13
Sab, Jun

Grid List

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL PHEONIX JAMNAGAR

LAPAN MANGSA SELAMAT DALAM INSIDEN BOT LAJU TERBALIK DI PANTAI TELUK PASIR, SANTUBONG

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL CX GEMMA DI PERAIRAN KUCHING

MARITIM MALAYSIA DAN AGENSI DAERAH MERSING LAKSANA OP BERSEPADU PANTAU AKTIVITI ISLAND HOPPING

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

 1. Taklimat pengenalan ISO 37001:2016 Anti Bribery Management System (ABMS) pada 8 Mac 2023 hingga 9 Mac 2023 Bertempat Di Auditorium Aras 11, Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia  
     
 2. Bengkel Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) Dan Analisis Risiko Rasuah Anti Bribery Management System (ABMS) Pada 13 Jun 2023 Hingga 15 Jun 2023 Bertempat Di Grand Beach Hotel, Port Dickson.   
  Picture 1 Picture 2 Picture 3  
     
3. Wacana Integriti Maritime Special Talk (I-Mest) Siri 1/2023 Bersama Bank Islam Bertajuk โ€œAmanah Dijunjung Jasa Disanjungโ€ pada 20 Jun 2023 Bertempat Di Auditorium Aras 11, Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.  
  Picture 4 Picture 5 Picture 6  
     
4. Kursus Pengukuhan Integriti APMM Tahun 2023 Pada 21 Ogos 2023 Hingga 23 Ogos 2023 Bertempat di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM, Tanjung Tualang, Perak.  
  Picture 7 Picture 8 Picture 9  
1.
Pengauditan Pensijilan Anti Bribery Management System (ABMS) Tahap 1 - Semakan Dokumen telah dijalankan pada 18 September 2024 oleh NIOSH. Mesyuarat Pembukaan  Audit Anti Bribery Management System (ABMS) Tahap 1 telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), En. Mohd Norzam bin  Mustapa. Dua orang juruaudit dari NIOSH, Puan Liza binti Sadrek dan Encik Rahmat Bin Karto telah melaksanakan semakan dokumen dengan jayanya. 
 
  Picture 1 Picture 2 Picture 3  
     
๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ง๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ฅ๐—— (๐—๐—œ๐—ฃ๐—ฆ) ๐—ฃ๐——๐—ฅ๐—  ๐—ž๐—˜ ๐—”๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—”๐—ฃ๐— ๐— 
.
๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—ฌ๐—”, ๐Ÿต ๐—ก๐—ผ๐˜ƒ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ โ€“ Timbalan Pengarah Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) PDRM Bukit Aman, DCP Dato' Allaudeen bin Abdul Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Unit Integriti Maritim Malaysia, Puan Nor Izahwati binti Ibrahim, di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya pagi tadi.
Kunjungan ini adalah bertujuan bagi menjalinkan hubungan strategik antara Maritim Malaysia dan PDRM untuk berkongsi pengalaman, dasar dan tadbir urus integriti bagi merancang kerjasama yang lebih erat pada masa akan datang.
Turut hadir mewakili JIPS PDRM Bukit Aman ialah Ketua Penolong Pengarah (Risikan/Operasi), SAC Saifullizan bin Ishak, Ketua Penolong Pengarah JIPS (Tadbir Urus/Kepolisan Am), SAC Afandi Bin Senin, Pegawai Turus Risikan, SUPT Ahmad Tarmizi Bin Bastani dan Pegawai Turus Perkhidmatan/Perjawatan, DSP Aida Syeliza Binti Abdul Jalil.
Berita Integriti 1    Berita Integriti 2 
     
Berita Integriti 3    Berita Integriti 4 
     
Berita Integriti 5   Berita Integriti 6

Patuhi waktu bekerja

Grid List

ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YDPA SULTAN IBRAHIM

PUTRAJAYA, 5 JUN โ€“ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini menghadiri Istiadat Mengarak Panji-Panji sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Tahun 2026 yang berlangsung dengan penuh adat istiadat, tradisi ketenteraan serta gilang-gemilang di Dataran Pahlawan Negara, di sini pagi tadi.

Maritim Malaysia telah diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim bersama barisan pengarah-pengarah bahagian serta pegawai-pegawai kanan agensi melibatkan seramai 30 pegawai.

Istiadat bersejarah ini bukan sahaja melambangkan kedaulatan Institusi Raja Berperlembagaan, malah menjadi manifestasi kesetiaan, patriotisme dan penghormatan yang tidak berbelah bahagi seluruh warga perkhidmatan awam serta pasukan beruniform kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara.

Sebagai agensi penguatkuasaan maritim utama negara, Maritim Malaysia sentiasa menjunjung tinggi prinsip taat setia, integriti dan profesionalisme dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan, keamanan serta kedaulatan Zon Maritim Malaysia demi kepentingan negara dan rakyat.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam istiadat ini turut mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam mendukung aspirasi negara serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan tanah air.

Seluruh warga Maritim Malaysia merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda Tahun 2026.

๐——๐—ถ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜†๐˜‚ ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚,

๐——๐—ฎ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜ ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚!

MENGARAK PANJI
 
MENGARAK PANJI2
 
MENGARAK PANJI7
 
MENGARAK PANJI8

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC