kedua-dua bot nelayan tersebut merupakan warga Indonesia dalam lingkungan umur 25 hingga 44 tahun termasuk tekong.
 
Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen seperti yang ditetapkan dalam buku lesen.
 
Bot serta kru ditahan sebelum dibawa ke jeti Maritim Malaysia Teluk Gading sebelum diserahkan kepada kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.
 
Maritim Malaysia mengingatkan kepada semua komuniti marin khususnya pemilik bot nelayan tempatan agar mematuhi undang - undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan yang telah ditetapkan.
 
Sebarang aduan dan salah laku jenayah maritim atau sebarang kejadian kecemasan di laut, orang ramai boleh segera menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9404 atau MERS 999 untuk tindakan segera.
 
 
WhatsApp Image 2023 03 21 at 17.02.01
 
WhatsApp Image 2023 03 21 at 17.02.01 2
 

MARITIM NEGERI PERAK SELAMATKAN BOT NELAYAN ASING INDONESIA KEROSAKAN ENJIN

LUMUT, 23 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak memberikan bantuan  kepada sebuah bot nelayan asing (BNA) Indonesia pada kedudukan lebih kurang 7.7 batu nautika barat laut Pulau Pangkor pada jam 1.30 petang semalam.
 
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup berkata, bot BENTENG 6 telah diatur gerak ke lokasi bagi mengesahkan aduan yang diterima berhubung terdapat sebuah bot nelayan asing dilaporkan memasuki perairan Malaysia.
 
Hasil pemeriksaan dan rondaan di lokasi berkenaan, bot BENTENG 6 menemukan sebuah bot nelayan asing tanpa nombor pendaftaran sedang berapung yang dipercayai mengalami kerosakan pada bahagian enjin.
 
Hasil pemeriksaan lanjut oleh pasukan operasi, bot nelayan itu membawa empat kru warga Indonesia termasuk tekong dalam keadaan keletihan berumur di antara 19 hingga 49 tahun.
 
Bot nelayan diiringi ke Jeti Perikanan Kampung Acheh, Setiawan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak untuk diserahkan kepada wakil kedutaan Indonesia pada 24 Mac (Jumaat).
 
Maritim Malaysia mengingatkan kepada komuniti nelayan agar sentiasa mengutamakan pemakaian jaket keselamatan, menyemak ramalan kaji cuaca dan memiliki ‘Personal Locator Beacon’ (PLB) sebelum melakukan aktiviti di perairan negara.
 
Sebarang maklumat mengenai aktiviti jenayah serta insiden kecemasan atau kemalangan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 untuk maklum balas segera. 
 
WhatsApp Image 2023 03 23 at 11.58.20   WhatsApp Image 2023 03 23 at 11.58.20 1   WhatsApp Image 2023 03 23 at 11.58.21
 

MAJLIS SERAH TUGAS PENGARAH BPPM KEPADA LAKSAMANA PERTAMA MARITIM AMINUDDIN ABDUL RASHID

PUTRAJAYA, 22 Mac – Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Madya Maritim Hamid bin Haji Mohd Amin telah menyerahkan tugas Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Pengawasan Maritim (BPPM) kepada Laksamana Pertama Maritim Aminuddin bin Haji Abdul Rashid.

Majlis yang diadakan di pejabat BPPM, Ibu Pejabat APMM Putrajaya itu dibuat secara ringkas tetapi bermakna turut disaksikan oleh pegawai dan anggota bahagian itu.

Dengan pelantikan ini Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana (BCLBB) Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin secara tidak langsung memegang dua jawatan. Diharapkan dengan pelantikan ini ia dapat mengekalkan prestasi dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi dalam memantapkan lagi kecermelangan Maritim Malaysia.

 

WhatsApp Image 2023 03 22 at 14.26.40 2   WhatsApp Image 2023 03 22 at 14.26.40 3   WhatsApp Image 2023 03 22 at 14.26.40

More Articles ...

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON