PELABUHAN KLANG, 10 JULAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Korea Coast Guard (KCG) terus perkukuh jalinan kerjasama strategik dalam bidang keselamatan maritim menerusi penganjuran 'KCG-MMEA Special Lecture & Information Exchange' serta Majlis Perlepasan Kapal BADARO yang berlangsung di Port Klang Cruise Terminal, hari ini.
Program pertukaran maklumat dan sesi syarahan khas ini telah diadakan di atas Kapal BADARO dengan penyertaan pegawai dan anggota pelbagai peringkat. Ia bertujuan sebagai platform perkongsian amalan terbaik dalam bidang keselamatan maritim, latihan, serta aspek penguatkuasaan undang-undang laut di antara kedua-dua pihak.
Turut hadir dalam program itu ialah, Pengarah Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Laksamana Pertama Maritim Hamizan bin Harun, Pengarah Bahagian Perancangan Strategi dan Antarabangsa (BPSA), Kepten Maritim Mohammad Nasir bin Man, dan Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad.
Dalam pada itu, satu majlis rasmi bagi Perlepasan Kapal BADARO milik Korea Coast Guard itu turut diadakan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik.
Kehadiran kapal KCG BADARO dan penganjuran program bersama ini bukan sahaja memperlihatkan komitmen tinggi kedua-dua agensi dalam memperkukuh keselamatan maritim serantau, malah mencerminkan kepercayaan yang berterusan antara Maritim Malaysia dan Korea Coast Guard bagi membina rangkaian kerjasama antarabangsa yang utuh.
Maritim Malaysia akan terus komited memainkan peranan sebagai agensi barisan hadapan negara dalam menjaga keselamatan perairan serta mengukuhkan hubungan strategik dengan agensi maritim antarabangsa.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

















.svg.png)

