PUTRAJAYA, 15 September – Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim melakukan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), YDH CP Datuk Wira Mat Kasim Bin Karim di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, semalam.
Tujuan utama pertemuan ini adalah untuk merapatkan hubungan dua hala di antara kedua-dua Jabatan Kerajaan selain membincangkan penambahbaikan hal-hal berkaitan kenderaan jabatan dan kerjasama di antara kedua-dua pihak pada masa akan datang.