16
Jum, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

MARITIM MALAYSIA KUDAT GAGALKAN CUBAAN SELUDUP ‘MENU EKSOTIK’ KE NEGARA JIRAN

KUDAT, 23 APRIL – Cubaan licik sindiket menyeludup makanan eksotik yang melibatkan spesies haiwan terancam berjaya digagalkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat dalam satu operasi khas di perairan Kudat, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah bin Omar berkata, kejayaan itu hasil risikan Unit Perisikan Maritim Malaysia yang mengesan kegiatan mencurigakan di kawasan perairan Selat Malawali kira-kira pukul 2.00 pagi.

Bertindak atas maklumat, bot ronda KILAT 48 yang sedang menjalankan operasi khas digerakkan ke lokasi sebelum mengesan sebuah bot dalam keadaan bergelap pada jarak kira-kira 1.8 batu nautika barat laut Tanjung Layang-layang, Pitas.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada individu berada di atas bot terbabit, namun penggeledahan lanjut menemukan barangan yang mengejutkan,” katanya. Antara yang ditemui adalah 20 kotak polisterin berisi kima beku seberat kira-kira 500 kilogram, lapan guni kima kering seberat lebih 200 kilogram, serta lima kotak polisterin mengandungi tenggiling beku dengan anggaran berat 100 kilogram.

Difahamkan, semua hasil rampasan itu dipercayai untuk diseludup keluar ke negara jiran yang mempunyai permintaan tinggi terhadap makanan eksotik dan produk haiwan liar terlarang.

“Bot bersama muatan berharga yang dianggarkan lebih RM100 ribu itu telah ditahan dan dibawa ke Jeti Marina Kudat untuk siasatan lanjut,” ujar Hasbullah.

Kes disiasat di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dan Akta Perikanan 1985 kerana melibatkan cubaan penyeludupan haiwan spesies terancam serta pengendalian hasil laut tanpa kebenaran sah.

Maritim Malaysia menyeru masyarakat terutamanya komuniti maritim agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan atau jenayah maritim menerusi talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) atau talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam.

 

MENU EKSOTIK

VESEL NELAYAN DAN KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SELANGOR

PELABUHAN KLANG, 23 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor berjaya menahan sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) dan sebuah kapal tangki dalam operasi rutin di perairan negeri ini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, tangkapan dilakukan oleh KM DANGA yang sedang menjalankan rondaan rutin di kawasan perairan Selangor.

Penahanan pertama melibatkan sebuah VNT Kelas C sekitar pukul 1.00 petang di kedudukan 17 batu nautika barat daya Pulau Tengah. Pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan seorang tekong bersama empat awak-awak warga Myanmar berumur antara 36 hingga 49 tahun.

Kesemua kru gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah, manakala pemeriksaan ke atas vesel mendapati ia melanggar syarat lesen kerana menggunakan mata pukat kurang daripada 38 milimeter untuk menangkap ikan.

Kesemua yang terlibat dibawa ke Jeti Pangkalan Maritim Pulau Indah untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

KM DANGA juga turut melakukan satu lagi tangkapan pada hari sama melibatkan kapal tangki (MT) sekitar pukul 3.15 petang, kapal tersebut ditahan ketika bersauh tanpa kebenaran di kedudukan 5.9 batu nautika barat Pulau Pintu Gedong.

Kapal berkenaan dikendalikan seorang nahkoda warga Thailand berumur 36 tahun bersama 16 kru berumur antara 20 hingga 55 tahun, terdiri daripada 13 warga Thailand termasuk dua wanita, dua warga Myanmar dan seorang warga Indonesia.

Pemeriksaan mendapati kapal tersebut melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana tidak mendapat kebenaran bersauh daripada Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia serta gagal mengibarkan bendera Malaysia. Dua kru kapal termasuk Pegawai Dek Kedua dan Jurutera Kedua dibawa ke Jeti PPM Pulau Indah untuk tindakan lanjut.

Orang ramai digesa menyalurkan sebarang maklumat berhubung kegiatan mencurigakan atau insiden kecemasan di laut melalui Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

 

 WhatsApp Image 2025 04 23 at 11.31.45 AM
 
WhatsApp Image 2025 04 23 at 11.31.54 AM
 
WhatsApp Image 2025 04 23 at 11.31.54 AM 1

HELANG SAMUDERA : PERISAI MARITIM NEGARA, NASKAH SEJARAH DEDIKASI KEPADA WIRA MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 22 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus mengukir sejarah tersendiri apabila melancarkan buku istimewa bertajuk 'Helang Samudera : Perisai Maritim Negara' sempena sambutan 20 tahun penubuhannya dalam satu majlis penuh istiadat dan berprestij di Putrajaya, hari ini.

Majlis peluncuran buku ini menjadi lebih bermakna apabila Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, sudi mencemar duli menyempurnakan peluncuran buku tersebut, sebagai simbol sokongan dan keprihatinan tinggi baginda terhadap peranan strategik Maritim Malaysia dalam mempertahankan keselamatan perairan negara.

Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dalam ucapannya menyifatkan penerbitan naskhah ini sebagai satu penghormatan besar buat wira-wira maritim negara yang selama dua dekad telah mempertaruhkan keselamatan diri demi keselamatan perairan negara.

“Buku ini bukan sekadar dokumentasi sejarah, tetapi khazanah bernilai tinggi yang memaparkan keberanian, kecekalan dan dedikasi anggota APMM dalam menangani jenayah rentas sempadan, pencerobohan perairan dan operasi menyelamat berisiko tinggi,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian, ketika menyampaikan ucapan sempena majlis berkenaan di sini hari ini.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Awang Alik bin Jeman, Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, serta Pengerusi Lembaga Pengelola Yayasan Pembangunan Buku Negara, YBhg. Tan Sri Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar.

Diterbitkan oleh Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN), buku berbentuk coffee table dengan 180 halaman muka surat ini menampilkan naratif visual berkualiti tinggi, cerita-cerita operasi sebenar, serta momen dramatik yang selama ini tidak pernah dikongsi kepada khalayak umum.

Antara bab menarik dalam buku ini termasuk sejarah penubuhan Maritim Malaysia, kejayaan operasi menyelamat, rampasan kapal penyeludup, pelaksanaan operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT), penggunaan teknologi pengawasan canggih serta latihan berterusan yang membentuk kecekapan pasukan.

Penerbitan buku ini turut menyerlahkan kerjasama strategik Maritim Malaysia bersama agensi antarabangsa seperti US Coast Guard, Interpol, Australia Border Force (ABF), dan penguat kuasa maritim serantau dari Indonesia, Thailand dan Filipina. Jalinan kerjasama ini bukan sahaja memperkukuh keselamatan perairan negara, malah menjadi batu asas kepada kestabilan rantau ini secara keseluruhan.

Sebagai usaha memperluas manfaat dan kesedaran awam terhadap peranan Maritim Malaysia, buku Helang Samudera: Perisai Maritim Negara akan diedarkan ke perpustakaan di seluruh negara, institusi pendidikan dari peringkat sekolah sehingga ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Selain itu, buku ini juga akan dihantar kepada agensi sahabat dalam dan luar negara sebagai simbol jalinan kerjasama strategik dan perkongsian ilmu dalam bidang keselamatan maritim.

Naskhah ini bukan sahaja menjadi rujukan berharga kepada pengkaji dan pencinta dunia maritim, malah berpotensi menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda untuk memahami kepentingan mempertahankan keselamatan maritim negara.

 

WhatsApp Image 2025 04 22 at 1.33.50 PM
 
WhatsApp Image 2025 04 22 at 1.34.05 PM
 
WhatsApp Image 2025 04 22 at 1.34.35 PM
 
WhatsApp Image 2025 04 22 at 1.34.47 PM

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN VESEL NELAYAN TEMPATAN DAN KAPAL KARGO INGKAR PERATURAN LAUT

LUMUT, 22 APRIL – Maritim Negeri Perak menahan sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) yang didapati melanggar syarat sah lesen apabila dikesan beroperasi dalam keadaan lesen tamat tempoh dan tidak diusahakan sendiri pada kedudukan 1.28 batu nautika timur laut Pulau Talang pada sekitar jam 9.25 pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, pemeriksaan lanjut yang dilakukan Kapal Maritim itu mendapati tiga awak-awak termasuk tekong yang merupakan warga Myanmar tidak memiliki dokumen pengenalan diri atau pas yang sah.

“Kes ini disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 serta vesel, hasil tangkapan dan peralatan menangkap ikan turut dirampas bagi membantu siasatan,” ujar beliau.

Dalam insiden berasingan, bertindak hasil pengesanan oleh Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) Lumut, sebuah bot ronda Maritim Malaysia telah menahan sebuah kapal kargo yang dikesan bersauh tanpa kebenaran pada kedudukan 8.9 batu nautika barat daya Pulau Pangkor pada sekitar jam 1.45 petang semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati kapal berkenaan, yang dikendalikan oleh 19 kru warga China termasuk nakhoda serta tiga kru warga Myanmar, gagal mengemukakan surat kebenaran bersauh daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia serta tidak melaporkan ketibaan mereka di perairan negara,” jelas Shukri.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100 ribu atau penjara sehingga dua tahun, selain kesalahan gagal melapor ketibaan yang boleh didenda hingga RM5 ribu.

“Kapal terbabit telah diiring ke lokasi bersauh yang dibenarkan, manakala dua kru dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak untuk siasatan lanjut,” tambah beliau.

Maritim Malaysia menegaskan bahawa penguatkuasaan undang-undang akan terus diperhebat bagi menjamin keselamatan serta ketenteraman di perairan negara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung sebarang pelanggaran undang-undang di laut diminta melaporkannya segera ke talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-683 2254.

 

VESEL TAHAN2
 
VESEL TAHAN3
 
VESEL TAHAN4
 
VESEL TAHAN5

GAGAL KEMUKA LESEN DAN DOKUMEN, BOT REKREASI DITAHAN DI PERAIRAN BINTULU

BINTULU, 22 APRIL – Sebuah bot rekreasi memancing yang dipercayai beroperasi tanpa lesen sah, ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Bintulu dalam rondaan pada 19 April (Sabtu).

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine bin Abdullah berkata, bot ronda Maritim Malaysia ketika dalam Operasi Khas Pagar Laut 1/2025, OP TIRIS 3.0 dan OP PERMAI 01/2019 telah melakukan pemeriksaan terhadap bot berwarna putih yang sedang belayar menuju laut lepas.

Hasil pemeriksaan awal mendapati bot tersebut dikendalikan oleh seorang nakhoda dan seorang kru warga tempatan. Kedua - dua mereka masing-masing berusia 26 dan 21 tahun.

Bot disyaki telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 474 (1), Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana gagal mengemukakan Lesen Bot dan dokumen berkaitan bot semasa pemeriksaan dijalankan, yang jika disabitkan boleh dikenakan denda atau kompaun.

Bot berserta kru telah ditahan dan diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia sentiasa mengingatkan kesemua komuniti maritim supaya mematuhi undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut.

Sebarang maklumat serta aduan, insiden atau maklumat mengenai aktiviti yang mencurigakan, orang ramai boleh menyalurkannya melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu di talian 086-314 254 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 yang beroperasi 24 jam.

 

BOT REK2

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC