29
Wed, Apr

TIGA MANGSA JATUH LAUT BERJAYA DISELAMATKAN

PULAU PINANG, 23 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang berjaya membawa tiga lelaki warga Indonesia yang terjatuh laut ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Pulau Pinang selepas mereka ditemui dan diselamatkan sebuah kapal tanker, malam tadi.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian daripada Maritime Rescue Sub Coordinator Centre (MRSC) Langkawi kira-kira pukul 9.00 malam, memaklumkan sebuah kapal tanker, MT ORKIM HARMONY, telah menyelamatkan tiga mangsa berkenaan di Perairan Pulau Indah, Selangor.

Jelas beliau, laporan awal daripada nakhoda kapal berkenaan memaklumkan ketiga-tiga mangsa dipercayai keluar ke laut pada 20 Disember lalu untuk aktiviti memancing sebelum bot yang dinaiki terbalik akibat cuaca buruk pada hari sama.

“Mangsa dipercayai terapung di laut selama kira-kira dua hari sebelum ditemui dan diselamatkan oleh kapal MT ORKIM HARMONY,” katanya lagi.

Beliau turut memaklumkan, hasil semakan mendapati kesemua mangsa berusia antara 31 hingga 41 tahun dan berasal dari Dumai, Indonesia.

Bagi tujuan pengambilan mangsa, sebuah bot peronda Maritim Negeri Pulau Pinang telah diatur gerak ke kawasan Anchorage Area untuk merapat ke kapal tanker berkenaan sebelum membawa ketiga-tiga mangsa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Pulau Pinang.

Kesemua mangsa akan diambil rakaman keterangan dan seterusnya diserahkan kepada pihak Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KONJEN) bagi urusan dokumentasi.

LEMAS SELAMAT2
 
LEMAS SELAMAT3
 
LEMAS SELAMAT4

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON