LUMUT, 12 November - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menerusi program Sahabat Maritim telah mendekati masyarakat secara mesra di perkampungan nelayan, pagi tadi.Kali ini bersama penduduk kampung Labohan Bilis, Teluk Senangin, Perak.Program anjuran Maritim Negeri Perak ini bermula seawal jam 8.30 pagi dirasmikan oleh Pengarah Maritim Negeri Perak, kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup, diiringi Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Perak, Komander Maritim Fadzliana Fadzil.Objektif program ini adalah bagi memupuk kesedaran keselamatan di laut serta menjadi platform perbincangan mengenai isu komuniti nelayan setempat.Selain itu, ia dapat merapatkan hubungan silaturrahim di antara pihak berkuasa dengan penduduk setempat secara tidak langsung memberi penekanan terhadap penguatkuasaan maritim.Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan bola tampar pantai, aktiviti mewarna untuk kanak-kanak, penyerahan sumbangan kotak makanan, sukaneka dan pertandingan tarik tali di antara pasukan Maritim Negeri Perak dan penduduk.Majlis ini turut dihadiri Penghulu Kampung Labohan Bilis, Encik Sabdin bin Idris, Imam masjid Arfiah Kampung Batu 3 Segari, Ustaz Haji Yusuf bin Haji Harun, Pengerusi Kampung Labohan Bilis, Encik Safie bin Mohamad Akhir, Pengerusi Persatuan Chalet Teluk Senangin, Encik Yahaya bin Mat Jani serta wakil Penyelaras program Encik Zulkifli bin Md Isa.Di akhir program, penduduk berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah serta menikmati jamuan ringan dan sesi bergambar.Majlis berakhir kira-kira jam 12.00 tengah hari.
![]()
![]()
![]()
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |


















.svg.png)

