02
Sat, May

ZON MARITIM TAWAU TAHAN DUA BOT ATAS PELBAGAI KESALAHAN

TAWAU, 23 MEI – Zon Maritim Tawau menahan dua bot tempatan kerana melakukan pelbagai kesalahan dalam dua tangkapan berasingan semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman berkata, terdahulu bot ronda Maritim Malaysia ketika dalam OP PLUTO TIMUR 2/2023 dan OP SEJAHTERA telah mengesan dan memeriksa sebuah bot nelayan tempatan pada kedudukan 1.9 batu nautika barat daya muara Sungai Merotai ketika sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan pada jam 11.30 pagi.

Hasil pemeriksaan mendapati, bot itu dikendalikan oleh tiga lelaki pemegang pasport warga Indonesia dalam lingkungan umur 20 hingga 42 tahun.

Pemeriksaan lanjut mendapati bot itu melakukan kesalahan dengan menjalankan aktiviti menarik pukat kurang dari jarak dua batu nautika dari daratan.

Pada jam 12.15 tengah hari, sebuah lagi bot penumpang tempatan turut ditahan dan diperiksa oleh Maritim Malaysia yang menjalankan operasi yang sama di lokasi 2.5 batu nautika selatan Batu Tiga Tawau.

Pemeriksaan ke atas bot penumpang itu mendapati, terdapat muatan 250 kilogram bawang Bombay yang tidak diisytiharkan dan ini melanggar syarat sah lesen bot penumpang.

Ketika ditahan, bot penumpang itu dikendalikan oleh seorang juragan lelaki warga tempatan berumur 27 tahun.

Kedua-dua bot bersama muatan serta kru ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan di bawah Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) 2002, Akta Perikanan 1965 dan Akta Kastam 1967.

Nilai rampasan keseluruhan lebih RM120 ribu.

Sebarang aduan, maklumat serta insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-752116 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

TAWAU NELAYAN 3   TAWAU NELAYAN 2
     
TAWAU NELAYAN 4   TAWAU NELAYAN11

BOT NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN, LANGGAR SYARAT SAH LESEN

TANJUNG MANIS, 21 MEI – Zon Maritim Tanjung Manis menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C pada jarak kira-kira enam batu nautika barat Pantai Alit, malam semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak Anak Numpang berkata, bot ronda Maritim Malaysia dalam rondaan rutin OP PERMAI dan OP TIRIS 3.0 di sekitar perairan Kabong telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan yang mencurigakan melakukan aktiviti perikanan pada sekitar jam 10.20 malam.

Hasil pemeriksaan dan penggeledahan ke atas bot itu mendapati, lima kru termasuk tekong warga tempatan berumur dalam lingkungan 25 hingga 42 tahun disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menjalankan aktiviti menunda pukat kurang 10 batu nautika dari pantai.

Bot beserta kru ditahan sebelum diiring ke Jeti Terminal Penumpang Tanjung Manis untuk siasatan di bawah Akta Perikanan 1985.

Maritim Malaysia menyarankan kepada semua komuniti maritim agar mematuhi segala peraturan dan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut dan melaporkan aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa.

Sebarang aduan, maklumat dan insiden kecemasan, orang ramai boleh menyalurkannya ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Manis di talian 011-35728765 untuk maklum balas segera.

 

TG MANIS NELAYAN 2

61 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

LUMUT, 21 MEI – Maritim Negeri Perak merampas sebanyak 61 set bubu naga atau bubu kamban di dua kedudukan berbeza sekitar 1.8 batu nautika dari barat daya Pulau Talang, Perak dan 1.6 batu nautika dari barat Pantai Remis, Perak pada sekitar jam 3.10 petang Ahad lalu dan 12.45 tengah hari semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, kesemua bubu ini dikesan oleh sepasukan bot ronda Maritim Malaysia ketika sedang melaksanakan rondaan dengan penemuan bendera berwarna merah dan putih serta botol minuman yang dijadikan pelampung yang diikat pada pancang kayu mencurigakan di lokasi terbabit

Jelas beliau, tinjauan secara dekat oleh anggota bot ronda mengesahkan bendera berwarna merah dan putih mencurigakan terapung di permukaan air yang diikat pada pancang kayu adalah penanda kepada bubu naga ini dipasang oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

Kesemua bubu naga yang dianggarkan bernilai lebih RM4 ribu itu dirampas dan kemudiannya diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Jika disabitkan kesalahan, individu yang melakukan kesalahan berkenaan akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Justeru orang ramai terutamanya komuniti maritim diseru agar terus berkongsi maklumat bagi sebarang pelanggaran undang-undang di laut dengan menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk tindakan segera.

 

BUBU DRAGON   BUBU DRAGON 2
     
BUBU DRAGON 4   BUBU DRAGON 3

ZON MARITIM BINTULU | LANGGAR SYARAT SAH LESEN, BOT PENUMPANG DITAHAN

BINTULU, 20 MEI – Zon Maritim Bintulu telah menahan sebuah bot penumpang selepas melanggar syarat sah lesen di perairan Bintulu semalam.

Pengarah Maritim Zon Maritim Bintulu Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine bin Abdullah berkata, bot berkenaan ditahan di kedudukan lebih kurang 2.5 batu nautika Barat Laut Kuala Kemena, kira-kira pukul 12.40 tengah hari ketika pasukan operasi melakukan pemeriksaan rutin ke atas beberapa buah bot di kawasan perairan Bintulu.

Hasil pemeriksaan dan penggeledahan mendapati, dua kru termasuk nakhoda adalah lelaki warga tempatan masing-masing berumur 48 dan 23 tahun.

Bot seterusnya dibawa ke pusat tahanan vessel untuk siasatan di bawah Akta Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana disyaki melakukan kesalahan beroperasi tanpa melaporkan kepada pegawai pelabuhan tentang pertukaran nakhoda dan bilangan kru tidak mencukupi untuk beroperasi.

Maritim Malaysia sentiasa mengingatkan kepada semua komuniti maritim agar mematuhi undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut.

Sebarang aduan, maklumat dan insiden kecemasan di laut orang ramai boleh melaporkannya ke MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu di talian 086-314 254 / Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 untuk maklum balas segera.

 

ZMB PENUMPANG 4

BOT NELAYAN TEMPATAN BERSAMA EMPAT WARGA INDONESIA DITAHAN

MIRI, 20 MEI – Zon Maritim Miri menahan sebuah bot nelayan tempatan pada kedudukan10.5 batu nautika barat Kuala Baram kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1986 iaitu melanggar syarat sah lesen dengan menjalankan kerja-kerja menangkap ikan pada kedudukan kurang daripada 12 batu nautika dari pantai, semalam.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, bot tunda terbabit ditahan semasa pasukan bot ronda Maritim Malaysia sedang melaksanakan OP PERMAI 01/2019 dan OP TIRIS 3.0 di perairan Miri.

Hasil pemeriksaan dan penggeledahan mendapati bot nelayan itu dikendalikan oleh seorang nakhoda (Master) bersama tiga kru yang kesemuanya warga Indonesia.

Kesemua kru dan bot nelayan tersebut diiring ke Jeti Perikanan, Miri untuk tindakanlanjut.

Maritim Malaysia akan terus komited dalam menguatkuasakan undang – undang dan tidak akanberkompromi ke atas pesalah yang ingkar.

Sebarang aduan dan kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi talian Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi ZonMaritim Miri di talian 085-418204 / Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak082-432544/ 082-432016 untuk maklum balas segera.

 

MIRI INDO 2

More Articles ...

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON