16
Thu, May

MEDEVAC | MARITIM MALAYSIA BANTU BAWA MANGSA CEDERA DI PULAU PEMANGGIL

MERSING, 4 Januari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Mersing telah melaksanakan misi bantuan evakuasi perubatan (MEDEVAC) dengan membawa seorang mangsa yang cedera pada bahagian tangan di Pulau Pemanggil pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan bin Saadin berkata, bot ronda Maritim Malaysia PERKASA 31 yang sedang dalam rutin OP JAKSA diarahkan ke lokasi bantuan setelah menerima aduan daripada Ketua Kampung, Pulau Pemanggil.

Ujarnya lagi, walaupun dalam keadaan hujan lebat dan laut yang bergelora, bantuan MEDEVAC tersebut telah berjaya membawa mangsa, Rafa Bin Abu Niat, 63 yang cedera pada bahagian tangan ketika mengendalikan mesin canai dari Pulau Pemanggil ke Jeti Pos Maritim Malaysia, Teluk Gading pada pukul 11.30 pagi tadi.

Mangsa diserahkan kepada pihak Hospital Mersing dalam keadaan baik dan selamat.

Maritim Malaysia mengingatkan kepada semua komuniti maritim agar sentiasa berwaspada ketika Monsun Timur Laut berikutan fenomena air pasang besar yang diramalkan bermula pada 19 November hingga 31 Disember lalu yang amat merbahaya kepada semua aktiviti di persisir pantai dan juga lautan.

 

MEDEVAC MERSING   MEDEVAC MERSING 4   MEDEVAC MERSING 2

MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2024 OLEH KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 2 Januari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mencatatkan prestasi cemerlang pada tahun 2023 dengan jumlah 14,980 hari menjalankan operasi di laut justeru mencapai Indikator Pencapaian Utama (KPI) yang disasarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Haji Mohd Amin berkata, sepanjang tahun 2023, Maritim Malaysia telah melakukan 180 ribu pemeriksaan (voice, sighting, radar) dan 43,676 penggeledahan di mana telah menghasilkan 1,211 tangkapan atau rampasan di atas pelbagai kesalahan.

“Pada tahun 2023, sebanyak 167 tangkapan telah dibuat berdasarkan maklumat perisikan iaitu 14 peratus daripada tangkapan keseluruhan Maritim Malaysia dengan anggaran nilai keseluruhan melebihi RM38 juta,” katanya ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2024 siang tadi.

Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 itu telah disampaikan di Auditorium Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya yang dihadiri oleh 150 orang pegawai dan anggota serta kakitangan gunasama Agensi yang juga boleh disaksikan secara dalam talian oleh warga Maritim Negeri dan Zon Maritim di seluruh negara.

Dalam amanat beliau, Laksamana Maritim Datuk Hamid menegaskan tiga teras yang akan menjadi fokus Maritim Malaysia bagi tahun ini iaitu – Integriti, Operasi dan Ilmu atau singkatannya I.O.I .

Tambahnya, teras-teras ini perlu disematkan dan dijadikan panduan serta fokus bagi pelaksanaan proses kerja oleh semua warga Maritim Malaysia agar tiga teras ini menjadi inisiatif strategi bahagian maisng-masing dalam menetapkan sasaran kerja utama bagi tahun 2024.

Sebelum mengakhiri ucapan, beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga Maritim Malaysia di atas jasa bakti bagi memartabatkan agensi sehingga berada pada tahap sekarang.

 

WhatsApp Image 2024 01 02 at 3.24.49 PM   WhatsApp Image 2024 01 02 at 3.24.51 PM 1   WhatsApp Image 2024 01 02 at 3.24.52 PM 2

BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN MILIKI KETUM

PELABUHAN KLANG, 31 Disember – Maritim Negeri Selangor menahan sebuah bot nelayan tempatan Kelas C setelah menemukan 13 botol bersaiz 1.5 liter yang dipercayai air ketum ketika sedang melakukan aktiviti perikanan di sekitar

perairan Sabak Bernam lebih kurang 4.55 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, bot nelayan itu dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh pasukan peronda Maritim Malaysia dalam OP EHSAN, OP MURNI dan OP TIRIS 2.0 pada kedudukan kira-kira 8 batu nautika barat daya Tanjung Sauh.

Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot nelayan itu dikendalikan empat warga Myanmar dalam lingkungan umur 26 hingga 41 tahun.

Hasil pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati, bot nelayan itu melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu menggunakan warga asing tanpa kebenaranbertulis Ketua Pengarah Perikanan dan melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 kerana tidak memiliki dokuman pengenalan diri yang sah.

Selain air ketum, turut ditemukan tiga botol ubat batuk serta satu beg plastik mengandungi 1.6 kilogram daun ketum segar dalam petak simpanan ikan yang diletakkan bersama 50 kilogram ikan campur.

Kes disiasat di bawah Akta Racun 1952 kerana memiliki air disyaki ketum dan daun ketum segar.

Difahamkan tekong dibayar gaji sebanyak RM120 sehari manakala awak-awak RM90 sehari.

Kesemua kru, bot dan barang rampasan dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Sebarang aduan, maklumat dan insiden kecemasan di laut, orang ramai bolehmenghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

KLANG KETUM   KLANG KETUM 3

MARITIM MALAYSIA TERIMA KAPAL OPV 1 SECARA RASMI

PULAU INDAH, 2 Januari – Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) secara rasminya diserahkan oleh pihak TH Heavy Engineering Berhad (THHE) kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam majlis yang diadakan pada hari ini.

Dalam majlis berkenaan, Ketua Setiausaha KDN, YBhg Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi telah hadir untuk menerima OPV1 secara rasmi bagi membolehkan ianya diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia untuk melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan dan carilamat.

Penyerahan OPV1 ini adalah satu lagi detik bersejarah kepada kementerian ini khususnya Kerajaan MADANI kerana telah berjaya memastikan kapal peronda buatan tempatan ini siap dibina setelah beberapa kali berlaku penangguhan akibat ancaman Covid-19 selain proses membawa masuk peralatan teknikal terkini kapal yang diimport dari negara luar.

OPV1 ini dibina menggunakan rekabentuk Damen 1800 berukuran 83 meter panjang dengan lebar 13.7 meter dan berkeupayaan melakukan operasi di laut dalam jangka waktu 21 hari tanpa ulang bekal.

Reka bentuk kapal ini bakal menjadikan OPV1 berkemampuan menghadapi laut bergelora sehingga tahap Force 7. Ianya juga mampu melaksanakan tugas-tugas seperti Humanitarian Assistance & Disaster Relief (HADR), bertindak sebagai Kapal Logistik, Kapal Mothership, Kapal Pemerintah, serta menjadi tempat penyimpanan Oil Pollution Equipment.

Turut hadir sama Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin serta Pengerusi TH Heavy Engineering Berhad, YBhg. Dato’ Ir. Jauhari bin Hamidi.

OPV1 ini mampu mecapai kelajuan 21 knot serta mempunyai fasiliti seperti tapak pendaratan helikopter dan bilik tahanan. Malah ia juga turut dilengkapi dengan peralatan canggih seperti Unmanned Aerial Vehicle (UAV), Meriam 30mm Smash Aselsan, dua buah bot jenis Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) Dan Fast Interceptor Craft.

OPV1 ini juga didatangkan bersama Radar X dan S Band bagi memastikan rondaan mampu bergerak secara meluas selain boleh menempatkan 70 orang anak kapal dalam satu-satu masa operasi.

Berdasarkan kehebatan yang ada pada kapal berkenaan, ia diharapkan mampu membantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memperkasakan lagi pengoperasian agensi ini dalam menguatkuasakan undang-undang maritim seterusnya memastikan Zon Maritim Malaysia (ZMM) berada dalam keadaan selamat dan sejahtera.

Sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian, OPV1 telah melalui beberapa fasa percubaan termasuk fasa ujian di laut (sea trial) yang dilakukan di Selat Melaka bersama aset-aset Maritim Malaysia yang terlibat dalam Eksesais Maritim Perkasa Barat pada 28 November lalu.

 

WhatsApp Image 2024 01 02 at 9.59.40 PM 1   WhatsApp Image 2024 01 02 at 9.59.43 PM 1   WhatsApp Image 2024 01 02 at 9.59.44 PM 1

MARITIM NEGERI PERAK GAGALKAN CUBAAN MASUK PATI KE MALAYSIA

LUMUT, 29 Disember – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Perak telah berjaya menahan sebuah bot nelayan tradisional Indonesia tanpa nombor pendaftaran bersama lima Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam cubaan menyeludup masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan pada kedudukan sekitar 37 batu nautika barat daya Pulau Pangkor, Perak sekitar pukul 2.10 petang, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup berkata, bot itu dikesan oleh pasukan operasi KM RAWA ketika melakukan rondaan rutin menerusi OP SAYONG / OP TANJUNG dan OP TIRIS di perairan Perak.

Bot kayu yang mencurigakan itu berwarna coklat berjalur biru kemudian dirapati untuk pemeriksaan, Pasukan operasi kemudiannya mendapati terdapat empat lelaki dan seorang wanita termasuk tekong kesemuanya warga Indonesia berusia di antara 30 hingga 45 tahun berada dalam bot terbabit dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Kesemua PATI termasuk bot ditahan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini melalui pintu yang tidak diwartakan serta Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 kerana melakukan aktiviti penyeludupan migran.

Dalam perkembangan lain, Maritim Negeri Perak merampas sebuah bot kayu berwarna biru berjalur merah tanpa nombor pendaftaran berserta barang-barang di muara Bagan Sungai Tiang, Perak kira-kira pada pagi hari yang sama.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali, setelah menerima maklumat daripada Pusat Operasi Maritim Negeri Perak menerusi aduan daripada orang ramai kepada pihak berkuasa mengenai sebuah bot disyaki membawa PATI ke negara jiran terdampar di tepi pantai muara Bagan Sungai Tiang, hasil maklumat itu bot ronda telah diatur gerak ke lokasi bagi menyerbu aset itu.

Setelah berjaya dikesan, pihak Maritim Malaysia merapat untuk pemeriksaan ke atas bot berkenaan dan mendapati kesemua suspek telah bertindak terjun meninggalkan bot itu serta barang-barang peribadi mereka lantas melarikan diri ke daratan.

Pemeriksaan lanjut menemukan beberapa jenis beg baju dan barang-barang peribadi dipercayai milik PATI di geladak atas dan bawah bot.

Kes disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Semua hasil rampasan dan bot diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2023 12 29 at 8.48.27 AM   WhatsApp Image 2023 12 29 at 8.48.27 AM 1   WhatsApp Image 2023 12 29 at 8.47.21 AM   WhatsApp Image 2023 12 29 at 8.47.22 AM

More Articles ...

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON