10
Wed, Jun

MAJLIS PENUTUP SAREX LEVEL 3 MMRO NEGERI SARAWAK

BINTULU, 13 Oktober – Majlis Penutupan Search and Rescue Exercise Level 3, Maritime Mass Rescue Operation (SAREX MMRO) telah disempunakan oleh Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus bertempat di Auditorium, Ibu Pejabat Lembaga Pelabuhan Bintulu, Menara Kidurong, Bintulu semalam.

Majlis dimulakan dengan sesi 'Post Mortem' mengenai penambahbaikan setiap agensi dalam Operasi CARILAMAT untuk diadaptasi pada masa akan datang.

Seramai lebih kurang 250 peserta melibatkan 37 agensi dan jabatan berkaitan termasuk urus setia SAREX Level 3 MMRO hadir dalan majlis ini.

Dalam ucapan penutup yang disampaikan oleh penganjur bersama iaitu Pengarah Maritim Negeri Sarawak, MKN Sarawak dan Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Bintulu berkata, SAREX LEVEL 3 MMRO yang julung kalinya diadakan ini telah mencapai tujuan seperti yang dihasratkan dengan kerjasama padu semua pihak.

Dalam majlis ini, turut diadakan sesi penyampaian cenderahati, sijil penghargaan dan sijil penyertaan kepada semua pihak yang terlibat.

Turut hadir sama Pengarah MKN Negeri Sarawak, Encik Mohammad Haffizie bin Putit dan Pengurus Besar Operasi Lembaga Pelabuhan Bintulu, Encik Mizool Amir bin Mat Drus serta wakil semua agensi sahabat yang terlibat.

Diharapkan eksesais sebegini bakal diadakan lagi di masa akan datang demi meningkatkan kerjasama semua pihak dan kesiapsiagaan Maritim Malaysia sentiasa berada di tahap tertinggi sebagai entiti peneraju CARILAMAT di negara ini.

 

SAREX PENUTUP   SAREX PENUTUP 2   SAREX PENUTUP 3   SAREX PENUTUP 6

EX-GANJAR | MARITIM NEGERI SELANGOR SERTAI LATIHAN AMAL ANJURAN MKN

PELABUHAN KLANG, 11 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor telah menyertai dua hari latihan amal yang dinamakan EX-GANJAR anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Northport dan Westport di sini pada 10 dan 11 Oktober 2023.

Latihan atau eksesais ini telah dilaksanakan mengikut insiden keganasan dan CARILAMAT yang berkemungkinan berlaku di kawasan port limit Westport dan Northport.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Selangor, Komander Maritim Mohd Sharenliza bin Ghazali berkata, eksesais ini melibatkan pihak LPK selaku badan selia Westport dan Northport serta pelbagai agensi lain iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Penerangan, Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Objektif pelaksanaan eksesais ini adalah bertujuan meningkatkan komunikasi dan kesiapsiagaan antara agensi dalam menangani sebarang krisis dan bantuan CARILAMAT.

Dalam eksesais ini kesemua peserta perlu mengikut garis panduan Peraturan Tetap Operasi (PTO) yang terkandung di dalam Arahan MKN No. 18, MKN No. 20 dan juga International Ships & Port Facility Security Code (ISPS Code).

EX-GANJAR dimulakan dengan Table Top Exercise (TTX) pada 10 Oktober 2023 bertempat di CBM Training Hall Northport.

Manakala, pada 11 Oktober 2023 eksesais diteruskan pada fasa laut atau Field Training Exercise (FTX) yang diadakan di Dermaga 8A Northport.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam eksesais ini mampu mewujudkan perhubungan yang harmoni di antara agensi sahabat sebagai peneraju entiti CARILAMAT di negara ini.

 

EX GANJAR 2   EX GANJAR 3   EX GANJAR 5

ZON MARITIM KUALA KEDAH RAMPAS 160 SET BUBU NAGA

KUALA KEDAH, 11 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah telah berjaya merampas 160 set bubu naga dalam empat siri rampasan yang dijalankan di beberapa lokasi di perairan Tanjung Dawai hingga ke perairan Kuala Kedah sepanjang minggu ini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak berkata, operasi ini merupakan rondaan pemantauan rutin yang dilaksanakan berdasarkan aduan awam dan pemeriksaan semasa rondaan di lokasi berkenaan oleh pihak Maritim Malaysia.

Semasa rondaan dilakukan, anggota bot ronda Maritim Malaysia telah menemukan pelbagai taktik bagi mengaburi mata pihak berkuasa dengan mengubah lokasi semasa pemasangan bubu dan meletakkan pelampung penanda, pancang kayu dan beberapa alatan GPS yang mencurigakan pada setiap bubu naga berukuran kira-kira 10 meter panjang itu.

Kesemua bubu naga yang dirampas dianggarkan bernilai hampir RM20 ribu dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk disiasat di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985.

Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang dan sentiasa komited dalam operasi rondaan bagi mengekang aktiviti haram di perairan negara.

Salurkan aduan ke talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah 04-7310579 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2023 10 11 at 1.01.06 PM   WhatsApp Image 2023 10 11 at 1.01.07 PM   WhatsApp Image 2023 10 11 at 1.01.08 PM   WhatsApp Image 2023 10 11 at 1.01.10 PM 1

BOT NELAYAN TEMPATAN GUNA KHIDMAT KRU WARGA ASING DITAHAN

PULAU PINANG, 11 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang telah menahan sebuah Bot Nelayan Tempatan (BNT) kelas C di kedudukan 17.5 batu nautika barat daya Pulau Kendi pada tengah hari semalam.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong A/L Si Prom berkata, KM SIKUATI yang ditugaskan di dalam perintah operasi telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan terbabit sedang menangkap ikan.

Justeru, KM SIKUATI menghampiri BNT tersebut dan melakukan pemeriksaan lanjut serta mendapati lima kru termasuk tekong warga Myanmar berada di atas bot berkenaan.

Kesemua yang ditahan adalah dalam lingkungan umur 15 hingga 44 tahun didapati gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah sewaktu penggeledahan dilakukan.

Pemeriksaan lanjut mendapati bot terbabit tidak mempunyai permit kelulusan penggunaan kru warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

BNT tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki permit atau pass yang sah.

Kru warga asing terbabit telah direman selama 14 hari bagi membantu siasatan.

 

PENANG NELAYAN 2

SAREX MMRO | EKSESAIS BERSAMA APMM, MKN NEGERI SARAWAK DAN LEMBAGA PELABUHAN BINTULU

BINTULU, 10 Oktober – Majlis Perasmian Search and Rescue Exercise Level 3, Maritime Mass Rescue Operation (SAREX MMRO) telah disempunakan oleh Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus bertempat di Auditorium, Ibu Pejabat Lembaga Pelabuhan Bintulu, Menara Kidurong, Bintulu pagi tadi.

SAREX LEVEL 3 MMRO ini merupakan julung kalinya diadakan di negeri sarawak, melibatkan hampir 500 pegawai dan anggota dari 37 agensi, jabatan, pihak media serta urus setia yang bermula pada 10 Oktober sehingga 12 Oktober 2023.

Tujuan utama SAREX MMRO pada kali ini adalah untuk meningkatkan persefahaman, keupayaan untuk mengkoordinasi dan membina hubungan kerjasama yang padu di antara Maritim Malaysia dengan agensi/jabatan terlibat dalam OPERASI CARILAMAT selain meningkatkan kemahiran serta keupayaan sedia ada melibatkan jumlah mangsa berskala besar di mana keupayaan untuk menjalankan operasi biasa adalah tidak mencukupi.

Selain itu, eksesais ini turut untuk menguji keberkesanan Pelan MMRO 2022 iaitu menerangkan pelaksanaan dan pengendalian CARILAMAT di MRSC Kuching.

Sebanyak dua buah pesawat diatur gerak dalam eksesais ini iaitu aset milik TUDM dan PGU serta 10 buah kapal dan bot dari pelbagai agensi CARILAMAT sahabat yang lain.

Turut hadir dalam Majlis Perasmian, Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Sarawak, Encik Mohammad Haffizie bin Putit, dan Penolong Pengurus Besar Operasi Lembaga Pelabuhan Bintulu serta wakil-wakil ketua agensi sahabat yang terlibat.

 

FRONT PAGE SAREX MMRO   WhatsApp Image 2023 10 10 at 7.32.56 PM   WhatsApp Image 2023 10 10 at 7.32.56 PM 1   WhatsApp Image 2023 10 10 at 7.32.57 PM

More Articles ...

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON