KUCHING, 29 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Sarawak telah mengadakan sambutan Program Hari Kesedaran Keselamatan Maritim diperingkat Zon Maritim Tanjung Manis, Zon Maritim Bintulu dan Zon Maritim Miri.
Bersempena dengan Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) yang disambut pada setiap tanggal 6 Jun setiap tahun bermula tahun 2021 yang lepas, HKKM ini telah disambut sepanjang bulan Jun di Sarawak bagi mendidik serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan akan kesedaran keselamatan semasa keluar ke laut kepada semua komuniti maritim di Sarawak khasnya.
Sambutan di peringkat Zon Maritim Miri telah diadakan semalam (28 Jun 2022) dimana Zon Maritim Miri telah melaksanakan program mengedar risalah keselamatan kepada komuniti Maritim, memberi taklimat keselamatan serta tatacara penggunaan jaket keselamatan yang betul di sekitar perairan Miri dan antara lokasi yang terlibat adalah jeti-jeti Nelayan Kampung Piasau dan Bakam, Miri.
Manakala di peringkat Zon Maritim Tanjung Manis pula, Program HKKM telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Pantai Kampung Belawai pagi tadi (29 Jun 2022) dan antara pengisian program adalah seperti Program Gotong-royong pembersihan di sekitar pesisir Pantai Belawai, Perlawanan Persahabatan Bola Tampar bersama Komuniti Setempat dan Program Preventive SAR iaitu melalui Edaran Flyers.
Seramai lebih kurang 100 orang yang terdiri daripada Pegawai Dan anggota Zon Maritim Tanjung Manis, penduduk Kampung Belawai dan dif-dif jemputan seperti Pegawai Daerah Tanjung Manis, Encik Ismail bin Kasah, Ketua BBP Tanjung Manis, Wakil Ketua Polis Bantuan Tanjung Manis, Pemanca Daerah Tanjung Manis, Penghulu Kampung, pemimpin masyarakat setempat serta ketua-ketua kaum di sekitar Perkampungan Belawai.
Pada 30 Jun pula, Zon Maritim Bintulu akan membuat hebahan berkenaan dengan HKKM menerusi saluran radio Bintulu Fm pada jam 10.15 pagi dan akan membincangkan perkara berkenaan dengan keselamatan di laut serta statistik keberkesanan Preventive SAR di Sarawak.
Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan penyaluran maklumat daripada seluruh komuniti Maritim untuk melaporkan sebarang kes-kes kecemasan di laut secara terus ke Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak ditalian 082-432544/ 082-432006 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.
























.svg.png)

