17
Sab, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT NELAYAN GAJIKAN PEKERJA ASING TANPA PERMIT

KUANTAN, 9 Oktober - Sebuah Bot Nelayan Tempatan (BNT) kelas C telah ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang kerana menggajikan pekerja asing tanpa kebenaran di sekitar perairan Kuala Kuantan kira-kira pukul 1 petang, semalam.

Penahanan dilakukan setelah bot ronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan rondaan OP MAKMUR dan OP TIRIS telah mengesan sebuah bot nelayan sedang bersauh dalam keadaan mencurigakan pada kedudukan lebih kurang 21.2 batu nautika dari Tenggara, Kuala Kuantan.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati, terdapat enam kru termasuk tekong warga Vietnam berusia lingkungan 29 hingga 53 tahun berada di atas bot tersebut.

Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati dua kru tidak mempunyai permit kerja yang sah manakala empat kru lagi termasuk tekong memiliki permit yang meragukan.

Jelas beliau lagi, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Perikanan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana bekerja tanpa permit yang sah.

Bot dan kesemua kru termasuk tekong telah ditahan dan diiring masuk ke Jeti Penerpa, Kuantan Slipway bersama peralatan menangkap ikan dan hasil laut yang dianggarkan sebanyak 700 kilogram bagi diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan selanjutnya.

Pengusaha bot diingatkan supaya mematuhi syarat sah lesen yang dikeluarkan Jabatan Perikanan dan memastikan kru warga asing telah mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan sebagaimana yang telah ditetapkan dalam syarat lesen bot.

Orang awam juga diminta untuk bekerjasama dengan pihak Maritim Malaysia dengan melaporkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang, kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang 09-5717345 atau talian kecemasan MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

 

a   b
Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC