09
Rab, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS KE ATAS SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

KANGAR, 14 OGOS - Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah diiringi Timbalan Pengarah (Pengurusan) Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Encik Ahmad Fuad bin Ishak serta Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing telah membuat kunjungan hormat ke atas YB Tuan Azman Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perlis pada hari ini.

Kunjungan ini merupakan pertemuan yang julung kalinya diadakan oleh Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis ke pejabat YB Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perlis semenjak pelantikan beliau berkuatkuasa pada 29 Jun 2020 lalu.

Pertemuan dua hala ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa, perkongsian maklumat dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia ada terjalin di antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menerusi Maritim Negeri Kedah dan Perlis dan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perlis.

Y.B Tuan Azman menzahirkan komitmen Jabatan Kerajaan Negeri untuk bersama Maritim Malaysia dalam usaha mempertingkatkan penguatkuasaan bagi membendung aktiviti-aktiviti jenayah di lautan.

adb8b0bd 4470 4436 b488 22f083187d2b    a3790c48 2af8 461d bc7f 719ab64e90e1 

LAWATAN KERJA RASMI KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM KE IBU PEJABAT MARITIM NEGERI KEDAH & PERLIS

LANGKAWI, 12 Julai - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Yang Berbahagia Datuk Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman hari ini telah melakukan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah & Perlis.

Ketibaan beliau disambut dengan Kawalan Kehormatan Setempat oleh anggota penguat kuasa Maritim Malaysia. Ketibaan beliau turut disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Yang Berbahagia Datuk Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz bersama Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Yang Berbahagia Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som.

Sesi lawatan dimulakan dengan sesi taklimat berkaitan fungsi dan peranan Maritim Malaysia termasuk penglibatan di dalam Op Benteng menerusi pembentukan National Task Force. Taklimat disampaikan sendiri oleh Pengarah Maritim Negeri, Laksamana Pertama Maritim, Mohd Zawawi bin Abdullah dengan disaksikan kesemua barisan delegasi yang hadir.

Sejurus itu, beliau turut dibawa meninjau kesiagaan semasa Agensi dengan melihat lebih dekat pengoperasian Pusat Operasi Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Langkawi yang berpusat di Maritim Negeri Kedah & Perlis sebelum dibawa belayar menaiki KM Nyalau ke sektor pengoperasian laut Op Benteng.

Turut bersama di dalam senarai delegasi lawatan kerja ini ialah Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Indera Khairul Dzaimee bin Daud serta Timbalan Ketua Polis Negeri Kedah, Yang Dihormati DCP Datuk Muhammad Azlee bin Abdullah.

 

WhatsApp Image 2020 08 13 at 1.04.18 PM    WhatsApp Image 2020 08 13 at 1.04.23 PM 
 WhatsApp Image 2020 08 13 at 1.04.22 PM 2   WhatsApp Image 2020 08 13 at 1.04.20 PM 2

TAKLIMAT DAN LATIHAN MENGGUNAKAN RMPNET DI ZON MARITIM LABUAN

IMG 2358  IMG 2361 
IMG 2368  IMG 2378 
IMG 2380  IMG 2363 

 

LABUAN, 11 OGOS - Demi memantau dan menangani kemasukan Pendatang Tanpa Izin (PTI) ke dalam negara, National Task Force (NTF) telah mengkoordinasikan operasi bersepadu diantara ATM, PDRM dan APMM.  

Sehubungan dengan itu, bagi memastikan kelancaran dari segi komunikasi, pihak PDRM telah membuat pemasangan Portable Radio Royal Malaysia Police Network (RMPnet) di Pusat Operasi Zon Maritim Labuan dan KM Mabul serta Handheld untuk digunakan pada bot ZM Labuan pada 05 Ogos 2020 (Rabu) lepas.

Pada 10 Ogos 2020 (Isnin), satu taklimat dan latihan mengenai penggunaan RMPnet yang disampaikan oleh DSP Shahrulnizam bin Ahmad daripada Cawangan Telekomunikasi PDRM Bukit Aman telah berjaya dilaksanakan di Pejabat Zon Maritim Labuan.  

Seramai 35 orang peserta yang telah terlibat antaranya Pegawai-Pegawai Memerintah Kapal ZM Labuan, Ketua-Ketua Bot ZM Labuan, pegawai TUDM Labuan dan PDRM Labuan. Program ini telah berlangsung seawal 9:00 Pagi sehingga 2:00 petang dengan pengisian sesi taklimat seterusnya latihan praktikal cara menggunakan peralatan RMPnet.

Program berakhir dengan sesi bergambar Pengarah Zon Maritim Labuan bersama semua peserta program.

LT DYA (M) DILSA BIN AKMAD

Pegawai Perhubungan Awam

Zon Maritim Labuan

FORUM ANJURAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA WILAYAH UTARA BERSAMA ZON MARITIM KUALA KEDAH

ALOR SETAR , 12 Ogos - Bertempat di bilik taklimat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah telah berlangsungnya satu forum yang mengupas tentang tajuk ‘Membaca Pada Era Digital’.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Mahmad Faizal bin Ahmad berkata, forum ini dibarisi oleh tiga orang ahli panel iaitu panel pertama Dr Fadzilah Binti Amzah, Pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP) Universiti Sains Malaysia (USM). Panel kedua Puan Noraini Binti Abdul Rahman, Penolong Pustakawan Perpustakaan Awam Negeri Kedah dan panel ketiga Muhammad Azlan Bin mahmud, Guru Bimbingan dan Kaunseling SERI Al-Maarif, Sungai Petani, Kedah.

Sepanjang forum ini berlangsung Laskar Kanan Maritim Mohamad Hazran Bin Mohamad Haridan bertindak sebagai moderator. Forum kali ini dijalankan secara atas talian seiring dengan norma baharu. Ia dihadiri lebih kurang 30 pegawai dan anggota Zon Maritim Kuala Kedah. Forum ini ditamatkan dengan jayanya dan diharap program sebegini sentiasa dapat dilaksanakan kerana ia memberi banyak manfaat kepada semua golongan masyarakat.

 

WhatsApp Image 2020 08 12 at 16.15.37   WhatsApp Image 2020 08 12 at 16.15.38 (2)
   
WhatsApp Image 2020 08 12 at 16.15.38  WhatsApp Image 2020 08 12 at 16.15.40

PERHIMPUNAN BULANAN DAN MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS

LANGKAWI, 27 Julai - Maritim Negeri Kedah dan Perlis telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan dan Majlis Pemakaian Pangkat pada hari ini yang bertempat di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis dengan jayanya.

Seramai 19 Pegawai Lain-Lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim menerima kenaikan pangkat dan 9 penerima anugerah yang terdiri daripada Anggota dan Kakitangan Gunasama menerima Anugerah Pekerja Contoh Maritim (bulanan) dalam majlis yang disempurnakan oleh Yang Berusaha Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah, Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis. 

Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Operasi Negeri Kepten Maritim Zulinda binti Ramly, Timbalan Pengarah (Pengurusan) Negeri Tuan Ahmad Fuad bin Ishak, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta semua warga Maritim Negeri Kedah dan Perlis.

21bd4c1b d253 41f1 ae7b f61a2a88e519    dea64944 bc80 4dd4 839b 4b084190206f 

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC