29
Wed, Apr

MARITIM MALAYSIA RAMPAS 6 TAN BIJIH TIMAH BERNILAI RM600 RIBU

BATU PAHAT, 30 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Batu Pahat berjaya merampas kira-kira enam tan bijih timah dianggarkan bernilai RM600 ribu selepas menahan sebuah bot barter trade dari Indonesia dalam rondaan operasi penguatkuasaan di sini, semalam.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini Zainal berkata, bot berkenaan ditahan sekitar pukul 3.00 pagi, kira-kira 0.1 batu nautika di barat daya Pulau Sialu, hasil operasi penguatkuasaan maritim yang dijalankan.

Menurut beliau lagi, pemeriksaan ke atas bot tersebut menemukan 120 guni berisi bijih timah dengan anggaran berat keseluruhan sekitar 6,000 kilogram dan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967.

“Seramai tiga kru bot terdiri daripada seorang tekong dan dua awak-awak warganegara Indonesia berusia antara 33 hingga 59 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Perintah Penahanan (Detention Order, DO) awal juga telah dikeluarkan terhadap bot berkenaan,” katanya lagi.

Beliau turut berkata, bot bersama muatan dan kru kemudiannya dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Mengulas lanjut, Mohammad Zaini menegaskan kejayaan rampasan itu mencerminkan komitmen Maritim Malaysia dalam membanteras aktiviti penyeludupan serta memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

Katanya, Maritim Malaysia akan terus mempergiat rondaan dan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang aktiviti haram di perairan negara tanpa kompromi.

BIJIH TIMAH2
 
BIJIH TIMAH3
 
BIJIH TIMAH4

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON