12
Thu, Mar

OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK

LUMUT, 3 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Manjung telah melaksanakan Operasi Bersepadu Cegah Khas di sekitar kawasan persisiran pantai Perak, pada 1 dan 2 Disember lalu.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, operasi bersepadu ini dilaksanakan susulan maklumat risikan dan aduan awam yang diterima berkaitan aktiviti disyaki penyalahgunaan dadah.

“Seramai empat anggota Unit Risik Maritim Negeri Perak bersama lapan anggota AADK Daerah Manjung telah diatur gerak bagi melaksanakan pemantauan aktiviti penyalahgunaan dadah di beberapa lokasi yang telah dikenal pasti,” kata beliau.

Jelas beliau lagi, sepanjang operasi tersebut, seramai 13 individu lelaki telah ditahan untuk saringan awal dan daripada jumlah itu, 12 individu telah diserahkan kepada AADK untuk tindakan lanjut, manakala seorang individu diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan selanjutnya.

“Individu yang terlibat berusia antara 19 hingga 61 tahun. Kes disiasat di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” tambah Shukri.

Maritim Malaysia dan AADK akan terus komited dalam melaksanakan operasi bersama bagi mengekang penyalahgunaan dadah serta memperkukuh pemantauan di kawasan pantai dan perairan yang berisiko tinggi.

Orang ramai, khususnya komuniti maritim, diseru untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau pelanggaran undang-undang di laut dengan menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk tindakan segera.

OP BERSEPADU AADK2
 
OP BERSEPADU AADK3
 
OP BERSEPADU AADK4
 
OP BERSEPADU AADK5

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON