window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'UA-176562899-1'); LANGGAR SYARAT LESEN, DUA BOT TUNDA DITAHAN MARITIM MALAYSIA
05
Jum, Dis

Grid List

EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA

OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK

MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN

OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK

MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN

MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM

DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU

LANGGAR SYARAT LESEN, DUA BOT TUNDA DITAHAN MARITIM MALAYSIA

KUDAT, 8 JUN – Tindakan dua bot nelayan jenis pukat tunda menjalankan aktiviti penangkapan ikan kurang dari tiga batu nautika dari pantai mengundang padah apabila telah dikesan dan ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat, semalam. 

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah bin Omar berkata, kedua-dua bot tersebut ditahan sekitar pukul 6.30 petang hasil maklumat yang diperoleh daripada Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Sabah di kedudukan kira-kira 2.6 batu nautika timur laut muara Marina, Kudat.

“Bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan menerusi OP SEJAHTERA, OP PLUTO TIMUR, OP CEGAH PATI dan OP TIRIS segera digerakkan ke lokasi sasaran,

“Ketika tiba, bot terbabit didapati sedang menarik pukat pada jarak yang dilarang iaitu kurang tiga batu nautika dari pantai,” katanya.

Pemeriksaan lanjut mendapati, enam individu berada di atas bot, termasuk tekong, dua daripadanya merupakan warganegara tempatan dan empat lagi adalah warga Indonesia. Kesemua mereka memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Terdahulu, sebuah lagi bot nelayan turut ditahan di lokasi sekitar 2.2 batu nautika timur perairan Tagumamal Laut, juga hasil maklumat daripada SWASLA.

Kali ini, bot terbabit dilaporkan membawa sembilan kru, termasuk seorang warga Filipina yang didapati mempunyai dokumen pengenalan diri yang meragukan.

“Keseluruhannya, Maritim Malaysia berjaya merampas lebih 1.5 tan ikan pelbagai jenis dan dua tan ikan baja hasil daripada kedua-dua penahanan,” ujar Hasbullah.

Semua suspek, termasuk bot dan hasil rampasan, telah dibawa ke jeti Zon Maritim Kudat dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen penangkapan ikan serta Akta Imigresen 1959/63 kerana pemilikan dokumen yang mencurigakan.

Maritim Malaysia menegaskan pihaknya akan terus memperketatkan rondaan dan pemantauan di seluruh perairan Sabah bagi membanteras aktiviti penangkapan ikan secara haram yang bukan sahaja melanggar undang-undang, malah menjejaskan sumber laut negara.

Orang ramai diminta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di laut melalui talian 088-611858 (Pusat Operasi Maritim Kudat) atau talian kecemasan 999, yang beroperasi 24 jam.

 

TUNDA KUDAT
 
TUNDA KUDAT2
 
TUNDA KUDAT3
 
TUNDA KUDAT4

 

Grid List

PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.

Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.

Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.

Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.

Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.

Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

 

BODY CAM TRG5
 
BODY CAM TRG3
 
BODY CAM TRG
 
BODY CAM TRG4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC