17
Sab, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

BERKORBAN DI AIDILADHA, MARITIM MALAYSIA TERUS GAGAH TERAJUI MISI CARILAMAT DI PERAIRAN NEGARA

PUTRAJAYA, 6 JUN – Tatkala umat Islam di Malaysia bersiap menyambut Hari Raya Aidiladha dengan ibadah korban dan perayaan bersama keluarga, ada sekelompok anggota penguat kuasa terus kekal bersiap siaga, bukan untuk menyembelih haiwan korban, tetapi untuk mengorbankan masa, tenaga, dan bahkan nyawa demi menyelamatkan insan yang tidak mereka kenali di lautan luas.

Merekalah anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang saban hari mempertaruhkan keselamatan diri dalam melaksanakan penguatkuasaan khususnya Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) di samudera negara.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah berkata, tanggungjawab ini termaktub dalam Seksyen 6(a) dan 6(b) Akta APMM 2004 (Akta 633), yang memberikan mandat jelas kepada Agensi tersebut untuk mengetuai operasi SAR di perairan negara termasuk di laut lepas.

“Mandat ini diperkuat dengan Arahan NADMA No.1 yang menamakan Maritim Malaysia sebagai agensi utama bencana maritim, berlandaskan National SAR Manual (NAMSAR) sebagai rujukan utama,” jelas beliau.

Bagi memperkasa kecekapan operasi, Maritim Malaysia telah membangunkan Prosedur Operasi Standard (SOP) CARILAMAT tersendiri yang menjamin kecekapan, kepantasan dan keselamatan setiap gerakan menyelamat.

Sepanjang tahun 2024, sebanyak 226 kes CARILAMAT direkodkan Maritim Malaysia membabitkan 1,348 mangsa. Daripada jumlah itu, 1,259 orang berjaya diselamatkan, manakala 64 maut dan 25 masih hilang di laut.

“Sehingga 31 Mei 2025, Maritim Malaysia telah melaksanakan 108 operasi SAR yang menyelamatkan 203 mangsa daripada keseluruhan 251 yang terlibat, sementara 36 nyawa terkorban dan 12 masih belum ditemukan,” kata Datuk Haji Mohd Rosli.

Beliau menegaskan, tiada istilah ‘hari cuti’ bagi pasukan Maritim Malaysia kerana sebarang isyarat kecemasan memerlukan tindakan segera tanpa mengira masa atau keadaan cuaca. Aset seperti bot peronda dan helikopter juga sentiasa berada dalam keadaan siap sedia 24 jam untuk diatur gerakkan.

Pengorbanan Maritim Malaysia tidak terhenti setakat misi menyelamat. Agensi ini turut giat melaksanakan program Preventive SAR secara berkala di semua negeri dan zon maritim bagi meningkatkan kesedaran keselamatan maritim.

“Taklimat komuniti, ceramah, pameran, pengedaran risalah, dialog bersama nelayan, semua ini adalah sebahagian daripada pendekatan mendekati masyarakat maritim,” tambah Datuk Haji Mohd Rosli.

Sebagai simbolik kepada peranan penting ini, tanggal 6 Jun telah diangkat sebagai Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) sejak 2021, tarikh bersejarah yang menandakan pengambilalihan tugas penyelaras SAR maritim dari Jabatan Laut Malaysia kepada Maritim Malaysia pada tahun 2006.

Dengan tema “Berapung Untuk Hidup” yang dikekalkan buat tahun kedua, HKKM 2025 akan disambut secara besar-besaran pada 28 Jun ini di Tanjung Harapan, Selangor.

Antara pengisian program termasuk aktiviti Berapung Untuk Hidup, demonstrasi menyelamat di laut, sesi dialog bersama komuniti maritim, pameran keselamatan, jualan Rahmah dan pelbagai lagi acara menarik yang akan bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Tarikh 6 Jun 2025 ini membawa makna yang cukup dalam. Jika Aidiladha memperingati pengorbanan agung Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S demi perintah Allah S.W.T, maka di lautan negara, anggota Maritim Malaysia pula menjadi simbol pengorbanan moden dengan meninggalkan keluarga demi menyelamatkan insan yang tidak dikenali.

“Kami tidak meminta dikenang sebagai wira, cukup jika satu nyawa dapat diselamatkan dan satu keluarga tidak berduka,” ujar Datuk Haji Mohd Rosli.

Dikesempatan ini, Maritim Malaysia turut ingin merakamkan ucapan Selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh rakyat Malaysia.

Jaga keselamatan ketika berada di laut, sentiasa pakai jaket keselamatan dan pastikan bot dalam keadaan yang baik dan selamat. Bawa bersama Personal Locator Beacon (PLB) dan segera hubungi talian 999 jika terdapat kecemasan untuk tindakan segera.

 

DATUK KP HAJI3
 
DATUK KP HAJI6
 
DATUK KP HAJI7
 
DATUK KP HAJI10
Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC