08
Sel, Sep

Grid List

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

EMPAT REMAJA MASIH HILANG, OPERASI CARILAMAT DIAKTIFKAN DI PANTAI TANJUNG LOMPAT

MARITIM MALAYSIA BANTU PINDAHKAN PESAKIT SERANGAN JANTUNG DARI LANGKAWI

MARITIM NEGERI SABAH TAWAN GUNUNG KINABALU SEMPENA ULANGTAHUN KE 15

KOTA KINABALU, 12 Februari – Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan telah mengadakan program mendaki Gunung Kinabalu bersempena Hari Ulang Tahun Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang ke 15 tahun pada 15 Feb 2020 dengan bertemakan ‘Maritim Perkasa, Samudera Sejahtera’.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Laksamana Muda Maritim Kamaruszaman bin Abu Hassan, sempena hari ulang tahun penubuhan Maritim Malaysia ke 15, Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan telah mengadakan program mendaki puncak Gunung Kinabalu pada 9 Februari yang lepas. Seramai 12 pegawai dan anggota daripada Zon Maritim turut menyertai program ini termasuk saya selaku Pengarah Maritim Negeri bagi mendukung tema ‘Maritim Perkasa’ yang bermaksud sebuah agensi yang perkasa dan disegani harus memiliki pegawai dan anggota yang perkasa dari segi fizikal dan mental serta bekerjasama dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Penglibatan warga Maritim Malaysia dari Zon Maritim yang lain ini juga bertujuan memantapkan lagi jalinan interaksi yang utuh antara satu sama yang lain.”

“Kesemua pegawai dan anggota telah berjaya menawan puncak gunung tersebut pada 5.30 pagi, 10 Februari yang lepas. Program ini juga telah membuktikan bahawa persediaan dari segi kesihatan fizikal dan ketahanan mental sebagai seorang penguatkuasa amat penting dalam melaksana dan menjayakan misi ataupun matlamat bagi sebuah agensi. Objektif perlaksaan program ini adalah untuk melahirkan warga Maritim Malaysia yang sentiasa aktif dan sihat dalam melaksanakan fungsi utama agensi. Selain itu, program ini dapat memperlihatkan keupayaan pegawai yang sentiasa berdaya saing dan lasak dalam mengharungi cabaran terutama dalam pendakian gunung tertinggi di Asia Tenggara.” Katanya.

Jelasnya lagi, program pendakian ini dipilih kerana ianya memberikan cabaran yang berbeza di mana peranan dan bidang tugas kami adalah di laut dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan perairan Negara. Menempuh arus, dilambung ombak dan ribut di laut merupakan perkara lazim yang ditempuhi pegawai dan anggota tetapi cabaran didarat seperti aktiviti mendaki semestinya memberikan pengalaman yang berbeza. Kesemuanya yang terlibat dalam pendakian ini rata-ratanya merupakan pengalaman kali pertama.

 

Leftenan Dya (M) Nuraisyah Najwa Mehip Abdullah

Pegawai Perhubungan Awam MN.Sabah

Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia

WhatsApp Image 2020 02 12 at 11.43.37   WhatsApp Image 2020 02 12 at 11.43.37 1
     
WhatsApp Image 2020 02 12 at 11.43.38     

BANTUAN PENGANGKUTAN OLEH MARITIM MALAYSIA BAGI PELAKSANAAN PELUPUSAN TEKS AL-QURAN

TAWAU, 12 FEBRUARI – Zon Maritim Tawau telah terlibat dalam program pelupusan abu Al- Quran bertempat di perairan Batu 4, Tawau hari ini.

Pengarah Zon Maritim, Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam berkata kerja pelupusan yang julung kalinya dilakukan oleh lapan kakitangan anggota Jabatan Penjara Tawau dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau yang menyediakan bot Banggi 31 dan Banggi 12.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Pegawai Memerintah KM Pintar, Leftenan Komander Maritim Firdaus Ahmad bin Shaari, Pegawai Seksyen Operasi, Leftenan Madya Maritim Luqman bin Hisham dan Ustaz Ubaedillah bin Sodiq selaku Penolong Pegawai Hal Ehawal Islam, Bahagian Agama dan Kaunseling Penjara Tawau.

Sebanyak enam karung abu teks Al-Quran dan bahan bahan bacaan agama Islam yang telah rosak selepas dibakar telah dilupuskan oleh pihak Penjara Tawau, berhampiran perairan Batu 4 Tinagat, Tawau kira-kira 5 batu nautika dari batas pelabuhan.

Secara tidak langsung, program seperti ini mampu mengeratkan lagi hubungan silaturahim sedia ada dari semasa ke semasa. Pihak Maritim Malaysia juga mengalu-alukan kerjasama itu bagi melancarkan proses pelupusan terbabit.

WhatsApp Image 2020 02 12 at 19.11.50   WhatsApp Image 2020 02 12 at 19.11.51
     
WhatsApp Image 2020 02 12 at 19.11.51 1     

LAWATAN KERJA TKPO KE FOB AW139 SABAH DAN POS INDERSABAH

TAWAU, 7 FEBRUARI – Yang Berbahagia Laksamana Madya Maritim Datuk Haji Ibrahim bin Haji Mohamed, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia telah melaksanakan lawatan kerja ke Pangkalan Hadapan (FOB) AW139 di Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau serta Pos Maritim Inderasabah, pagi semalam. 

Ketibaan beliau di FOB AW139 disambut baik oleh pegawai bertugas iaitu Leftenan Komander Maritim Mohd Faizul Shayuti, Ketua Unit Udara AW139  bersama krew-krew unit udara yang lain.

Lawatan kerja bertujuan membincangan hal-hal operasi, rondaan serta kekangan yang dihadapi oleh Unit Udara Maritim Malaysia yang ditugaskan di Tawau khususnya.

Beliau kemudian membuat lawatan kerja ke Pos Maritim Inderasabah dan disambut Leftenan Madya Maritim Ab Aziz Ibrahim, Ketua Pos Inderasabah dan dibawa melawat kawasan sekitar serta jeti yang digunakan bagi penempatan bot-bot peronda Maritim Malaysia.

Lawatan kerja ini juga bertujuan membincangkan isu-isu berkaitan Pos, keanggotaan serta kekangan yang dihadapi semasa pengoperasian dan penguatkuasaan di sekitar kawasan Zon Maritim Tawau, terutamanya di sekitar Inderasabah dan Kalumpang bagi dibawa ke peringkat Ibu Pejabat Maritim Malaysia di Putrajaya.

WhatsApp Image 2020 02 09 at 11.25.15   WhatsApp Image 2020 02 09 at 11.25.17
     
WhatsApp Image 2020 02 09 at 11.25.18    WhatsApp Image 2020 02 09 at 11.25.19

MAJLIS SERAH TERIMA KAPAL ANTARA MARITIM NEGERI JOHOR DAN MARITIM NEGERI NEGERI PERAK

JOHOR BAHRU, 10 Februari – Majlis serah terima kapal antara Maritim Negeri Johor dan Maritim Negeri Perak telah diadakan di Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor. Kapal Maritim Rawa dari kelas Gemia telah diserahkan kepada Maritim Negeri Perak manakala Kapal Maritim Perwira dari kelas Perwira diserahkan kepada Maritim Negeri Johor.

Majlis yang berlangsung pada pagi ini, telah disaksikan oleh Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Bin Hj. Abdul Rashid, Pengarah Maritim Negeri Johor dan Kepten Maritim Shahrizan Bin Rahman, Pengarah Maritim Negeri Perak serta para pegawai dan anggota kedua-dua kapal.

WhatsApp Image 2020 02 10 at 16.56.56   WhatsApp Image 2020 02 10 at 16.56.57
     
WhatsApp Image 2020 02 10 at 16.56.58    WhatsApp Image 2020 02 10 at 16.56.59

LAWATAN KERJA OLEH TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) KE ZON MARITIM TAWAU

TAWAU, 6 FEBRUARI – Zon Maritim Tawau telah menerima lawatan kerja oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Yang Berbahagia Datuk Haji Ibrahim bin Haji Mohamed, petang semalam. 

Ketibaan rombongan disambut baik oleh Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam bersama para pegawai kanan dan anggota Zon Maritim Tawau.

Lawatan kerja dimulakan dengan Kawalan Kehormat Setempat kepada Yang Berbahagia Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), yang diketuai oleh Bintara Muda Maritim Zulfadzli bin Ismail. Disamping itu, lawatan kerja ini dilaksanakan bertujuan memberikan ruang dalam membincangkan beberapa isu-isu berkaitan pengoperasian, penguatkuasaan serta kekangan yang berlaku di peringkat Zon, terutamanya di Zon Maritim Tawau .

Satu sesi taklimat turut diadakan antara para pegawai Zon Maritim Tawau bersama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) bertujuan memberi peluang kepada para pegawai terbabit di Zon Maritim Tawau untuk membincangkan kekangan operasi, penguatkuasaan dan beberapa hal-hal yang dihadapi untuk dibawa ke peringkat ibu pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.  Malahan, di penghujung sesi lawatan kerja,

Disediakan oleh :

Unit Komunikasi Korporat,

Zon Maritim Tawau,

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

WhatsApp Image 2020 02 07 at 14.45.47   WhatsApp Image 2020 02 07 at 14.45.49
     
WhatsApp Image 2020 02 07 at 14.45.48 (1)    WhatsApp Image 2020 02 07 at 14.45.48 (2)

Lebih banyak artikel..

Grid List

SEJARAH TERCIPTA, 127 KADET DITAULIAHKAN SEBAGAI LEFTENAN MUDA PASKAM

PEKAN, 5 SEPTEMBER – Seramai 127 Pegawai Kadet Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) hari ini ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PASKAM selepas berjaya menamatkan latihan selama empat semester yang meliputi pembentukan disiplin, kepimpinan, ketahanan fizikal dan mental serta semangat kerja berpasukan.

Pentauliahan ini mencipta sejarah apabila buat julung kalinya dilaksanakan secara bersama melibatkan tiga Universiti Awam, iaitu Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Majlis Tamat Latihan dan Pemakaian Pangkat Leftenan Muda PASKAM Peringkat Universiti Awam Kali Pertama Tahun 2026 telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi Abdullah, di Dewan Konvokesyen UMPSA Pekan, hari ini.

Daripada jumlah tersebut, 49 kadet daripada UMPSA, 30 kadet daripada UMT dan 48 kadet daripada UniMAP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PASKAM.

Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi berkata, pentauliahan itu bukan sekadar menandakan kejayaan menamatkan latihan, malah menjadi manifestasi kejayaan melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berintegriti, berjiwa patriotik serta mempunyai kepimpinan dan jati diri yang tinggi.

"PASKAM bukan sekadar platform latihan berkawad atau aktiviti kokurikulum, sebaliknya medium membentuk mahasiswa yang memahami erti tanggungjawab, kepimpinan, kesetiaan, keberanian serta kesediaan berkhidmat demi agama, bangsa dan negara," katanya.

Beliau berkata, PASKAM turut berperanan memperkenalkan mahasiswa kepada dunia maritim melalui pendedahan terhadap aspek keselamatan, penguatkuasaan, kepimpinan dan tanggungjawab mempertahankan kepentingan serta kedaulatan negara di laut.

Sehingga kini, seramai 240 kadet aktif PASKAM berada di tiga universiti berkenaan, melibatkan 94 kadet di UMPSA, 65 kadet di UMT dan 81 kadet di UniMAP.

Menurut beliau, kerjasama strategik antara Maritim Malaysia dan institusi pengajian tinggi menerusi PASKAM bukan sahaja memperkukuh pembangunan modal insan, malah menjadi platform melahirkan bakal pemimpin muda yang memiliki sahsiah unggul, ketahanan diri, semangat patriotisme dan kesedaran tinggi terhadap keselamatan maritim negara.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMPSA, Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed berkata, penganjuran majlis secara bersama melibatkan tiga universiti awam merupakan satu detik bersejarah dalam perkembangan PASKAM di institusi pengajian tinggi negara.

Menurut beliau, sejak penubuhannya pada 21 September 2016, PASKAM telah berkembang daripada sebuah platform latihan beruniform kepada medium pembangunan kepimpinan mahasiswa yang menekankan disiplin, integriti, semangat berpasukan dan kesiapsiagaan.

"PASKAM bukan sekadar membentuk mahasiswa yang berdisiplin, malah melahirkan individu yang mampu membuat keputusan secara matang, memimpin dengan berintegriti serta sentiasa bersedia memikul tanggungjawab apabila diperlukan," katanya.

Beliau turut menyifatkan kerjasama antara UMPSA dan Maritim Malaysia sebagai satu ekosistem strategik yang menyokong pembangunan modal insan dan ilmu, termasuk menerusi penerbitan buku OP NAGA BARAT: Analisis Strategi, Ekonomi dan Pendakwaan dari Perspektif Maritim Malaysia, yang memperkukuh pemahaman berkaitan keselamatan maritim daripada perspektif strategik, ekonomi, perundangan dan penguatkuasaan.

Pentauliahan 127 Leftenan Muda PASKAM ini diharap dapat melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang berdisiplin, berintegriti, berwibawa serta memiliki semangat patriotisme yang tinggi dalam mendukung usaha memperkukuh keselamatan dan kedaulatan maritim negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC