24
Isn, Ogs

Grid List

41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007

PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF

MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA

PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN

PASIR PUTEH, 25 Februari – Maritim Negeri Kelantan telah menahan dua bot nelayan Vietnam pada kedudukan lebih kurang 126 hingga 128 batu nautika dari muara Tok Bali Khamis lalu.

Pengarahnya, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi berkata, penahanan itu dibuat oleh Kapal Maritim Malaysia ketika sedang melaksanakan rondaan di sempadan perairan Malaysia – Vietnam dalam OP DAMAI, OP NAGA BARAT, OP IMAN dan OP TIRIS.

Kedua-dua bot itu dikesan dalam keadaan mencurigakan kira-kira pada jam 7.22 pagi sebelum bot pertama berjaya ditahan sekitar jam 8.39 pagi seterusnya diikuti penahanan ke atas bot kedua pada jam 9.27 pagi.

Kedua-dua bot pada awalnya tidak memberikan kerjasama dan cuba melarikan diri ke sempadan perairan negara apabila pasukan operasi Maritim Malaysia memberikan arahan untuk menghentikan bot mereka.

Melihat keadaan yang berlarutan, Kapal Maritim Malaysia bertindak memintas bot itu dan melakukan 'force boarding' untuk menghentikan mereka.

Pemeriksaan lanjut mendapati, kesemua suspek yang ditahan ialah seramai 23 orang disyaki warga Vietnam berumur di antara 19 hingga 63 tahun.

Selain dua bot yang ditahan, tangkapan kali ini turut melibatkan rampasan kira-kira 1,000 kilogram hasil laut, peralatan menangkap ikan, peralatan navigasi dan komunikasi serta bekalan diesel 2,000 liter dengan anggaran nilai hampir tiga juta ringgit.

Mereka yang ditahan disyaki melakukan aktiviti perikanan secara haram di perairan negara dan akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen kebenaran menangkap ikan di perairan Malaysia oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Dua tekong juga disyaki melanggar Seksyen 16 (3) Akta Perikanan 1985 kerana gagal memaklumkan pihak berkuasa melalui radio atau faksimili tentang nama negara, bendera, lokasi laluan dan destinasi vessel ketika memasuki perairan Malaysia.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Sabit kesalahan bagi kes perikanan, boleh dihukum denda sehingga enam juta ringgit kepada tekong dan RM600 ribu ke atas setiap kru mengikut Seksyen 25 (a) Akta Perikanan 1985 manakala bot dan peralatan menangkap ikan boleh dilucut hak kepada kerajaan Malaysia.

Bagi kes di bawah Imigresen, tekong dan kru boleh dihukum denda tidak lebih daripada RM10 ribu atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan hukuman sebatan tidak lebih daripada enam kali mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63.

Proses membawa balik bot tahanan telah mengambil masa lebih 24 jam sebelum kedua-dua bot tiba di Jeti Maritim Negeri Kelantan kira-kira pada jam 11.00 pagi (Jumaat, 23 Februari) sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

 

PATI KELANTAN 2   PATI KELANTAN 3   PATI KELANTAN 4

BOT NELAYAN KELAS C TANGKAP IKAN DI ZON LARANGAN DITAHAN

KLANG, 25 Februari – Maritim Negeri Selangor telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C di perairan Selangor, semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, bot nelayan itu ditahan oleh KM DANGA ketika melakukan rondaan rutin OP EHSAN, OP MURNI dan OP TIRIS 3.0 di 13.2 batu nautika barat daya Pulau Pintu Gedong.

Hasil pemeriksaan mendapati, bot itu dikendalikan oleh enam kru termasuk tekong warga Myanmar berusia antara 26 hingga 45 tahun tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Bot bersama kru dibawa ke jeti Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan warga asing dan menjalankan aktiviti memukat di zon larangan iaitu di bawah 15 batu nautika dari pantai.

Aktiviti perikanan kurang 15 batu nautika dari pantai oleh bot kelas C boleh menjejaskan keseimbangan ekosistem serta menganggu mata pencarian nelayan tradisional yang bergantung hidup di kawasan tersebut.

Sebarang maklumat, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam untuk maklum balas segera.

 

KLANG NELAYAN   KLANG NELAYAN 2   KLANG NELAYAN 3

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM MALAYSIA

LUMUT, 24 Februari – Maritim Negeri Perak merampas sebanyak 30 set bubu naga atau bubu kambang (China Prawn Net Trap) di kedudukan sekitar 0.2 batu nautika tenggara Kampung Baharu, Perak pagi semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup berkata, bubu yang berukuran kira-kira 10 meter panjang setiap satu itu dipasang secara berangkai telah

dikesan oleh pasukan bot ronda Maritim Malaysia dalam OP SAYONG / OP PINTAS / OP TANJUNG dan OP TIRIS melalui botol air dan botol minyak yang dijadikan pelampung kepada bubu naga itu di lokasi berkenaan.

Hasil pemeriksaan lanjut dan tinjauan ke atas pelampung yang mencurigakan itu mendapati, botol-botol yang terapung di permukaan air itu dijadikan sebagai penanda lokasi bubu naga yang dipasang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kesemua bubu naga dianggarkan bernilai lebih dua ribu ringgit kemudiannya dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut orang ramai boleh menghubungi MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk tindakan segera.

 

WhatsApp Image 2024 02 24 at 6.11.07 PM   WhatsApp Image 2024 02 24 at 6.11.08 PM   WhatsApp Image 2024 02 24 at 6.11.09 PM

BAWA BARANG KAWALAN TANPA PERMIT, MARITIM MALAYSIA TAHAN DUA BOT KARGO

TAWAU, 23 Februari – Zon Maritim Tawau berjaya menahan dua bot kargo yang membawa muatan barang kawalan dalam dua tangkapan berasingan petang semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman berkata, terdahulu bot ronda Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot kargo dalam keadaan mencurigakan bergerak laju dari Perairan Tawau menuju ke kawasan sempadan Malaysia-Indonesia pada jam 1.45 petang ketika melakukan rutin rondaan dalam OP TIRIS dan OP PLUTO TIMUR.

Pemeriksaan awal ke atas bot itu di kedudukan 0.6 batu nautika utara Muara Sungai Melayu mendapati, seorang warga tempatan berusia 24 tahun bertindak selaku juragan telah membawa muatan 1,000 kilogram beras putih, 561 kilogram minyak masak paket, 325 liter bahan api jenis petrol, 48 kilogram gula pasir dan empat tong gas LPG di atas bot tersebut.

Sementara itu di lokasi berasingan, sebuah lagi bot kargo ditahan kapal peronda Maritim Malaysia melalui maklumat risikan selepas menemukan 10 gelen bahan api jenis diesel kira-kira 250 liter, lapan gelen bahan api jenis petrol anggaran 200 liter, 72 botol minuman keras pelbagai jenama dan 33 karton rokok tidak bercukai yang dibawa seorang juragan lelaki warga tempatan berusia 32 tahun di kedudukan 1.0 batu nautika selatan Kuala Sungai Tawau pada sekitar jam 2.30 petang hari yang sama.

Pemeriksaan pasukan operasi ke atas dokumen kedua-dua bot terbabit mendapati, juragan gagal mengemukakan sebarang permit serta lesen yang sah berkaitan barang kawalan yang dibawa serta melanggar Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah.

Kedua-dua juragan, bot serta muatan tersebut ditahan sebelum dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia dan disiasat di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah, Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Akta Kastam 1967.

Kesemua barangan termasuk bot kargo, enjin bot dan muatan barangan disita dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah hampir RM100 ribu.

Orang ramai diminta membantu pihak Maritim Malaysia dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah, aduan serta insiden kecemasan di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

TAWAU BARANG
 
TAWAU BARANG FRONT PAGE

TIGA NELAYAN DITAHAN KERANA MELAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN

KUALA KURAU, 22 Februari – Zon Maritim Kuala Kurau menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B jenis pukat tunda bersama tiga nelayan disyaki telah menangkap ikan kurang dari jarak yang dibenarkan dalam syarat sah lesen dikedudukan 2.7 batu nautika barat Pulau Pasir Hitam Perak semalam.

Pengarahnya, Komander Maritim Mohd Najhan bin Azman Hamid berkata bot itu ditahan semasa pasukan operasi sedang melakukan rondaan rutin di perairan Kerian dan Larut Matang.

Hasil pemeriksaan menemukan tiga orang nelayan termasuk seorang bukan warganegara.

Pemeriksaan lanjut mendapati bot itu memiliki lesen yang sah namun tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya dan tiada kebenaran penggunaan kru warga asing oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Kesemua nelayan, bot, peralatan menangkap ikan dan hasil tangkapan ikan bernilai RM120 ditahan serta dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu bot menunda kurang dari jarak yang dibenarkan, tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya dan tiada kebenaran penggunaan kru warga asing yang sah.

Sebarang aduan dan insiden kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkan kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

KUALA KURAU TAHAN 2

Lebih banyak artikel..

Grid List

SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG

PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.

Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.

Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.

Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.

“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.

Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.

Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.

Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.

Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC