17
Sat, Oct

CUBAAN BAWA KELUAR PETROL DIGAGALKAN SEORANG LELAKI TEMPATAN DITAHAN

SANDAKAN, 8 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), menerusi Ibu Pejabat Maritim Zon Sandakan, menahan seorang lelaki tempatan dan merampas 945 liter minyak petrol yang disimpan dalam 30 tong jerrycan di sebuah premis tidak bernombor di atas air di Kampung Tinusa, Sandakan, awal pagi semalam.

Pengarah Maritim Zon Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain, berkata pasukan operasi yang sedang melaksanakan Op Sejahtera 1/2022, Op Khas Cegah PATI (OCP) Utara dan Op Tiris 4.0 menerima aduan awam berhubung aktiviti pemunggahan tong jerrycan yang disyaki mengandungi petrol di kawasan berkenaan.

Bertindak berdasarkan maklumat tersebut, pasukan operasi menuju ke lokasi dan mengesan sebuah premis tidak bernombor di atas air.

Pemeriksaan lanjut mendapati 30 tong jerrycan berada di dalam premis berkenaan dan dipercayai mengandungi petrol.

Seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun ditahan kira-kira pukul 12.35 pagi bagi membantu siasatan. Semua barang kes dan individu berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Zon Sandakan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat.

Kesemua 945 liter minyak petrol yang disimpan dalam 30 tong jerrycan itu, dianggarkan bernilai RM4,400 dirampas bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki memiliki dan menyimpan barang kawalan berjadual, iaitu petrol bersubsidi, tanpa permit atau kebenaran yang sah.

Maritim Malaysia akan terus mempergiat penguatkuasaan di perairan negara bagi membanteras kegiatan penyeludupan dan penyelewengan barang kawalan, khususnya bahan api bersubsidi, demi memastikan bekalan serta kepentingan masyarakat terus terpelihara.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau kecemasan di laut diminta menghubungi Pusat Operasi Maritim Zon Sandakan di talian 089-229504 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera,” katanya.

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON