24
Isn, Ogs

Grid List

41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007

PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF

MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA

PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

OPERASI BERSEPADU APMM BERSAMA JLM, AADK DAN PPM SERTA PROGRAM HKKM DI PERAIRAN LANGKAWI

LANGKAWI, 19 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis menerusi Unit Penguatkuasaan dan Eksesais serta Unit Carilamat dan Bantuan Bencana, Seksyen Operasi telah menganjurkan Operasi Bersepadu disini, semalam.

Operasi yang diadakan itu adalah melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Jabatan Laut Malaysia (JLM), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), di mana ia digabungkan bersama Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) 2025.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, penganjuran program ini adalah bertujuan memperkukuhkan tahap keselamatan maritim, meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pematuhan undang-undang di laut serta memperkukuhkan kerjasama di antara agensi dalam menangani pelbagai isu keselamatan perairan negara.

Dalam operasi yang dijalankan di sekitar perairan Langkawi, beberapa buah vesel telah diperiksa melibatkan pelbagai kategori termasuk bot penumpang, bot nelayan dan bot pelancong.

Hasil daripada pelaktanaan operasi ini telah membawa kepada dua kes tangkapan iaitu rampasan dua bot fiber dan peralatan dianggarkan bernilai RM41 ribu. Kes ini disiasat oleh Maritim Malaysia.

Manakala tangkapan ke atas tiga individu yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah diserahkan kepada AADK untuk tindakan lanjut.

"Operasi seumpama ini akan diteruskan secara berkala demi memastikan kawasan perairan negeri kekal selamat, bebas daripada ancaman keselamatan serta aktiviti jenayah maritim" ujar Laksamana Pertama Maritim Romli.

Beliau turut menegaskan bahawa pematuhan terhadap prosedur keselamatan di laut bukan sahaja menjadi tanggungjawab Agensi semata-mata, tetapi semua pihak termasuk pengusaha bot dan komuniti nelayan.

Justeru, program kesedaran seperti ini adalah penting untuk mendidik masyarakat terhadap risiko dan undang-undang yang perlu dipatuhi ketika berada di laut.

Maritim Malaysia akan terus komited dalam memperkasa keselamatan maritim negara menerusi kerjasama strategik dengan agensi-agensi berkaitan serta sokongan daripada komuniti maritim setempat.


OP BERSEPADU LKW2
 
OP BERSEPADU LKW4
 
OP BERSEPADU LKW3

MARITIM MALAYSIA TAHAN DUA BOT FIBER BAWA DADAH DI LANGKAWI

LANGKAWI, 19 JUN – Cubaan menyeludup dadah menggunakan dua bot fiber berjaya dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam satu operasi bersepadu di kedudukan lebih kurang 0.03 batu nautika Timur Taman Nilam, dekat sini, petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa memaklumkan, dalam kejadian kira-kira pukul 3.00 petang itu, dua bot fiber yang dilihat dalam keadaan mencurigakan ditahan oleh bot ronda Maritim Malaysia menerusi rondaan rutin di bawah pelaksanaan OP AMAN, OP TIRIS 3.0, OP MARDOF UTARA 1/2025 dan OP BERSEPADU bersama Jabatan Laut Malaysia (JLM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta Pasukan Polis Marin (PPM).

Romli turut berkata, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bot terbabit melakukan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Tekong salah sebuah bot bertindak melarikan diri dengan memecut ke kawasan cetek sebelum terjun ke dalam sungai untuk meloloskan diri.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas bot menemukan 21 paket kecil straw, lima paket lutsinar disyaki mengandungi syabu, satu paket disyaki morfin serta beberapa peralatan membungkus dadah,” jelasnya lagi.

Menurut beliau, jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM41 ribu. Kedua-dua bot serta barang kes telah dibawa ke Jeti Maritim Negeri Kedah dan Perlis untuk siasatan lanjut.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk aktiviti yang menyalahi undang-undang dan akan terus mempergiat rondaan serta operasi di Zon Maritim Malaysia khususnya di perairan Kedah dan Perlis,” tegasnya.

Dalam masa sama, Maritim Malaysia menyeru orang awam, khususnya komuniti maritim dan nelayan, agar menyalurkan maklumat sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan atau kecemasan di laut melalui talian kecemasan 999 atau terus ke Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah & Perlis di 04-9662750.

 

LANGKAWI DADAH2
 
LANGKAWI DADAH3

1,1742 BUBU NAGA BERNILAI HAMPIR RM180 RIBU DILUPUSKAN

KUALA KURAU, 19 JUN – Sebanyak 1,742 unit bubu naga dianggarkan bernilai hampir RM180 ribu telah dilupuskan hari ini selepas mendapat perintah mahkamah untuk pelupusan secara musnah.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Hairil bin Othman berkata,pelupusan itu dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Daerah Kerian setelah peralatan tersebut dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kurau sepanjang tahun 2024.

Beliau turut berkata, bubu naga merupakan peralatan penangkapan ikan yang bersifat tidak selektif serta memerangkap pelbagai spesies termasuk anak ikan dan hidupan marin terancam.

“Penggunaan bubu naga menjadi pilihan pihak yang tidak bertanggungjawab kerana ia menjana pendapatan sangat menguntungkan tanpa memikirkan kesan pada jangka masa panjang terhadap ekosistem laut,” jelas beliau.

Tegas beliau, tindakan tegas akan terus diambil dan rondaan penguatkuasaan akan diperhebat bagi membanteras penggunaan alat tangkapan haram itu.

“Kami komited untuk menghapuskan sepenuhnya penggunaan bubu naga di perairan Kuala Kurau. Mana-mana individu yang ditangkap akan disiasat di bawah Seksyen 11(3)(a) Akta Perikanan 1985 kerana mengendalikan atau membenarkan dikendalikan peralatan menangkap ikan tanpa kebenaran sah.

“Mereka juga boleh disiasat di bawah Seksyen 11(3)(b) akta sama kerana memiliki peralatan menangkap ikan tanpa lesen sah,” tegas beliau.

Tambah Mohd Hairil, pelupusan ini bukan sahaja langkah penguatkuasaan tetapi juga sebagai mesej jelas kepada komuniti pesisir bahawa Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap penyalahgunaan peralatan menangkap ikan yang boleh merosakkan sumber laut negara.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kumpulan pengamal media yang hadir dan berharap liputan ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat, agar generasi akan datang tidak mewarisi kemusnahan ekosistem akibat ketamakan pada hari ini.

 

BUBU KURAU2
 
BUBU KURAU3

LIMA WARGA ASING DITAHAN CEROBOH LAUT KEMAMAN, BOT NELAYAN TEMPATAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN

KEMAMAN, 19 JUN – Cubaan lima warga asing ‘menangguk di air keruh’ dengan bekerja sebagai kru vesel nelayan tempatan (VNT) tanpa permit yang sah akhirnya mengundang padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kemaman dalam satu operasi penguatkuasaan petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin bin Che Awang memaklumkan, dalam kejadian kira-kira pukul 2.55 petang, sebuah vesel nelayan Kelas C yang berpengkalan di Tanjung Gemok telah dikesan berada dalam keadaan mencurigakan 13 batu nautika dari muara Kemaman, ketika rondaan rutin Op IMAN sedang dilaksanakan oleh bot peronda Maritim Malaysia.

Jelas beliau lagi, pemeriksaan lanjut mendapati, bot terbabit dikendalikan oleh seorang tekong bersama empat kru lelaki, semuanya warganegara Myanmar berumur antara 26 hingga 41 tahun, tanpa sebarang permit kerja yang sah.

“Siasatan awal mendapati tekong serta kru terbabit disyaki telah melanggar Akta Imigresen 1959 dan Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan tenaga kerja asing tanpa kebenaran Jabatan Perikanan Malaysia serta tidak memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara yang sah daripada Jabatan Imigresen Malaysia,” jelas beliau.

Tegasnya, jika disabit kesalahan, majikan boleh didakwa mengikut Seksyen 25(b) Akta Perikanan 1985 yang membawa hukuman denda sehingga RM20 ribu atau penjara maksimum dua tahun.

Manakala tekong dan kru boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959, dengan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM1 ribu atau kedua-duanya sekali.

Bot bersama tekong dan kru telah dibawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman untuk siasatan lanjut oleh pihak berkuasa.

Dalam pada itu, pihak agensi menyeru agar komuniti maritim dan orang awam menyalurkan maklumat segera sekiranya mengesan sebarang kegiatan mencurigakan atau pelanggaran undang-undang di laut.

Sebarang aduan boleh disalurkan ke talian kecemasan 999 atau terus ke Pusat Operasi Maritim Negeri Terengganu di talian 013-746 4357 yang beroperasi 24 jam sehari.

 

KEMAMAN LESEN2

MIZUHO BERLABUH DI MALAYSIA, LONJAK KERJASAMA STRATEGIK MARITIM MALAYSIA

PORT DICKSON, 23 JUN – Malaysia hari ini mencatat satu lagi detik bersejarah apabila kapal peronda milik Japan Coast Guard (JCG), MIZUHO, selamat berlabuh di Terminal Kapal Persiaran Klang (PKCT), sekali gus menandakan permulaan misi strategik lima hari bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah berkata, lawatan yang bermula dari 23 hingga 27 Jun 2025 ini bukan sekadar memperkasa hubungan strategik yang sedia terjalin di antara agensi penguat kuasa kedua-dua negara, tetapi ia juga lambang keyakinan JCG terhadap Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama keselamatan maritim bagi menghadapi cabaran serantau yang semakin kompleks dan mencabar.

“Kehadiran MIZUHO adalah simbol kepercayaan Jepun terhadap keupayaan Maritim Malaysia sebagai rakan penting di rantau ini”.

“Kedua-dua agensi bukan sahaja akan berkongsi pengalaman dan kepakaran, tetapi mencari kata sepakat bersatu demi keselamatan perairan serantau dari sebarang ancaman,” tegas Zawawi.

Beliau berkata demikian ketika hadir menyambut ketibaan kapal MIZUHO milik negara ‘matahari terbit’ itu di sini hari ini.

Turut hadir sama, Duta Jepun ke Malaysia, Ambassador Shikata Noriyuki bersama pegawai dari Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Mobile Coordination Team (MCT). Manakala JCG diwakili oleh Timbalan Komandan Operasi, Mr. Kanosue Hiroaki, serta enam pegawainya yang lain.

Sementara itu, Ambassador Shikata Noriyuki menegaskan, lawatan MIZUHO ke Malaysia adalah penting dalam menjaga hubungan erat antara kedua-dua agensi penguat kuasa maritim ini khususnya dalam meneruskan aspek latihan dan operasi bersama di samping perkongsian teknologi.

“Kerjasama antara Japan Coast Guard dan Maritim Malaysia sejak tahun 2006 telah memainkan peranan penting dalam membina keupayaan penguatkuasaan maritim serantau,” jelas beliau.

Antara pengisian utama lawatan MIZUHO termasuk Latihan Teknik Penahanan (Arresting Technique Training) dan latihan Long Range Acoustic Device (LRAD) kendalian JICA dan MCT, kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah serta latihan bersama MIZUHO dan Kapal Maritim (KM) BANGGI milik Maritim Malaysia di Perairan Selangor.

Lawatan MIZUHO ini diharap menjadi titik tolak kepada lebih banyak kerjasama dua hala antara kedua-dua Agensi Penguat kuasa maritim dalam mengekang jenayah rentas sempadan, meningkatkan kemampuan dalam mencari dan menyelamat, selain mengangkat hubungan maritim ke tahap strategik, demi memastikan rantau ini kekal bebas dan berdaulat untuk generasi akan datang.

 

MIZUHO2
 
MIZUHO4
 
MIZUHO6
 
MIZUHO7

Lebih banyak artikel..

Grid List

SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG

PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.

Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.

Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.

Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.

“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.

Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.

Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.

Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.

Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC