24
Isn, Ogs

Grid List

41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007

PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF

MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA

PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

KAPAL KARGO MV DAI CAT 06 MASIH BELUM DITEMUKAN

PUTRAJAYA, 12 Januari – MV DAI CAT 06 yang dilaporkan hilang pada 9 Januari lalu masih belum ditemukan. Pencarian masih diteruskan oleh Badan SAR Nasional (BASARNAS) di perairan Natuna, Indonesia.

Kapal terbabit yang membawa muatan besi paip dilaporkan telah keluar dari Kampung Acheh, Perak pada 23 Disember 2022 lalu menuju ke Kuching, Sarawak dan sepatutnya tiba pada 31 Disember 2022.

OP CARILAMAT pada hari ini diteruskan dengan penglibatan sebuah bot daripada Kantor SAR Pontianak dan sebuah kapal daripada Kantor SAR Natuna, Indonesia.

Pencarian pada hari ini tertumpu di kawasan terakhir isyarat kecemasan Emergency Position Indicating Radio Beacon (EPIRB) yang dikesan oleh Malaysia Mission Control Centre (MYMCC) menggunakan Sistem COSPAS-SARSAT.

APMM juga telah mengatur gerak aset di Maritim Negeri Sarawak bagi membantu pencarian di sempadan Malaysia - Indonesia di perairan Tanjung Datu sehingga ke perairan Kuching, Sarawak.

Selain itu, APMM juga masih menjalankan siasatan lanjut sekiranya terdapat unsur-unsur jenayah melibatkan kehilangan kapal ini.

Berikut merupakan senarai kru kapal MV DAI CAT 06:

  1. Mohammad Syafarizan Mohd Noor (Warga Malaysia, 24 tahun)
  2. Mohammad Suhaideh bin Sudin (Warga Malaysia, 22 tahun)
  3. Derrent Littor (Warga Malaysia, 22 tahun)
  4. Damai Papane Ole (Warga Indonesia, 57 tahun)
  5. Adi (Warga Indonesia, 46 tahun)

 

LAKSAMANA MARITIM DATO’ MOHD ZUBIL BIN MAT SOM

KETUA PENGARAH AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM)

 

WhatsApp Image 2023 01 12 at 16.40.08    
     
WhatsApp Image 2023 01 12 at 16.39.21    

GAJIKAN PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI), BOT KELAS C DITAHAN

GEORGETOWN, 12 Januari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Maritim Negeri Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan sekitar jam 10.10 pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, kapal ronda Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan kelas C dalam keadaan mencurigakan ketika melaksanakan rondaan rutin OP TANJUNG.

Bot nelayan tempatan yang berpangkalan di Hutan Melintang, Perak itu ditahan pada kedudukan 38 batu nautika barat laut Muka Head.

Hasil pemeriksaan mendapati, bot dikendalikan empat warga Myanmar termasuk tekong berumur dalam lingkungan 31 hingga 51 tahun yang kesemuanya tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah serta melanggar syarat sah lesen bot.

Mereka disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada permit menggajikan warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah.

Bot serta kesemua kru ditahan termasuk kira-kira 500 kilogram hasil laut dibawa ke Jeti Limbungan Batu Maung sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Maritim Malaysia mendapati masih terdapat segelintir pengusaha atau pemilik bot yang masih berdegil menggunakan pendatang tanpa izin (PATI) untuk bekerja di atas bot mereka walaupun tangkapan dan amaran telah diberikan sebelum ini.

Maritim Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pengusaha atau pemilik bot yang sengaja melanggar undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia.

Sebarang aduan salah laku jenayah maritim atau sebarang kecemasan di laut, orang ramai boleh segera menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146 atau MERS 999 untuk maklum balas segera

2    3 

PATI TIADA PENGENALAN DIRI DITAHAN, BEKERJA DI SANGKAR IKAN

GEORGETOWN, 10 Januari – Maritim Negeri Pulau Pinang menahan seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sedang bekerja di sebuah sangkar ikan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri pada Ahad lalu.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, anggota penguat kuasa bot ronda Maritim Malaysia telah melakukan pemeriksaan ke atas sebuah sangkar ikan di kawasan Sungai Udang pada kedudukan 2.7 batu nautika barat Batu Kawan lebih kurang jam 5.30 petang ketika melaksanakan rondaan OP PERTIWI.

Hasil pemeriksaan mendapati, seorang pekerja sangkar Aung Myint Thu, 17, warga Myanmar gagal mengemukakan atau tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Pekerja sangkar terbabit ditahan seterusnya dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Maritim Malaysia menasihati pemilik sangkar ikan agar mematuhi peraturan dan undang-undang sedia ada bagi mengelakkan sebarang tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa.

Sebarang aduan salah laku jenayah maritim di laut atau sebarang kecemasan segera hubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian (04-2626146) atau talian kecemasan MERS 999.

 

3    2 

MARITIM MALAYSIA LAKUKAN PENERBANGAN IHSAN BANTU WANITA MENGANDUNG DI PULAU TIOMAN

KUANTAN, 11 Januari - Maritim Malaysia melakukan penerbangan ihsan mengambil seorang wanita mengandung mengalami komplikasi dari Pulau Tioman untuk diterbangkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada Isnin lalu.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh berkata, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuantan menerima panggilan dari Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat Maritim (MRCC) Putrajaya pada sekitar jam 6.20 petang dalam usaha memindahkan pesakit ke hospital untuk pembedahan.

Pesakit, Puan Afika binti Abu Bakar, 22 tahun mengalami kontraksi kelahiran pramatang dan memerlukan rawatan segera di hospital kerana pesakit dijangka bersalin awal.

Helikopter jenis Agusta AW 139 milik Maritim Malaysia terbang dari Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) tiba di Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman sekitar jam 8.50 malam untuk mengambil pesakit tersebut dan telah mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan sekitar jam 9.15 malam seterusnya ke HTAA menggunakan ambulan.

Penerbangan ihsan ini diketuai juruterbang, Leftenan Komander Maritim Tengku Zamel bin Tengku Zalwai, dibantu pembantu juruterbang Leftenan Komander Maritim Muhammad Mahathir bin Ahmad serta dua kru udara.

Turut mengiringi pesakit dalam penerbangan ini adalah suami pesakit, Isma Daniel Habiq bin Ismail, seorang pegawai perubatan, Dr Siti Nurfarhana binti Abdul Rahman dan seorang jururawat.

Bantuan penerbangan ini bergantung kepada keadaan aset Maritim Malaysia dan keutamaan diberikan kepada bidang penguatkuasaan serta operasi mencari dan menyelamat (SAR) termasuk keperluan bantuan semasa banjir di negeri-negeri yang terjejas khususnya di Pantai Timur.

Bagaimanapun, Maritim Malaysia akan tetap berusaha sedaya upaya untuk membantu dalam situasi seperti ini.

Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan ke Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.

d   c
e   b

OP CARILAMAT : REMAJA LELAKI DITEMUKAN LEMAS KETIKA MANDI DI PANTAI CHERATING

KUANTAN, 8 Januari - Mayat seorang remaja yang dikhuatiri lemas selepas hilang ketika mandi di pesisir Pantai Cherating telah ditemukan pada sekitar jam 7 pagi.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh berkata, Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) telah ditamatkan setelah Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kuantan menerima panggilan daripada Balai Polis Cherating memaklumkan penemuan seorang mayat berpakaian singlet celoreng hijau dan seluar pendek hitam tertiarap di pesisir pantai berhampiran Mardi Palm Beach, Cherating ditemukan oleh orang awam.

Mangsa dikenali sebagai Adam Ridhwan bin Abdul Rejab, 19 tahun merupakan pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UITM) Dungun, Terengganu dikatakan pergi ke pantai berkenaan bersama rakan-rakanya untuk mandi sebelum dilaporkan hilang kerana dipercayai dibawa arus pada sekitar jam 1.55 petang semalam.

Pengecaman mayat telah dibuat dan disahkan oleh keluarga mangsa di lokasi Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.

OP CARILAMAT ditamatkan pada  jam 9.30 pagi yang turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta komuniti nelayan tempatan.

Maritim Malaysia mengingatkan orang ramai dan penduduk sekitar agar berhati-hati dan berwaspada apabila beriadah di pantai memandangkan musim tengkujuh masih lagi belum berakhir dangan keadaan laut bergelora dan angin kuat.

Sebarang maklumat berkaitan kejadian kecemasan dan kegiatan jenayah di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

a   b
c   d

Lebih banyak artikel..

Grid List

SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG

PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.

Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.

Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.

Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.

“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.

Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.

Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.

Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.

Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC