16
Jum, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

DUA KAPAL TANGKI DITAHAN DISYAKI MELAKUKAN PEMINDAHAN MINYAK TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN BINTULU

BINTULU, 11 JULAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu menahan dua kapal tangki yang disyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak (ship to ship transfer) secara tidak sah di kedudukan kira-kira 10 batu nautika barat laut muara Sungai Kemena, semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine bin Abdullah memaklumkan, tangkapan dilakukan oleh aset rondaan Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan OP TIRIS 3.0 dan OP PERMAI 01/2019.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati sebuah kapal tangki sedang merapat di sisi sebuah lagi kapal tangki yang sedang bersauh dipercayai sedang melakukan kerja-kerja pemindahan minyak diesel tanpa sebarang kebenaran sah,” jelas beliau.

Tambahnya, tangkapan pertama dilakukan pada sekitar jam 4.25 pagi ke atas sebuah kapal tangki yang dikendalikan oleh empat kru iaitu dua warga Indonesia termasuk nakhoda serta dua warga India, berumur antara 27 hingga 46 tahun.

“Tangkapan kedua pula dilakukan sekitar pukul 5.00 pagi ke atas sebuah kapal tangki yang dikendalikan oleh empat kru, masing-masing seorang warga Indonesia dan Myanmar serta dua warga Vietnam berumur di antara 25 hingga 48 tahun,

“Semasa pemeriksaan, kru warga Myanmar dan dua kru warga Vietnam gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” ujarnya lagi.

Kesemua kru dan kapal terbabit telah diiring ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952, Akta Kastam 1967, Akta Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan) 1984, Akta Kawalan Bekalan 1961, dan Akta Imigresen 1959/63.

Turut disita dalam tangkapan tersebut ialah minyak diesel dianggarkan sebanyak 169,600 liter.

Maritim Malaysia menegaskan bahawa aktiviti pemindahan kargo di laut tanpa kelulusan adalah satu kesalahan serius yang boleh mengundang risiko keselamatan, pencemaran serta menjejaskan kedaulatan perairan negara.

Orang ramai terutamanya komuniti maritim diseru agar sentiasa mematuhi undang-undang dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan di laut melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu (086-314254) atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) untuk tindakan segera.

KAPAL TANGKI2
 
KAPAL TANGKI3

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC