UANTAN, 13 Disember – Bot fiber yang di naiki dua nelayan yang dilaporkan hanyut akibat kerosakan enjin kira-kira 8.2 batu nautika daripada Tanjung Gelang, Kuantan semalam telah ditemui jam 4.00 petang tadi.
Laksamana Pertama Maritim Haji Amran bin Haji Daud, Pengarah Maritim Negeri Pahang berkata, bot fiber bernombor pendaftaran PHS 1208 yang di naiki dua nelayan dikenali Shaharul Nizam Mat yasin, 44 dan Mat Yasin Sulong, 67.
“Maklumat penemuan kedua-dua nelayan tersebut telah diterima oleh Maritime Rescue Sub centre (MRSC) Kuantan oleh nelayan yang melalui kawasan tersebut di kedudukan 11 batu nautika dari lokasi bot mangsa dilaporkan rosak. Mangsa telah diselamatkan dan bot mereka telah ditunda ke Jeti Tanjung Api, Kuantan” katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.
Tambahannya, Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) telah ditamatkan pada jam 5.30 petang dan ucapan terima kasih diucapkan kepada agensi-agensi penyelamat yang terlibat dalam operasi ini.
Sehubungan itu, komuniti maritim dinasihatkan supaya sentiasa memakai jaket keselamatan dan peka dengan perubahan semasa cuaca setiap kali turun ke laut bagi mengelakan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Sumber : Pegawai Perhubungan Awam MN Pahang