TANJUNG KLING, 18 SEPTEMBER – Negeri Melaka dan Negeri Sembilan telah menahan sebuah bot pancung yang membawa sekumpulan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di perairan Tanjung Kling malam tadi.
Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Salehuddin bin Zakaria berkata, maklumat awal mengenai sebuah bot mencurigakan telah disalurkan oleh Pusat Penyelarasan Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru hasil laporan Sistem Trafik Kapal (VTS) Klang yang diterima daripada kapal dagang VIKING EMERALD.
Susulan itu, sebuah bot ronda Maritim Malaysia yang melaksanakan Op Patkor Optima digerakkan ke lokasi bagi mengesan bot berkenaan. Hasil rondaan, bot ronda Maritim Malaysia berjaya mengesan serta menahan sebuah bot pancung berwarna biru dalam keadaan hanyut kira-kira 11 batu nautika barat daya Tanjung Kling pada pukul 9.25 malam.
Pemeriksaan mendapati, bot tersebut membawa 20 orang penumpang terdiri daripada 15 lelaki dan 5 perempuan termasuk seorang tekong, seorang awak-awak serta 18 penumpang lain. Dua daripada penumpang merupakan kanak-kanak lelaki. Kesemua mereka dipercayai warga Indonesia berusia antara 9 hingga 45 tahun.
Siasatan awal mendapati bot berkenaan dipercayai menuju ke perairan Pulau Besar, Melaka untuk memindahkan PATI ke bot tempatan sebelum bot tersebut mengalami kerosakan pada kedua-dua enjin sangkut.
Bot pancung bersama semua penumpang kemudiannya ditunda ke Jeti Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat bagi tindakan siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan ATIPSOM.
Maritim Malaysia memandang serius cubaan kemasukan PATI melalui perairan negara kerana ia bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah turut membahayakan nyawa mereka sendiri apabila menggunakan bot yang uzur, sesak dan tidak dilengkapi ciri keselamatan.
Sehubungan itu, Maritim Malaysia mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran masuk ke Malaysia secara haram yang sering dipromosikan melalui platform media sosial seperti TikTok dan Facebook.
Hasil siasatan mendapati sebahagian besar PATI yang ditahan telah mendapatkan khidmat sindiket penyeludupan menerusi iklan media sosial sebelum membayar sejumlah wang untuk perjalanan berbahaya ini.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

















.svg.png)

