22
Rab, Jul

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN 15 PATI KELUAR NEGARA MELALUI LALUAN TIDAK DIWARTAKAN

MARITIM MALAYSIA SELAMATKAN KRU KAPAL LNG DALAM OPERASI MEDEVAC

MEDEVAC : MARITIM MALAYSIA SELAMATKAN PELANCONG DENMARK DARI PULAU TIOMAN

PENGUATKUASAAN BERTERUSAN: CUBAAN SELUDUP PETROL BERSUBSIDI DIPATAHKAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT KARGO KAYU BAKAU DI KUALA SEPETANG

BENGKEL PENYELENGGARAAN SENJATA API KECIL TINGKAT KEMAHIRAN DAN KECEKAPAN ANGGOTA

LUMUT, 21 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menganjurkan Bengkel Penyelenggaraan Senjata Api Kecil di Bilik Taklimat, Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak pada jam 8.30 pagi tadi.

Tujuan program ini diadakan adalah bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran anggota dalam aspek penyelenggaraan dan pengendalian senjata api kecil secara selamat dan berkesan.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah mengikuti beberapa sesi pembelajaran yang merangkumi pengenalan kepada senjata api kecil, persenjataan Tahap 2, kaedah penyelenggaraan senjata api kecil dan peluru serta sesi praktikal penyelenggaraan senjata api kecil.

Melalui sesi teori dan latihan amali yang dijalankan, para peserta didedahkan kepada teknik pemeriksaan, pembersihan, pelinciran dan pemasangan semula senjata mengikut prosedur yang ditetapkan. Penekanan turut diberikan terhadap aspek keselamatan serta pematuhan tatacara pengendalian senjata api bagi memastikan setiap anggota sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi.

Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat memperkukuhkan kompetensi anggota dalam mengendalikan dan menyelenggara senjata api kecil dengan lebih cekap, sekali gus menyokong kesiapsiagaan operasi Maritim Malaysia dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan perairan negara.

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH HALA TUJU PENDIGITALAN MENERUSI PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK 2026-2039

CYBERJAYA, 22 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh komitmen dalam memacu agenda transformasi digital apabila berjaya menyempurnakan Bengkel Pembangunan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) Maritim Malaysia 2026–2030: Fasa Formulasi: Pembangunan Pelan Tindakan yang berlangsung selama dua hari di Cyberview Resort dengan pendekatan berteraskan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence - AI).

Majlis penutupan bengkel telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia merangkap Pengarah Projek PSP Maritim Malaysia 2026–2030, Tuan Haji Nor Hisham bin Ibrahim, yang menegaskan bahawa pelan strategik tersebut bakal menjadi dokumen utama dalam memacu agenda pendigitalan Maritim Malaysia bagi tempoh lima tahun akan datang.

Beliau berkata, pembangunan Pelan Strategik Pendigitalan Maritim Malaysia bukan sekadar menghasilkan dokumen perancangan, malah menjadi asas kepada pelaksanaan inisiatif pendigitalan yang mampu meningkatkan keberkesanan operasi penguatkuasaan maritim, memperkukuh penyampaian perkhidmatan, memperkemas tadbir urus organisasi serta mempertingkat pengalaman digital warga kerja.

Menurut beliau, transformasi digital kini bukan lagi satu pilihan, sebaliknya merupakan satu keperluan strategik dalam mendepani landskap keselamatan maritim yang semakin kompleks. Justeru, penerapan teknologi digital, pengurusan data yang bersepadu serta proses kerja yang lebih cekap perlu diperkasakan bagi memastikan Maritim Malaysia kekal relevan, responsif dan berupaya menghadapi cabaran semasa.

Beliau turut menyeru agar setiap bahagian, pemilik program dan warga kerja memainkan peranan secara kolektif dalam memastikan setiap inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut keutamaan, mencapai sasaran yang ditetapkan serta memberi impak optimum kepada organisasi.

Pada masa yang sama, beliau merakamkan penghargaan kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM), UiTM Technoventure (UTV) selaku rakan strategik dan penyedia latihan, ahli Pasukan Pelan Strategik Pendigitalan Maritim Malaysia serta Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) selaku Project Management Office (PMO) atas komitmen dan kerjasama sepanjang pembangunan pelan strategik tersebut.

Beliau berkata, bengkel ini merupakan kesinambungan daripada fasa strategi yang telah dilaksanakan sebelum ini dan kini memasuki peringkat pemuktamadan pelan tindakan pendigitalan bagi tempoh 2026 hingga 2030. Pasukan projek akan meneruskan tindakan susulan meliputi pemurnian pelan tindakan, penyelarasan keutamaan program, penyediaan anggaran kos yang realistik serta pemuktamadan dokumen PSP sebelum dikemukakan untuk pertimbangan Pengurusan Tertinggi Maritim Malaysia.

Pelan Strategik Pendigitalan Maritim Malaysia 2026–2030 dijangka menjadi dokumen rujukan utama dalam memacu agenda pendigitalan agensi secara menyeluruh, selaras dengan aspirasi Rancangan Pendigitalan Sektor Awam (RPSA) serta hasrat Maritim Malaysia untuk memperkukuh keupayaan organisasi melalui pendigitalan, inovasi dan teknologi digital ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berdaya saing dan mampan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC