SEMPORNA, 15 JULAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Semporna berjaya melaksanakan tindakan pantas mematahkan cubaan menyeludup arak yang bernilai RM10,000 pada pagi tadi.
Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir bin Shubli berkata, Maritim Malaysia berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 55 botol minuman keras pelbagai jenama di perairan Semporna, dipercayai sebahagian daripada rangkaian penyeludupan rentas sempadan dari negara jiran.
Jelas beliau, hasil maklumat risikan yang diperolehi pasukan Unit Risikan Zon Maritim Semporna, pihaknya mengerahkan Bot BANGGI 10 dengan kekuatan empat anggota ke lokasi panas yang dikenal pasti berdasarkan analisis pergerakan sindiket.
Sekitar pukul 1.15 pagi, pasukan berkenaan melakukan pemeriksaan terhadap sebuah pondok atas air yang terletak hanya 0.1 batu nautika dari Pulau Nusa Tengah.
Hasil pemeriksaan teliti menemukan botol-botol minuman keras yang disembunyikan secara tersusun dan rapi, dipercayai sedia untuk dipindahkan keluar dari kawasan tersebut.
“Pihak Maritim Malaysia menyifatkan kejayaan ini sebagai bukti kecekapan pasukan dan keberkesanan jaringan risikan di lapangan.
“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menjadikan perairan kita sebagai laluan atau sarang penyeludupan haram,” tegas beliau.
Beliau turut menambah, rondaan dan operasi akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan perairan Semporna sentiasa terpelihara daripada jenayah rentas sempadan.
“Siasatan awal mendapati rampasan tersebut dipercayai berkait dengan aktiviti penyeludupan arak dari negara jiran, yang secara jelas melanggar peruntukan Akta Kastam 1967,” tambah beliau.
Kesemua barang rampasan telah dibawa ke Jeti Kem Azumi untuk proses dokumentasi dan laporan polis, sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia Zon Maritim Semporna bagi tindakan lanjut mengikut lunas undang-undang.
Kejayaan ini mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi Maritim Malaysia dalam menjaga sempadan perairan negara, daripada ancaman penyeludupan yang boleh menjejaskan keselamatan dan ekonomi maritim negara.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.















.svg.png)

