24
Isn, Ogs

Grid List

41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007

PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF

MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA

PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEORANG PELAJAR PENGSAN DI ATAS FERI RORO BERJAYA DISELAMATKAN MARITIM MALAYSIA

LANGKAWI, 30 OKTOBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis telah melaksanakan satu misi pemindahan perubatan (MEDEVAC) membabitkan seorang pelajar lelaki yang tidak sedarkan diri di atas feri roro dalam perjalanan dari Langkawi ke Kuala Perlis, pagi tadi.

Pelajar berkenaan, Musa bin Mohd Zakri, 17 tahun, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Pegang, dilaporkan pengsan akibat demam panas ketika berada di atas feri milik Syarikat WANTAS RORO bersama rombongan sekolahnya.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, kejadian berlaku sekitar 9.50 pagi apabila guru pengiring, En. Mohd Anas bin Mohd Saman dan En. Ahmad Kamal bin Sulaiman, segera menghubungi pihak Maritim Malaysia bagi mendapatkan bantuan kecemasan setelah mendapati pelajar tersebut tidak sedarkan diri.

Susulan laporan diterima, Bot PETIR 81 telah diatur gerak ke lokasi kejadian bagi melaksanakan operasi MEDEVAC. Walaupun cuaca kurang baik dengan ribut petir di beberapa kawasan, pasukan penyelamat Maritim Malaysia berjaya melaksanakan misi dengan penuh tanggungjawab dan profesionalisme.

Pada 10.40 pagi, Bot PETIR 81 berjaya mengambil mangsa daripada feri dan mengiringinya ke jeti Maritim Malaysia, sebelum menyerahkan mangsa kepada pasukan perubatan pada 10.46 pagi. Ambulans kemudian tiba pada 10.56 pagi untuk membawa mangsa ke Hospital Langkawi untuk menerima rawatan lanjut.

“Setiap nyawa di laut amat berharga. Walaupun keadaan laut agak bergelora pagi tadi, anggota operasi tetap melaksanakan tanggungjawab dengan tenang dan cekap bagi memastikan mangsa mendapat rawatan segera.”

“Ini mencerminkan keupayaan dan komitmen Maritim Malaysia untuk bertindak pantas demi keselamatan orang awam,” jelas beliau.

Beliau dalam pada itu turut menasihatkan para pengusaha feri dan penumpang supaya sentiasa mengambil berat aspek kesihatan dan keselamatan sebelum memulakan perjalanan, khususnya dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Sekiranya berasa tidak sihat, elakkan melakukan perjalanan jauh di laut. Patuhi nasihat keselamatan dan pastikan sentiasa memaklumkan pihak kru atau agensi keselamatan maritim terdekat sekiranya berlaku sebarang kecemasan,” tambah beliau.

Maritim Malaysia menegaskan komitmen untuk terus meningkatkan kesiapsiagaan aset dan anggota dalam memberikan khidmat pantas dan efektif bagi memastikan keselamatan pengguna perairan negara sentiasa terpelihara.

PENGSAN RORO2
 
PENGSAN RORO4
 
PENGSAN RORO3
 
PENGSAN RORO5

KAPAL EX-USCG STEADFAST TEMPUH SIKLON TROPIKA SEBELUM SINGGAH COLOMBO

COLOMBO, 30 OKTOBER – Kapal EX-USCG Cutter Steadfast milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang dalam misi pulang ke negara ini kini berada di Colombo, Sri Lanka selepas kapal berkenaan mengharungi tujuh hari pelayaran dari Pelabuhan Djibouti yang bermula pada 20 Oktober lalu.

Pegawai Memerintah Kapal EX-USCG Cutter Steadfast, Komander Maritim Mohd Fahimi bin Omar berkata, pelayaran tersebut merupakan antara fasa mencabar dalam misi membawa pulang kapal ke tanah air selepas menempuh lebih 10,000 batu nautika sejak bertolak dari Baltimore, Amerika Syarikat.

Sepanjang tujuh hari pelayaran, kami berdepan keadaan laut bergelora selama tiga hari akibat beberapa siklon tropika yang melanda Lautan Hindi.

"Namun, dengan semangat tinggi dan disiplin kru, kapal dapat dikendalikan dengan baik serta selamat tiba di Colombo mengikut jadual," katanya.

Ketibaan kapal di Pelabuhan BQ III, Colombo disambut dengan penuh istiadat ketenteraan oleh Tentera Laut Sri Lanka yang diketuai oleh Capten PVT Mahesh dari Western Naval Command dan Lefternan Comander KRP Kaluwaggala, yang turut dilantik sebagai Navy Liaison Officer (NLO) bagi pihak Tentera Laut Sri Lanka.

Mohd Fahimi turut memaklumkan, persinggahan di Colombo memberi peluang kepada kapal melaksanakan ulang bekal, rehat dan mendapatkan rawatan kepada kru kapal.

"Selain itu, kru turut berpeluang menikmati keindahan bandar Colombo serta mengenali budaya setempat, sekali gus memperkukuh semangat setiakawan antara kedua-dua negara," tambah beliau.

Sebelum meneruskan pelayaran pulang ke Malaysia, satu majlis kenaikan pangkat dilaksanakan secara sederhana di kapal bagi meraikan Pegawai Waran II Maritim Mohd Sukri bin Zakaria dan Pegawai Waran II Maritim Ainol Hisham bin Abdul Malek yang dinaikkan ke pangkat Pegawai Waran I Maritim mulai 27 Oktober 2025.

Majlis tersebut diharap dapat menyuntik semangat seluruh kru kapal EX-USCG Cutter Steadfast untuk terus menunaikan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

USCG COLOMBO
 
USCG COLOMBO2
 
USCG COLOMBO3
 
USCG COLOMBO5

TAMAT CARILAMAT : SEORANG NELAYAN SELAMAT DITEMUI SELEPAS BOT FIBER ROSAK DAN HANYUT DI PERAIRAN PANTAI KEMASIN, KOTA BHARU

KOTA BHARU, 29 OKTOBER – Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot fiber miliknya mengalami kerosakan pada enjin dan hanyut di perairan Pantai Kemasin, Bachok semalam telah ditemukan selamat, pagi semalam.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi, insiden tersebut dimaklumkan kepada pihak Maritim Negeri Kelantan pada jam 7.30 malam, hari Isnin (27 Oktober), selepas menerima laporan awam mengenai sebuah bot fiber yang hanyut dan tidak dapat dihubungi kira-kira satu batu nautika dari Pantai Kemasin.

Pusat Penyelarasan Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuantan kemudiannya mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) pada malam yang sama dengan penglibatan aset laut Maritim Malaysia dengan sokongan agensi sahabat.

Pada jam 10.30 pagi, hari Selasa (28 Oktober), Pusat Operasi (PUSOP) Maritim Negeri Kelantan telah menerima makluman daripada pengadu yang memaklumkan bahawa ; Mangsa telah dijumpai dalam keadaan selamat. Difahamkan, mangsa berjaya menghidupkan semula enjin bot dan seterusnya kembali ke Jeti Pasar Nelayan Sabak dengan selamat.

Maritim Malaysia menasihatkan komuniti nelayan supaya sentiasa memastikan peralatan bot berada dalam keadaan baik, membawa jaket keselamatan, peralatan komunikasi, dan Suar Penentu Lokasi Peribadi (PLB) bagi memudahkan pengesanan sekiranya berlaku kecemasan di laut.

 

CARILAMAT KUNAK2
 
CARILAMAT KUNAK3
 
CARILAMAT KUNAK4
 
CARILAMAT KUNAK5

OPERASI BERSEPADU MARITIM MALAYSIA DAN AADK PERKUKUH USAHA PERANGI DADAH DALAM KOMUNITI NELAYAN

KUALA KURAU, 28 OKTOBER – Usaha membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan komuniti nelayan terus diperkukuh apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kurau bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Larut Matang, Selama melaksanakan satu Operasi Bersepadu pagi tadi.

Operasi yang dijalankan bermula pada jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang itu memberi tumpuan kepada pemeriksaan dan saringan air kencing terhadap nelayan yang dikenal pasti di kawasan perairan Larut Matang.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Hairil Othman berkata, hasil saringan mendapati semua individu yang diperiksa bebas daripada pengaruh dadah, sekaligus menunjukkan tahap kesedaran yang semakin baik dalam kalangan komuniti nelayan tempatan.

Pelaksanaan operasi bersama ini membuktikan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memastikan komuniti maritim kekal bebas daripada ancaman penyalahgunaan dadah yang boleh menjejaskan keselamatan dan produktiviti sektor perikanan, katanya lagi.

Tambah beliau, kerjasama strategik di antara Maritim Malaysia dan AADK ini akan diteruskan secara berkala bagi memperkukuh usaha pencegahan dadah serta meningkatkan kesedaran komuniti nelayan terhadap kepentingan gaya hidup sihat dan bebas dadah.

Beliau turut menegaskan bahawa Maritim Malaysia akan terus menjalin kerjasama rentas agensi bagi memastikan kawasan perairan negara kekal selamat dan komuniti maritim tidak terjebak dengan aktiviti tidak bermoral yang boleh menjejaskan keselamatan perairan negara.

 

OP DADAH
 
OP DADAH2
 
OP DADAH4
 
OP DADAH5

BOT PAM GUNA BAHAN LETUPAN DITAHAN DI PERAIRAN KUNAK

LAHAD DATU, 27 OKTOBER — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu menahan sebuah bot pam yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengeboman ikan di perairan Pulau Tabawan, Kunak petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar bin Ali berkata, penahanan itu dilakukan hasil maklumat risikan kira-kira pada jam 4.30 petang di kedudukan 0.45 batu nautika timur laut Kampung Kunak Jaya, dalam OP PLUTO TIMUR 2/2013 dan OP TRISULA 3.0.

“Sebaik menyedari kehadiran bot ronda Maritim Malaysia, dua lelaki dewasa yang berada di atas bot pam terbabit bertindak terjun ke laut dan berenang ke arah pesisir pantai berhampiran bagi meloloskan diri,” katanya lagi.

Pemeriksaan terhadap bot pam tersebut menemukan ikan pelbagai jenis dianggarkan seberat 10 kilogram, dipercayai ditangkap menggunakan bahan letupan. Bot berkenaan turut didapati tiada nombor pendaftaran.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti penangkapan ikan menggunakan bahan letupan.

Bot pam tersebut ditunda ke Jeti Perikanan Lahad Datu sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

 

BOM IKAN KUNAK
 
BOM IKAN KUNAK2

Lebih banyak artikel..

Grid List

SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG

PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.

Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.

Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.

Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.

“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.

Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.

Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.

Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.

Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC