11
Sab, Mei

Grid List

DSA & NATSEC ASIA 2024 | HAMPIR 7,000 PENGUNJUNG MELAWAT RERUAI MARITIM MALAYSIA

DSA & NATSEC ASIA 2024 | PEROLEHAN EMPAT HELIKOPTER AW 189 BAKAL TINGKAT OPERASI UDARA MARITIM

DSA & NATSEC ASIA 2024 | TENGKU MAHKOTA PAHANG MENCEMAR DULI KE RERUAI MARITIM MALAYSIA

BOT NELAYAN MELAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN DITAHAN MARITIM NEGERI SELANGOR

MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT TEMPATAN, GAJI EMPAT WARGA ASING TANPA PERMIT

ZON MARITIM TAWAU | DUA BOT NELAYAN DITAHAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN

DSA & NATSEC ASIA 2024 | MENTERI DALAM NEGERI LAWAT RERUAI MARITIM MALAYSIA

DSA & NATSEC ASIA 2024 | PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MARITIM MALAYSIA DIIKTIRAF DUNIA

25 KETUA BOT DAN ANGGOTA MARITIM SERTAI KURSUS LATIHAN KEMAHIRAN MARITIM ANJURAN DEPARTMENT OF STATE'S INTERNATIONAL NARCOTICS AND LAW ENFORCEMENT

LANGKAWI, 26 Julai - Seramai 25 Ketua Bot dan anggota Maritim Malaysia yang bertugas di Semenanjung Malaysia telah menyertai Kursus Latihan Kemahiran Maritim (Maritime Skills Training) anjuran Department of State's International Narcotics and Law Enforcement, Kedutaan Amerika Syarikat pada 24 Julai hingga 4 Ogos 2022 bertempat di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis.

Kursus ini dibentuk untuk meningkatkan keupayaan pegawai dan anggota APMM berkaitan sekatan (Interdiction) bot-bot kecil dan akan melibatkan pelbagai aspek berkaitan bot-bot kecil, taktik penggeledahan dan ilmu pelayaran. Taklimat kursus ini telah diberikan oleh jurulatih dan pegawai US Coast Guard yang berpengalaman luas dalam mengendalikan bot dan penggeledahan semasa operasi.

Selain itu, kursus ini merupakan sebahagian agenda besar penguatkuasaan maritim dan menentang penyeludupan dadah.

Pelaksanaan kursus ini dilihat mampu meningkatkan lagi tahap profesionalisme Ketua Bot dan anggota Maritim Malaysia dalam bidang penggeledahan dan kendalian bot semasa operasi serta mampu melaksanakan tugas dan amanah yang telah diberikan bagi memperkasakan lagi pengoperasian di laut.

Foto 1    foto 2 
     
 foto 3    foto 4
   

 

Grid List

LAWATAN RASMI DAN KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI SARAWAK KE PEJABAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SARAWAK

KUCHING, 9 MEI – Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh telah mengadakan lawatan rasmi dan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS), Dato Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan di Bangunan Sultan Iskandar dekat sini hari ini.

Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa dan juga Pegawai Memerintah KM TUN FATIMAH yang baharu Kepten Maritim Mohd Iszuadi bin Mohamad Hassan.

Tujuan kunjungan ini diadakan adalah bagi merapatkan hubungan di antara Maritim Malaysia dengan Setiausaha Persekutuan Sarawak sebagai kunjungan pertama Pengarah Maritim Negeri yang baharu bagi membincangkan isu-isu berkaitan penguatkuasaan maritim di negeri itu.

Diharapkan dengan lawatan kerja yang dilakukan ini dapat meningkatkan kerjasama dan perkongsian maklumat di antara kedua-dua pihak selain menjadi interprentasi bahawa Maritim Malaysia sentiasa komited dan bersiap siaga di Zon Maritim Malaysia.

Sesi kunjungan ini diakhiri dengan menandatangani buku lawatan, pertukaran cenderamata serta sesi bergambar sebagai simbolik hubungan yang erat di antara Maritim Negeri Sarawak dan Setiausaha Persekutuan Sarawak.

 

WhatsApp Image 2024 05 09 at 4.43.53 PM   WhatsApp Image 2024 05 09 at 4.43.54 PM   WhatsApp Image 2024 05 09 at 4.47.19 PM
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC