MIRI, 16 SEPTEMBER – Sebuah vesel tunda yang beroperasi di perairan Miri telah ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri kerana gagal mengemukakan Surat Pertukaran Nakhoda ketika diperiksa serta nakhodanya tidak memiliki Perakuan Kompetenan membawa kapal dalam satu operasi, pagi tadi.
Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, penahanan itu dibuat kira-kira pada pukul 11.10 pagi dalam OP PERMAI, OP TIRIS 3.0 dan OP AMBAL di kedudukan sekitar 2.6 batu nautika barat daya Tanjung Baram.
Beliau turut memaklumkan, kesemua lima kru termasuk nakhoda yang terdiri daripada seorang warga tempatan, seorang warga Myanmar dan tiga warga India berusia antara 20 hingga 27 tahun turut ditahan sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 atas kesemua kesalahan yang dinyatakan tadi.
Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang di perairan negara.
Rondaan dan pemantauan secara berterusan akan diteruskan bagi memastikan keselamatan perairan sentiasa terpelihara, tegasnya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti mencurigakan atau kecemasan di laut disaran menyalurkan aduan melalui talian Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Miri di 085-649 111, Maritim Negeri Sarawak di 082-432 544 / 082-432 016 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.
MARITIM NEGERI SELANGOR DAN KPDN LAKSANA OPERASI BERSEPADU DI PELABUHAN KLANG
13 KRU BOT KARGO KARAM DI PERAIRAN PULAU SERI BUAT BERJAYA DISELAMATKAN
MARITIM MALAYSIA BANTU PEMINDAHAN PESAKIT SAWAN DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL MERSING
MARITIM MALAYSIA TAHAN DUA BOT FIBER, ENAM WARGA ASING TANPA DOKUMEN SAH
MALAYSIA DAN INDIA PERKUKUH SINERGI KOORDINASI SAR MELALUI EKSESAIS DUA HALA
VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN
BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI
VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI
MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH KM TENGGOL
LANGKAWI, 11 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah Kapal Maritim (KM) TENGGOL yang berlangsung di ruang legar Pejabat Pengurusan Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis pagi tadi.
Majlis tersebut menyaksikan Leftenan Komander Maritim Ahmad Shakur bin Jamaludin secara rasmi menyerahkan tugas sebagai Pegawai Memerintah KM TENGGOL kepada pegawai yang baharu iaitu Leftenan Komander Maritim Mohd Faizal bin Abdul Rahman.
Majlis serah terima tugas berkenaan telah disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa bersama pegawai-pegawai kanan serta anggota kapal KM TENGGOL.
Dalam majlis tersebut, penghargaan turut dirakamkan kepada Leftenan Komander Maritim Ahmad Shakur bin Jamaludin atas komitmen, dedikasi serta kepimpinan beliau sepanjang tempoh memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah KM TENGGOL dalam memastikan kesiapsiagaan aset serta keberkesanan operasi penguatkuasaan di perairan negara sentiasa berada pada tahap terbaik.
Romli dalam ucapannya turut menzahirkan keyakinan bahawa kepimpinan baharu di bawah Leftenan Komander Maritim Mohd Faizal bin Abdul Rahman akan terus memperkukuhkan keupayaan operasi KM TENGGOL dalam melaksanakan penugasan menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara, khususnya di perairan Kedah dan Perlis.
Majlis tersebut turut mencerminkan komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam memastikan kesinambungan kepimpinan serta kecemerlangan operasi bagi menjamin keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |


















.svg.png)

