LABUAN, 9 Mac - Zon Maritim Labuan (ZM Labuan) telah mengadakan taklimat kerjaya APMM kepada lebih kurang 200 orang pelajar tingkatan satu hingga empat SMK Rancha Rancha bertempat di dewan terbuka sekolah tersebut.
Taklimat disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan ZM Labuan Leftenan Komander Maritim Hilmi bin Abdullah. Objektif taklimat ini adalah untuk berkongsi ilmu berkaitan fungsi dan bidang tugas Maritim Malaysia. Selain itu, taklimat berkenaan keselamatan nyawa semasa melakukan sebarang aktiviti di laut juga menjadi topik utama dalam program ini.
Beliau turut menjelaskan Maritim Malaysia merupakan agensi peneraju dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di laut.
โPihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima atas perkongsian ilmu yang telah disampaikan dan berharap program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datangโ ucap YBrs. Encik Yahya bin Ahmad Puteh selaku Pengetua SMK Rancha Rancha.
ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YDPA SULTAN IBRAHIM
PUTRAJAYA, 5 JUN โ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini menghadiri Istiadat Mengarak Panji-Panji sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Tahun 2026 yang berlangsung dengan penuh adat istiadat, tradisi ketenteraan serta gilang-gemilang di Dataran Pahlawan Negara, di sini pagi tadi.
Maritim Malaysia telah diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim bersama barisan pengarah-pengarah bahagian serta pegawai-pegawai kanan agensi melibatkan seramai 30 pegawai.
Istiadat bersejarah ini bukan sahaja melambangkan kedaulatan Institusi Raja Berperlembagaan, malah menjadi manifestasi kesetiaan, patriotisme dan penghormatan yang tidak berbelah bahagi seluruh warga perkhidmatan awam serta pasukan beruniform kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara.
Sebagai agensi penguatkuasaan maritim utama negara, Maritim Malaysia sentiasa menjunjung tinggi prinsip taat setia, integriti dan profesionalisme dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan, keamanan serta kedaulatan Zon Maritim Malaysia demi kepentingan negara dan rakyat.
Penyertaan Maritim Malaysia dalam istiadat ini turut mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam mendukung aspirasi negara serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan tanah air.
Seluruh warga Maritim Malaysia merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda Tahun 2026.