29
Wed, Apr

TRAGEDI PANTAI KANDIS : MANGSA KEDUA LEMAS DITEMUI, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

BACHOK, 19 FEBRUARI – Tragedi dua lelaki dipercayai lemas ketika mandi di Pantai Kandis pada 17 Februari lalu berakhir dengan penemuan mangsa kedua pada hari ini.

Mayat Ahmad Nurudin, 21, ditemui terdampar kira-kira 3.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang pada pukul 7.15 pagi.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Kamal Mohamad berkata, mayat mangsa ditemui di kawasan pesisir pantai berhampiran lokasi penemuan mangsa pertama sebelum dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

“Mayat mangsa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut dan dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia bagi tujuan bedah siasat,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang Isnin lalu, kedua-dua mangsa dipercayai dibawa arus deras ketika mandi pantai. Seorang kanak-kanak yang turut berada dalam keadaan bahaya bagaimanapun berjaya diselamatkan ahli keluarga.

Mangsa pertama, Ahmad Badrul Naim, 32, yang juga anggota bomba, ditemui orang awam terdampar di pesisir Pantai D’Aur Beach Resort pada jam 12.50 tengah hari sebelum disahkan meninggal dunia.

Terdahulu, Pusat Operasi Maritim Negeri Kelantan menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sebelum operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) segera diaktifkan. Pasukan penyelamat digerakkan ke lokasi dan pencarian dijalankan di laut serta sepanjang pesisir pantai.

Dengan penemuan mangsa kedua, operasi CARILAMAT ditamatkan secara rasmi.

Kepten Maritim Kamal Mohamad dalam pada itu menasihatkan orang ramai, supaya sentiasa peka terhadap keadaan cuaca dan risiko arus deras sebelum melakukan aktiviti di pantai.

Maritim Malaysia turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menegaskan komitmen agensi itu dalam memastikan keselamatan perairan negeri terus terpelihara.

TRAGEDI SG KADIS2
 
TRAGEDI SG KANDIS3
 
TRAGEDI SG KANDIS4
 
TRAGEDI SG KANDIS5

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON