24
Isn, Ogs

Grid List

41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007

PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF

MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA

PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

KM TUN FATIMAH SELAMAT TIBA DI PERAIRAN SANYA, CHINA

SANYA, 16 Jun – Kapal Maritim (KM) TUN FATIMAH yang memulakan pelayaran sulung di perairan antarabangsa dari Malaysia bermula pada 13 Jun 2025, telah selamat tiba di perairan Sanya, Republik Rakyat China pada sekitar jam 4 petang waktu Malaysia pada 16 Jun 2025.

Ketibaan KM TUN FATIMAH disambut oleh kapal China Coast Guard (CCG) 5202 sebelum dibenarkan bersauh di posisi pertemuan iaitu 24 batu nautika selatan Pelabuhan Sanya, sementara menanti masa sesuai untuk memasuki pelabuhan.

Pelayaran bersejarah ini bukan sahaja memperkukuh hubungan diplomasi maritim serantau, malah membuktikan tahap keupayaan dan profesionalisme tinggi warga Maritim Malaysia di pentas antarabangsa.

Maritim Malaysia – Perisai Samudera Negara!

 

KMTF TIBA2
 
KMTF TIBA4
 
KMTF TIBA5
 
KMTF TIBA6

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT SAH LESEN

PULAU PINANG, 17 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang telah menahan sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) kelas C di kedudukan 21 batu nautika barat daya Pulau Kendi pada pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi bin Mohd Ramli berkata, pada awalnya vesel peronda melakukan rutin penguatkuasaan sebelum melakukan pemeriksaan terhadap sebuah VNT yang pada ketika itu sedang bergerak sekitar posisi berkenaan.

Penguat kuasa Maritim Malaysia telah menghampiri vesel berkenaan dan mendapati ia dikendalikan oleh lima kru warga Myanmar termasuk tekong berumur 25 hingga 45 tahun.

Vesel nelayan terbabit kemudiannya diperiksa dan mendapati dua daripada kru tersebut gagal mengemukakan permit kerja.

Tambah Muhammad Suffi, tangkapan ini dilakukan kerana mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8 (b) iaitu tiada kebenaran menggunakan kru warga asing daripada pengarah Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63 mengikut seksyen 15 (1) iaitu tidak memiliki permit bekerja di atas bot berkenaan.

Kesemua kru, vesel bersama hasil tangkapan dianggarkan 30kilogram ikan baja telah diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang untuk siastan lanjut.

 

LANGGAR LESEN PNG2

MARITIM MALAYSIA PATAHKAN CUBAAN SELUDUP PETROL BERSUBSIDI, RAMPASAN BERNILAI LEBIH RM10 RIBU

SEMPORNA, 17 JUN – Tindakan licik sindiket menyeludup petrol bersubsidi berjaya digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam satu operasi bersepadu di perairan Pulau Bum Bum malam tadi.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir bin Shubli berkata, dalam operasi yang dijalankan sekitar pukul 9.30 malam itu, sepasukan anggota dari Zon Maritim Semporna telah mengesan sebuah bot pam mencurigakan sarat membawa tong jerikin berisi minyak petrol ketika melaksanakan Op Pluto Timur 2/2023, Op Khas Cegah PATI (OCP) dan Op Tiris 3.0 di kawasan perairan berkenaan.

“Bertindak atas maklumat risikan, bot ADAL 18, telah digerakkan ke kawasan terbabit. Pasukan operasi kemudiannya mengesan sebuah bot pam tanpa nombor pendaftaran yang berada dalam keadaan mencurigakan,” katanya.

Menurut beliau lagi, sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, tekong bot bertindak melarikan diri dengan memecut ke kawasan cetek sebelum terjun dan menghilangkan diri ke dalam hutan bakau.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan menemui 18 tong jerikin yang dipercayai mengandungi petrol, masing-masing dianggarkan 25 liter. Jumlah keseluruhan rampasan, termasuk bot pam dan enjin sangkut, dianggarkan bernilai lebih RM10 ribu” ujarnya.

Tambah beliau, petrol bersubsidi itu dipercayai cuba diseludup keluar untuk dijual kepada nelayan asing di sempadan perairan negara atau digunakan bagi kegiatan haram seperti pengeboman ikan yang boleh memusnahkan ekosistem marin.

Kesemua barang rampasan telah dibawa ke Jeti Zon Maritim Semporna untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki dan mengangkut barang kawalan tanpa kebenaran yang sah.

Maritim Malaysia menegaskan akan terus mempergiatkan rondaan dan pengawasan bagi membanteras sebarang aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan di perairan negara, khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

 

SELUDUP PETROL A

MAYAT NELAYAN MANGSA BOT TERBAKAR DITEMUI LEMAS, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

KUALA KURAU, 17 JUN – Seorang nelayan yang dikhuatiri hilang dalam kejadian bot yang dinaiki terbakar semalam, akhirnya ditemukan dalam keadaan menyayat hati apabila mayat mangsa ditemui lemas dengan kesan luka terbakar hampir menyeluruh pada badan kira-kira 4.8 Batu Nautika Barat Tanjung Piandang.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau Komander Maritim Mohd Hairil bin Othman memaklumkan, Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau menerima panggilan daripada seorang nelayan tempatan sekitar pukul 8.00 pagi berhubung penemuan mayat tersebut.

“Mayat ditemukan dalam keadaan terapung dan mempunyai kesan melecur hampir keseluruhan badan,” katanya.

Jelas beliau, mayat kemudiannya dibawa ke jeti Tanjung Piandang sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.00 pagi semalam, bot yang dinaiki tiga nelayan terbakar dipercayai berpunca dari bahagian enjin bot.

Ketiga tiga kru bot terjun ke laut untuk menyelamatkan diri, namun hanya dua berjaya diselamatkan, manakala seorang lagi dilaporkan hilang.

Susulan penemuan mayat itu, operasi CARILAMAT yang melibatkan aset Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, serta komuniti nelayan tempatan ditamatkan secara rasmi hari ini.

Sementara itu Mohd Hairil menegaskan, kepentingan memakai Jaket Keselamatan ketika berada laut kepada semua komuniti nelayan.

Jika berlaku sebarang kecemasan di laut, hubungi segera talian kecemasan 999 atau WhatsApp di talian 011-3525 9919, atau hubungi Pejabat Zon Maritim Kuala Kurau di 05- 727 9919 untuk maklum balas segera.

 

SAR KK TEMU
 
SAR KK TEMU3
 
SAR KK TEMU4

VESEL TERBAKAR DI LAUT, SEORANG NELAYAN DIKHUATIRI LEMAS, MISI SAR DIGERAKKAN

KUALA KURAU, 16 JUN – Sebuah vesel nelayan TERBAKAR di kedudukan kira-kira 8.6 batu nautika timur Tanjung Piandang pagi tadi.

Dalam kejadian itu, tiga kru bot terjun ke laut untuk menyelamatkan diri, namun hanya dua berjaya diselamatkan, manakala seorang lagi dilaporkan hilang.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Hairil bin Othman berkata, seorang kru yang juga pemilik bot yang hilang dikenali sebagai Cheah Chai Pun masih belum ditemukan dan dikhuatiri lemas.

Hairil turut memaklumkan, kejadian berlaku pada sekitar jam 4.00 pagi apabila kebakaran berlaku berpunca dari bahagian enjin bot. Api berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba dan penyelamat sebaik bot ditunda ke jeti Tanjung Piandang.

Mengulas lanjut mengenai mangsa yang belum ditemui, Hairul berkata, pihaknya telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) pada jam 7.00 pagi tadi sejurus aduan diterima.

“Bot PERKASA 1238 telah diatur gerak ke lokasi kejadian sebaik operasi CARILAMAT diaktifkan, bagi menjejak dan menyelamatkan mangsa yang masih hilang,” ujarnya.

Menurutnya lagi, usaha pencarian masih giat dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi dan komuniti maritim setempat yang turut digerakkan untuk membantu menyalurkan maklumat serta sokongan logistik di lapangan.

Maritim Malaysia menyeru orang awam terutamanya komuniti nelayan yang mempunyai sebarang maklumat atau petunjuk baharu untuk tampil membantu pasukan penyelamat dengan menyalurkan maklumat melalui talian 011-3525 9919, atau Pejabat Zon Maritim Kuala Kurau (05-727 9919) atau 999 untuk tindakan segera.

Misi pencarian mangsa akan disambung pada esok pagi memandangkan keadaan cuaca yang semakin gelap.

Orang ramai disarankan untuk mengutamakan keselamatan ketika berada di laut serta memastikan peralatan seperti jaket keselamatan dan alat pemadam api berada di dalam bot serta berkeadaan baik sebelum memulakan pelayaran.

 

SAR KUALA KURAU

Lebih banyak artikel..

Grid List

SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG

PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.

Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.

Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.

Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.

“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.

Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.

Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.

Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.

Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC