27
Mon, Apr

MARITIM MALAYSIA RAMPAS 117 UNIT BUBU NAGA DI PERAIRAN PERAK

KUALA KURAU, 22 Disember – Zon Maritim Kuala Kurau merampas 117 unit bubu naga di Perairan Kerian dan Larut Matang Perak pada petang semalam dan kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan bin Azman Hamid berkata, kesemua bubu naga tersebut dirampas oleh pasukan bot peronda Maritim Malaysia ketika sedang melakukan rondaan di perairan Kerian dan Larut Matang.

Kesemua bubu naga itu dikesan melalui penemuan penanda botol dan bendera yang mencurigakan dan dirapati untuk pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan di lokasi pertama pada kedudukan 2.4 batu nautika barat Kuala Terong pada petang semalam menemukan sebanyak 67 unit bubu naga manakala 50 unit lagi ditemukan kelmarin pada kedudukan 3.5 batu nautika barat daya Kuala Gula.

Kesemua bubu naga dianggarkan bernilai lebih lapan ribu ringgit itu dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 iaitu memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa lesen.

Sebarang aduan, salah laku dan insiden kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkan kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau MERS 999 untuk tindakan segera.

 

KURAU BUBU 2   KURAU BUBU 3   KURAU BUBU 4

MARITIM MALAYSIA BANTU PINDAH PELANCONG TERKANDAS DI PULAU KETIKA MONSUN

MERSING, 22 Disember – Zon Maritim Mersing bantu bawa enam pelancong yang terkandas akibat cuaca buruk monsun timur laut di Pulau Rawa pada jam 7.45 pagi semalam.

Pengarah Maritim Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan bin Saadin berkata, sejurus menerima maklumat aduan dari pengusaha resort pulau tersebut, bot PERKASA 31 yang sedang melaksanakan rondaan rutin OP JAKSA telah digerakkan ke lokasi untuk memberi bantuan sewajarnya.

Keadaan cuaca hujan yang lebat dan laut bergelora tidak menghalang bot ronda Maritim Malaysia untuk membawa enam pelancong terkandas iaitu dua pelancong warga Perancis, dua warga Singapura dan dua rakyat tempatan berumur lingkungan 35 sehingga 60 tahun ke Jeti Awam Syahbandar, Mersing.

Kesemua pelancong yang dipindahkan berada dalam keadaan baik dan selamat. Maritim Malaysia memperingatkan kepada semua komuniti maritim sentiasa berwaspada ketika Monsun Timur Laut dimana fenomena pasang besar yang diramalkan bermula19 November hingga 31 Disember ini amat merbahaya kepada semua aktiviti di persisir pantai dan juga lautan.

 

TOURIST SELAMAT

KAPAL TANKER DITAHAN MARITIM MALAYSIA SELEPAS BERSAUH TANPA KEBENARAN

KLANG, 19 Disember – Akibat gagal mempamerkan surat pemakluman kebenaran bersauh daripada Pengarah Jabatan Laut, sebuah kapal tanker ditahan Maritim Malaysia selepas didapati berlabuh tanpa kebenaran di perairan Sekinchan, kelmarin.

Kapal dengan 12 kru itu ditahan pada jam 11.00 pagi pada kedudukan kira-kira 11 Batu Nautika Barat Daya Sekinchan.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, penahanan dibuat oleh pihaknya yang terlibat dalam OP EHSAN dan OP TIRIS setelah mengesan kedudukan kapal berkenaan yang mencurigakan kira-kira jam 10.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kapal tanker tersebut tidak mempunyai kebenaran bersauh daripada Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia" katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Menurut Abdul Muhaimin, seramai 12 kru lelaki termasuk nakhoda berusia antara 20 hingga 55 tahun adalah warga Indonesia dan Myanmar berada di atas kapal berkenaan dan kesemua mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Pemeriksaan lanjut mendapati nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh.

Kapal disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 491B (1) (l) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana berlabuh tanpa kebenaran dari Ketua PengarahJabatan Laut.

Beliau menambah, perintah penahanan ke atas kapal itu telah dikeluarkan dan kapten serta seorang kru kapal dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut.

"Maritim Malaysia memandang serius sebarang pelanggaran undang-undang di laut dan tindakan tegas akan diambil.

Pengusaha perkapalan atau pemilik kapal dinasihatkan memohon kebenaran bersauh

daripada Jabatan Laut sebelum melabuhkan sauh dan mematuhi peraturan yang ditetapkan," katanya.

Sebarang aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah maritim serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk tindakan segera.

 

TANKER SELANGOR
 
TANKER SELANGOR 2

TUNDA IKAN DI ZON LARANGAN, BOT NELAYAN DITAHAN

LANGKAWI, 21 Disember – Akibat menunda ikan di zon larangan, sebuah bot nelayan tempatan Kelas C ditahan Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis di kedudukan kira-kira sembilan batu nautika barat Tanjung Belua lewat petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Romli bin Mustafa berkata, penahanan itu dibuat ketika bot ronda Maritim Malaysia sedang melakukan rondaan operasi OP AMAN dan OP TIRIS di perairan Langkawi.

Beliau turut memaklumkan, bot pukat tunda itu ditahan bersama seorang tekong dan tiga kru kesemuanya warga Thailand yang berusia dalam lingkungan 25 hingga 56 tahun ketika sedang leka melakukan aktiviti menunda (tarik tepi).

Kru, tekong dan bot ditahan bersama ikan campur seberat 500 kilogram telah diiring masuk ke Jeti Maritim Malaysia Bukit Malut untuk siasatan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti memukat di zon larangan iaitu di bawah lima belas batu nautika dari pantai.

Romli menjelaskan, kegiatan tarik tepi seperti ini sukar dikesan kerana mereka tidak meninggalkan jejak dan kebiasaannya aktiviti itu dilakukan ketika bot tersebut ingin melepasi jarak lima belas batu nautika daripada pantai.

Aktiviti menangkap hasil laut kurang daripada lima belas batu nautika dari pantai boleh menjejaskan keseimbangan ekosistem serta mata pencarian nelayan tradisional yang bergantung hidup di kawasan itu.

Justeru tegas beliau pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar syarat sah lesen.

Orang ramai boleh menyalurkan aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah maritim atau pelanggaran undang-undang dengan menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis di talian 04-9662750 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2023 12 21 at 8.39.45 AM 1
 
WhatsApp Image 2023 12 21 at 8.39.46 AM

SEORANG LELAKI TERJUN JAMBATAN PERTAMA PULAU PINANG SELAMAT DITEMUKAN

PULAU PINANG, 19 Disember – Maritim Negeri Pulau Pinang melaksanakan operasi berhubung aduan seorang lelaki terjun jambatan pertama Pulau Pinang di sekitar perairan itu pagi tadi.

Menurut Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong A/L Si Prom, sejurus maklumat yang diterima daripada Maritime Rescue Sub Coordination Centre (MRSC), sebuah bot ronda digerakkan ke lokasi aduan sebagai bantuan aset di lapangan sekitar pukul 11.20 pagi .

Beliau memaklumkan, mangsa berumur 29 tahun ditemukan selamat dengan bantuan komuniti nelayan setempat sebelum dipindahkan ke bot ronda Maritim Malaysia.

Bot ronda tiba di Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban pada sekitar jam 12.00 tengah hari bagi menyerahkan mangsa kepada Agensi Pertahanan Awam (APM) untuk rawatan lanjut.

Maritim Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih ke atas kerjasama yang diberikan oleh komuniti nelayan dan sebarang insiden kecemasan yang berlaku di laut boleh menghubungi MERS 999 atau Pusat Opera

 

TERJUN PENANG 2   TERJUN PENANG 4   TERJUN PENANG

More Articles ...

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON