17
Sat, Oct

MARITIM MALAYSIA - FILIPINA PERKUKUH KERJASAMA MELALUI SARCOMEX - 26

PUTRAJAYA, 24 September – Pusat Penyelarasan Menyelamat Maritim (MRCC) Putrajaya, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersama Maritime Rescue Coordination Center (MRCC) Manila, Philippine Coast Guard (PCG) telah melaksanakan SAR Communication Exercise 2026 (SARCOMEX-26) bagi memperkukuh komunikasi, koordinasi dan kesiapsiagaan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Latihan role-play ini melibatkan dua senario kecemasan maritim di perairan Malaysia dan Filipina, dengan komunikasi dilaksanakan melalui telefon dan sidang video (VC) antara kedua-dua MRCC. Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu turut hadir sebagai pemerhati bagi mendapatkan pendedahan terhadap prosedur komunikasi dan koordinasi SAR.

SARCOMEX-26 bukan sekadar latihan komunikasi, malah menjadi platform untuk menguji kecekapan pertukaran maklumat, memperkukuh koordinasi operasi dan meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan maritim merentasi sempadan.

Kerjasama erat antara APMM dan PCG mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua negara dalam memperkukuh keselamatan maritim serta memastikan tindak balas SAR dapat dilaksanakan dengan pantas, tepat dan berkesan apabila diperlukan.

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON