SEMPORNA, 5 November - Agensi Penguatkuasaan MaritimMalaysia (MaritimMalaysia) Zon Maritim Semporna berjaya menggagalkan cubaan sebuah bot pammenyeludup keluar minyak masak paket bersubsidi di perairan Sempornasekitar jam 10.30 malam tadi.
Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir bin Shubli berkata, bot peronda Maritim Malaysia mengesan sebuah bot pam berwarna biru dan hijau tanpa nombor pendaftaran bergerak dalam keadaan mencurigakan di lokasi sekitar 0.2 Batu Nautika Barat Pulau Sebangkat, Semporna.
Semasa dihampiri, tekong bot telah bertindak terjun ke laut dan berenang melarikan diri ke daratan berhampiran.
Pemeriksaan ke atas bot menemui lebih kurang 340 kilogram minyak masak paket bersubsidi dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.
Nilai keseluruhan rampasan termasuk bot dan 3 buah enjin pam bernilai sekitar RM6000. Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana cubaan 2 menyeludup keluar minyak masak tanpa cukai. Siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengesan pemilik bot serta dalang di sebalik kegiatan ini.
Terdahulu pada bulan Oktober lalu Zon Maritim Semporna juga telah berjaya menggagalkan beberapa siri jenayah di lautan termasuk satu kes bomikan, duakespenyeludupan minyak masak serta satu kes penyeludupan minyak petrol yangbernilai lebih kurang RM 28000 nilai keseluruhannya.
Zon Maritim Semporna akan terus memperkasakan rondaan dan penguatkuasaan di sekitar kawasan 'hot spot' terutamanya sekitar sempadan perairan negara bagi membanteras aktiviti penyeludupan dan kemasukanPATI ke negeri Sabah melalui jalan laut.
Maritim Malaysia menyeru kepada mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan atau lain-lain kegiatan jenayah maritim untuk menyalurkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Semporna di talian 089-782619 atau MERS 999.
![]()
![]()
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN
MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI
VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI
NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

















.svg.png)

