14
Rab, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN SYABU DAN SENJATA API DI PERAIRAN PERLIS

KUALA PERLIS, 1 November – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis (ZMKP) telah menahan dua warga Thailand  selain merampas 10 kilogram syabu bersama senjata api di kedudukan kira-kira 14 batu nautika dari barat laut Kuala Perlis sekitar jam 8.00 malam tadi.

Kejayaan tangkapan kali ini adalah hasil daripada tangkapan yang dibuat pada 15 Oktober lalu, menerusi operasi  khas bersepadu yang dilakukan oleh Unit Risik Zon Maritim Kuala Perlis (ZMKP), Unit Risik Zon Maritim Kuala Kedah (ZMKH), Bahagian Perisikan Ibu Pejabat (MIND) dan Unit Detektif Bahagian Siasatan Jenayah Maritim (BSJM) ke atas aktiviti penyeludupan dadah di perairan Perlis.

Dalam kejadian itu, bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan rutin telah diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat sebuah bot kayu enjin bergalah tanpa nombor pendaftaran sedang bergerak dalam keadaan bergelap dan mencurigakan sedang memasuki perairan Perlis dari negara jiran.

Hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan, didapati dua lelaki disyaki warga Thailand berada di atas bot.

Seterusnya hasil penggeledahan telah menemukan satu guni berwarna putih berisi 10 bungkusan teh cina yang mengandungi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu berada dalam bahagian bawah dek bot kayu berkenaan.

Selain itu, sepucuk pistol bersama satu kelopak berisi lima butir peluru hidup turut ditemui dalam bot berkenaan.

Hasil siasatan awal, Maritim Malaysia percaya senjata yang dirampas adalah digunakan sebagai jaminan suspek dalam melakukan aktiviti penyeludupan dadah.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan lebih kurang RM 520 ribu, manakala  jumlah dadah itu dipercayai bagi kegunaan lebih 50 ribu penagih.

Semua hasil rampasan dan kedua-dua suspek ditahan dan dibawa ke pejabat Zon Maritim Kuala Perlis untuk  siasatan lanjut.

Kes disiasat dibawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971, Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Daripada tangkapan ini dan sebelumnya, Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis mendapati sindiket pengedaran dadah  telah menukar modus operasi penyeludupan menerusi jalan laut dengan menggunakan bot kayu enjin bergalah yang  memudahkan pergerakan melalui kawasan perairan cetek.

Maritim Malaysia  akan terus meningkatkan pemantauan dan perisikan bagi menyekat aktiviti penyeludupan dan kemasukan PATI melalui jalan laut. Orang ramai dan persatuan-persatuan nelayan diseru untuk  memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat dan melaporkan aktiviti penyeludupan yang berlaku dan sebarang aduan di perairan Perlis, boleh disalurkan ke talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi ZMKP 04-9851072 atau 04-9851162.

 

A    B 
     
 C    D
Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC