PELABUHAN KLANG, 23 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor berjaya menahan sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) dan sebuah kapal tangki dalam operasi rutin di perairan negeri ini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, tangkapan dilakukan oleh KM DANGA yang sedang menjalankan rondaan rutin di kawasan perairan Selangor.
Penahanan pertama melibatkan sebuah VNT Kelas C sekitar pukul 1.00 petang di kedudukan 17 batu nautika barat daya Pulau Tengah. Pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan seorang tekong bersama empat awak-awak warga Myanmar berumur antara 36 hingga 49 tahun.
Kesemua kru gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah, manakala pemeriksaan ke atas vesel mendapati ia melanggar syarat lesen kerana menggunakan mata pukat kurang daripada 38 milimeter untuk menangkap ikan.
Kesemua yang terlibat dibawa ke Jeti Pangkalan Maritim Pulau Indah untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.
KM DANGA juga turut melakukan satu lagi tangkapan pada hari sama melibatkan kapal tangki (MT) sekitar pukul 3.15 petang, kapal tersebut ditahan ketika bersauh tanpa kebenaran di kedudukan 5.9 batu nautika barat Pulau Pintu Gedong.
Kapal berkenaan dikendalikan seorang nahkoda warga Thailand berumur 36 tahun bersama 16 kru berumur antara 20 hingga 55 tahun, terdiri daripada 13 warga Thailand termasuk dua wanita, dua warga Myanmar dan seorang warga Indonesia.
Pemeriksaan mendapati kapal tersebut melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana tidak mendapat kebenaran bersauh daripada Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia serta gagal mengibarkan bendera Malaysia. Dua kru kapal termasuk Pegawai Dek Kedua dan Jurutera Kedua dibawa ke Jeti PPM Pulau Indah untuk tindakan lanjut.
Orang ramai digesa menyalurkan sebarang maklumat berhubung kegiatan mencurigakan atau insiden kecemasan di laut melalui Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.
















.svg.png)

