09
Rab, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI SARAWAK KE ATAS PENGARAH JABATAN LAUT MALAYSIA WILAYAH SARAWAK

 

WhatsApp Image 2021 02 19 at 11.51.51 2

KUCHING, 19 Februari Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sarawak, YBrs. Mohamad Marzuki Bin Brahim, di Ibu Pejabat Laut Wilayah Sarawak, Kuching, pagi tadi.

Kunjungan ini bertujuan bagi memperkenalkan Pengarah Maritim Negeri Sarawak kepada Pengarah Jabatan Laut Malayisa Wilayah Sarawak serta membincangkan perkara berkenaan Operasi Penguatkuasaan dan Operasi Carilamat (SAR) yang dilakukan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di perairan negeri Sarawak.

WhatsApp Image 2021 02 19 at 11.51.51 1

 

Turut dibincangkan juga berkaitan dengan isu-isu semasa terutamanya berkenaan dengan Op Benteng Laut Timur yang telah dilaksanakan bersama agensi-agensi penguatkuasaan lain di perairan negeri Sarawak.

Perbincangan tersebut dijangka akan meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi memperkasakan operasi penguatkuasaan di negeri Sarawak. Selain itu, turut dibincangkan adalah berkenaan dengan perancangan jalinan kerjasama dalam tugas-tugas penguatkuasaan di negeri Sarawak dan penganjuran aktiviti bersama di masa akan datang.

KAPAL MARITIM PEKAN TERIMA PEGAWAI MEMERINTAH BAHARU

KUANTAN, 18 Februari - Kapal Maritim (KM) Pekan hari ini mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah yang baharu iaitu Kepten Maritim Hamiludin bin Che Awang yang menggantikan Kepten Maritim Muhammad Nazry bin Zubir yang disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang iaitu Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Amran bin Haji Daud

Majlis ringkas yang diadakan di KM Pekan itu turut dihadiri Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain, Pegawai Memerintah KM Langkawi Komander Maritim Mohd Marmizi Bin Md Nor, Pegawai Laksana KM Pekan Komander Maritim Ismail Bin Hamzah dan pegawai-pegawai Kapal Maritim Pekan.

Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Amran bin Haji Daud dalam ucapannya  merakamkan ucapan tahniah kepada Pegawai Memerintah yang baharu dan berharap dapat memikul tanggungjawab serta menggalas tugas dengan penuh amanah dalam menjaga perairan Negara daripada diceroboh terutamanya Bot Nelayan Asing. Beliau turut mengucapankan ribuan terima kasih kepada mantan Pegawai Memerintah yang meyumbang bakti dan tenaga  selama berkhidmat di kapal ini.

Beliau juga menaruh harapan supaya KM Pekan akan menjadi kapal terbaik Maritim Malaysia pada tahun ini dan meneruskan kecemerlangan di pentas samudera.

 

 1   3 
     
 2    4

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI SARAWAK KE ATAS PANGLIMA MEDAN TIMUR TENTERA DARAT

WhatsApp Image 2021 02 10 at 13.15.55 3

 

KUCHING, 10 Februari – Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mardzuki Bin Muhammad, bertempat di Pejabat Panglima Medan Timur Tentera Darat, Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat, Kota Samarahan, pagi tadi.

 WhatsApp Image 2021 02 10 at 13.15.55 1

Kunjungan ini bertujuan memperkenalkan Pengarah Maritim Negeri Sarawak yang baharu kepada Panglima Medan Timur Tentera Darat dan membincangkan isu-isu berkenaan Operasi Penguatkuasaan dan Operasi Carilamat (SAR) yang dilakukan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di perairan negeri Sarawak.

WhatsApp Image 2021 02 10 at 13.15.55 2

Perbincangan tersebut dijangka akan meningkatkan persefahaman dan kerjasama pihak berkuasa bagi memperkasakan operasi penguatkuasaan di negeri Sarawak. Selain itu, turut dibincangkan adalah berkenaan dengan jalinan kerjasama dalam penganjuran aktiviti bersama di masa akan datang.

WhatsApp Image 2021 02 10 at 13.15.55 5

WhatsApp Image 2021 02 10 at 13.15.55 4

KEMPEN KESEDARAN KESELAMATAN DI LAUT, ZON MARITIM TANJUNG MANIS

TANJUNG MANIS, 5 Februari – Zon Maritim Tanjung Manis telah melaksanakan Kempen Kesedaran Keselamatan di laut dalam memastikan komuniti maritim (Industri Perkapalan) dan komuniti nelayan mematuhi undang-undang sedia ada serta sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan mereka sepanjang keberadaan mereka di laut,semalam.

WhatsApp Image 2021 02 04 at 12.49.37

 

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Mohd  Ariz Bin Md Kassim berkata, kempen ini dilaksanakan secara berterusan untuk mengingatkan mereka mengenai ciri-ciri keselamatan diri dan harta benda bagi mengelakkan tiada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kelak.

WhatsApp Image 2021 02 04 at 12.49.35

“Di dalam usaha berterusan dala memutuskan rantaian penularan Covid-19 juga, pihak APMM yang berada di lapangan akan sentiasa memeriksa tahap kesihatan mereka dan memastikan destinasi pelayaran mematuhi Garis Panduan sepanjang Pelaksanaan PKP dan PKPB oleh pihak berkuasa”, tambah Ariz.

Ariz turut mengingatkan agar semua komuniti maritim (Industri Perkapalan) dan nelayan sentiasa memastikan tahap kesihatan kru vesel/bot masing-masing sebelum memulakan atau meneruskan pelayaran dalam usaha berterusan bagi mengekang jangkitan Pandemik Covid-19 di kalangan mereka.

 

 

 

COVID 19 - SEMBURAN NYAHKUMAN DI PEJABAT ZON MARITIM KUALA PERLIS

KUALA PERLIS, 26 Januari - Pejabat Zon Maritim Kuala Perlis telah melaksanakan aktiviti sanitasi pejabat yang  dikendalikan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Kuala Perlis pada jam 3 petang.

Kerja-kerja sanitasi yang dijalankan meliputi semburan di segenap ruangan dalam dan luar pejabat Zon Maritim Kuala Perlis.

Usaha ini adalah langkah awal pencegahan terhadap penularan wabak COVID-19 di samping memastikan persekitaran ruangan pejabat bebas dari wabak tersebut demi menjaga keselamatan serta kesihatan setiap warga agar sentiasa terjamin.

 

 WhatsApp Image 2021 01 26 at 9.50.46 AM    WhatsApp Image 2021 01 26 at 9.50.47 AM 1
 WhatsApp Image 2021 01 26 at 9.50.47 AM    

 

 

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC