29
Jum, Mac

Grid List

BOT KARAM, LIMA NELAYAN SELAMAT

LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN

DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN

MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL

BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .

34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG

DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA

KLANG, 23 November – Agensi Penguatkuasaan Maritim Negeri Selangor telah menerima lawatan oleh Bahagian Undang-Undang, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, semalam.
 
Seramai 6 pegawai undang-undang bersama Pengarah Bahagian Undang-Undang, Puan Naziah binti Mokhtar telah mengadakan lawatan ke Kapal Maritim KM Bagan Datuk. Lawatan telah disambut oleh Pegawai Memerintah Kapal,  LT Kdr (M) Mohd Rizam bin Mohd Fauzi bersama pegawai kapal yang lain.
 
Satu taklimat turut diberikan kepada pegawai Bahagian Undang-Undang oleh  pegawai Laksana  kapal, LT (M) Hasrul Nizam bin Muhammad Napiah dimana mereka telah diberi penerangan mengenai KM Bagan Datuk. Kesemua pegawai juga telah berpeluang melihat bagaimana cara menjalankan tugas penguatkuasaan di laut  dan cara tugas di kapal sewaktu perlayaran. 
 
Lawatan berakhir dengan sesi pertukaran cenderhati oleh Kapal dan pihak Bahagian Undang-Undang.
rsz 1whatsapp image 2021 11 24 at 103823 1    rsz whatsapp image 2021 11 24 at 103849 
     
rsz whatsapp image 2021 11 24 at 103838   rsz whatsapp image 2021 11 24 at 103823
 
 
Grid List

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI PENGUAT KUASA LAIN-LAIN PANGKAT MARITIM MALAYSIA .

PUTRAJAYA, 22 Mac – Seramai sembilan anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima pemangkuan pangkat pada satu Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penguat Kuasa Lain - Lain Pangkat (LLP) Maritim Malaysia yang diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Hj Mohd Amin dengan iringan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Mohd Norzam Mustapa.

Mendahului senarai penerima pangkat bagi Pegawai Waran II Maritim Gred T10 ialah Bintara Kanan Maritim Noorhisham Tumiran dan Bintara Kanan Maritim Rahim Basiron.

Seterusnya, penerima bagi pemakaian pangkat Bintara Kanan Maritim Gred T8 didahului oleh Bintara Muda Maritim Khairul Anuar Md Diah diikuti dengan Bintara Muda Maritim Amran Samsudin dan Bintara Muda Maritim Kamarul Zaman Bin Mat Arifin.

Akhir sekali, pemakaian pangkat Bintara Muda Maritim Gred T6 diterima oleh Laskar Kanan Maritim Azman Omar, Laskar Kanan Maritim Norsahlizan Dahlan, Laskar Kanan Maritim Mohamad Fuad Ahmad dan Laskar Kanan Maritim Fred Justine.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima kenaikan pangkat. Selamat maju jaya.

 

PAKAI PANGKAT 3   PAKAI PANGKAT 4   PAKAI PANGKAT 7   PAKAI PANGKAT 8
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC