KAJANG, 2 Mac - Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) buat julung kalinya telah menganjurkan Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil (UKMSK) bersama rakan strategik Maritim Malaysia bertempat di Lapang Sasar Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia.
UKMSK ini melibatkan seramai 60 peserta terdiri daripada pengurusan tertinggi Maritim Malaysia, Telekom Malaysia (TM), PETRONAS dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) dan telah dirasmikan oleh YBrs. Laksamana Pertama Maritim Aminuddin bin Abd Rashid, Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana.
Ujian ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pengalaman kepada rakan strategik APMM berkaitan tatacara pengendalian senjata kecil, memupuk ikatan silaturrahim yang lebih erat dan semangat setia kawan antara pengurusan tertinggi APMM dengan rakan strategik di samping membina keyakinan diri, menanam sikap tanggungjawab serta disiplin yang tinggi semasa mengendalikan senjata kecil.
Acara penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Diharapkan program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak agensi dengan rakan strategik.
![]()
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.















.svg.png)

