24
Isn, Ogs

Grid List

41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007

PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF

MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA

PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

LAWATAN KERJA RASMI COMMANDANT TURKISH COAST GUARD, REAR ADMIRAL AHMET KENDIR KE MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 20 Disember – Buat julung kalinya Maritim Malaysia menerima kunjungan daripada Commandant of the Turkish Coast Guard, Rear Admiral Ahmet Kendir di Ibu Pejabat, Putrajaya.

Tujuan kunjungan ini diadakan adalah sebagai membalas lawatan kerja rasmi Ketua Pengarah Maritim Malaysia ke Turkeye baru-baru ini selain menjadi platform bertukar-tukar pandangan mengenai aspek kepakaran, kemahiran dan latihan antara kedua-dua badan penguat kuasa maritim.

Delegasi disambut oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato' Mohd Zubil bin Mat Som, diiringi Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim serta Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim merangkap Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Laksamana Muda Maritim Hamid bin Haji Mohd Amin.

Delegasi tiba pada jam 9 pagi disambut dengan kawalan keselamatan setempat oleh para anggota Maritim Malaysia di perkarangan ibu pejabat.

Selepas menerima tabik hormat, Rear Admiral Ahmet Kendir dibawa ke pejabat Ketua Pengarah bagi memulakan sesi kunjungan hormat, delegasi beliau terdiri daripada Pegawai Khas dan Pegawai Kanan bidang kemahiran dan latihan Turkish Coast Guard.

Kira-kira 30 minit sesi kunjungan hormat berlangsung, Commandant Turkish Coast Guard meluangkan masa menandatangani buku tetamu dan kedua-dua pihak bertukar-tukar cenderahati.

Kemudian, delegasi dibawa ke Auditorium untuk menerima taklimat pengenalan dan sesi pertemuan dengan ketua-ketua bahagian serta pegawai kanan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan di Geladak Bendera aras 11 sebelum delegasi bergerak pulang ke hotel penginapan di Kuala Lumpur.

 

WhatsApp Image 2022 12 20 at 12.42.41   WhatsApp Image 2022 12 20 at 12.42.41 1
WhatsApp Image 2022 12 20 at 12.42.42   WhatsApp Image 2022 12 20 at 12.42.42 1
WhatsApp Image 2022 12 20 at 12.42.42 2   WhatsApp Image 2022 12 20 at 12.42.43
WhatsApp Image 2022 12 20 at 12.42.43 1   WhatsApp Image 2022 12 20 at 12.42.43 2
WhatsApp Image 2022 12 20 at 12.42.44   WhatsApp Image 2022 12 20 at 12.42.44 1
WhatsApp Image 2022 12 20 at 12.42.44 2   WhatsApp Image 2022 12 20 at 12.42.44 3
WhatsApp Image 2022 12 20 at 12.42.45    
     

CEROBOH PERAIRAN NEGARA, BOT NELAYAN INDONESIA DITAHAN

GEORGETOWN, 19 Disember - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang telah menahan sebuah bot nelayan bot nelayan asing Indonesia pada jam 11.00 pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, Kapal ronda Maritim Malaysia telah melakukan penahanan ke atas sebuah bot nelayan asing Indonesia di kedudukan 26 batu nautika barat Pulau Kendi ketika melaksanakan rondaan Op Tanjung.

Pemeriksaan ke atas bot nelayan asing Indonesia mendapati, bot terbabit berpangkalan di Pantai Labu, Sumatera Utara dan dikendalikan oleh empat kru warga Indonesia berumur lingkungan 35 hingga 50 tahun.

Kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit menangkap ikan di perairan Malaysia. Mereka disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa permit daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah.

Bot serta kru ditahan termasuk hasil laut dibawa di Jeti Polis Marin Batu Uban untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia bagi siasatan lanjut.

Maritim Malaysia akan sentiasa memantau dan memastikan perairan negara terkawal dari sebarang pencerobohan bot nelayan asing yang cuba mencuri hasil laut di perairan Malaysia.

Sebarang aduan salah laku jenayah maritim atau sebarang kecemasan di laut segera hubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian (04-2626146) atau talian kecemasan MERS 999.

GAJIKAN KRU WARGA ASING TANPA PERMIT, BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN

GEORGETOWN, 15 Disember - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan yang dikendalikan kru warga asing sekitar jam 9.13 pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, Kapal ronda Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot nelayan kelas C2 sedang menangkap ikan menggunakan pukat tunda di kedudukan 62 batu nautika barat Pulau Kendi ketika melaksanakan rondaan Op Tanjung.

Hasil pemeriksaan mendapati, bot yang berpangkalan di Pantai Remis, Perak itu dikendalikan lima kru Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Myanmar berumur dalam lingkungan 20 hingga 43 tahun.

Mereka disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada permit menggajikan warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah.

Bot serta kesemua kru ditahan termasuk hasil laut anggaran 150 kilogram dibawa di Jeti Limbongan Batu Maung untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Maritim Malaysia menegaskan kepada semua terutama komuniti nelayan termasuk pemilik bot agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang sengaja melanggar undang-undang Persekutuan yang sedia ada.

Sebarang aduan salah laku jenayah maritim atau sebarang kecemasan di laut segera hubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian (04-2626146) atau talian kecemasan MERS 999.

1    3 

BOT NELAYAN TEMPATAN DAN INDONESIA BERSAMA 11 KRU WARGA ASING DITAHAN

GEORGETOWN, 18 Disember - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang telah menahan sebuah bot nelayan tempatan dan sebuah bot nelayan asing Indonesia pada pada 16 Disember baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, Kapal ronda Maritim Malaysia telah melakukan penahanan pertama sebuah bot nelayan tempatan kelas C di kedudukan 71 batu nautika barat Pulau Kendi lebih kurang jam 1.50 tengahari manakala sebuah bot nelayan asing Indonesia di kedudukan 19.8 batu nautika bart daya Pulau Kendi lebih kurang jam 7.20 petang ketika melaksanakan rondaan Op Tanjung.

Hasil pemeriksaan, bot nelayan tempatan yang berpangkalan di Hutan Melintang, Perak dikendalikan oleh enam orang  Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Myanmar setelah mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri serta permit bekerja ketika pemeriksaan dilakukan dan kesemua mereka berada dalam lingkungan 35 hingga 50 tahun.

Mereka disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada permit menggajikan warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah.

Manakala hasil pemeriksaan ke atas bot nelayan asing Indonesia mendapati, bot terbabit berpangkalan di Tanjung Balai, Indonesia dan dikendalikan oleh lima kru warga Indonesia berumur lingkungan 13 hingga 30 tahun.

Kesemua mereka juga gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit menangkap ikan di perairan Malaysia.

Mereka disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa permit daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah

Kedua-dua bot serta kesemua kru ditahan termasuk hasil laut dibawa di Jeti Limbongan Batu Maung untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Maritim Malaysia menegaskan kepada semua terutama komuniti nelayan tempatan termasuk pemilik bot agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang sengaja melanggar undang-undang Persekutuan yang sedia ada serta memastikan perairan negara sentiasa terkawal dari isu pencerobohan bot nelayan asing.

Sebarang aduan salah laku jenayah maritim atau sebarang kecemasan di laut segera hubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian (04-2626146) atau talian kecemasan MERS 999.

11    14 

MEDEVAC : SATU MAYAT KRU KAPAL KARGO DIPINDAHKAN KE DARAT

LUMUT, 17 Disember - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak melaksanakan Medical Evacuation (MEDEVAC) satu mayat lelaki yang merupakan salah seorang kru kapal kargo pada kedudukan 0.9 batu nautika selatan Pulau Pangkor pada sekitar jam 9.00 malam.
 
Menurut Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup, kapal kargo yang berpusat di Panama itu dilaporkan dalam perjalanan menuju Phuket, di mana terdapat seorang kru lelaki mengalami kecederaan serius di kepala.
 
Menurut laporan awal yang diterima daripada Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) pada jam 4.55 petang semalam, lokasi Kapal MV ONE DESTINY itu berada pada kedudukan 30 batu nautika selatan Pulau Pangkor.
 
Sejurus menerima laporan, aset Maritim Malaysia diatur gerak ke lokasi bagi pemindahan mangsa ke darat. 
 
Mangsa Biriulin Mikhail, 52, warga Rusia mengalami pendarahan serius di kepala dipercayai telah meninggal dunia di atas kapal ketika berada di perairan Malaysia.
 
 
Mayat mangsa selamat didaratkan di Jeti Perikanan kampung Acheh, Perak pada jam 10.00 malam tadi dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Seri Manjung Perak sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
 
Orang ramai boleh melaporkan sebarang maklumat dan insiden kecemasan di laut ke MERS 999 atau hubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk maklum balas segera.
 
WhatsApp Image 2022 12 17 at 08.30.00    WhatsApp Image 2022 12 17 at 08.30.00 1   WhatsApp Image 2022 12 17 at 08.30.00 2    WhatsApp Image 2022 12 17 at 08.30.00 3 

Lebih banyak artikel..

Grid List

SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG

PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.

Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.

Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.

Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.

“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.

Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.

Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.

Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.

Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC