PELABUHAN KLANG, 14 JULAI – Sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) kelas B ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Selangor kerana disyaki melanggar syarat sah lesen serta menggajikan kru warga asing tanpa dokumen pengenalan diri, semalam.
Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, vesel berkenaan dikesan pada jam sekitar 11.00 malam di kedudukan kira-kira 3.6 batu nautika barat perairan Kapar, hasil maklumat yang disalurkan oleh Area Control Centre (ACC) SWASLA Klang.
“Bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan OP EHSAN dan OP TIRIS berjaya mengesan dan menahan vesel tersebut ketika kru sedang leka melakukan aktiviti penangkapan ikan,” ujar beliau.
Pemeriksaan awal mendapati, vesel berkenaan dikendalikan oleh seorang tekong warga tempatan berusia 51 tahun, namun nama individu tersebut tiada dalam senarai lesen bot. Turut berada di atas vesel yang sama, dua kru iaitu seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun dan seorang warga Myanmar berusia 41 tahun.
“Hasil semakan lanjut mendapati kru warga Myanmar itu gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah serta tidak memiliki permit kerja atau surat kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” tambahnya.
Vesel bersama ketiga-tiga kru telah dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen kerana vessel dikendalikan oleh individu berbeza seperti yang tertera dalam dokumen serta menggajikan pekerja asing tanpa kebenaran dan Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
“Maritim Malaysia akan terus melakukan rondaan penguatkuasaan bagi memastikan perairan negara sentiasa selamat dan mengekang salah laku undang-undang,” tegas Abdul Muhaimin.
Beliau turut menyeru orang ramai, khususnya komuniti maritim, agar menyalurkan sebarang maklumat atau aduan berhubung aktiviti mencurigakan di laut menerusi talian kecemasan 999 atau terus ke Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor melalui talian 013-660 6652 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia (03-8995 7820) untuk tindakan segera.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.















.svg.png)

